Cerita antara curut, wain, coklat dan sepinggan nasi kandar

Tinggalkan komen

Disember 13, 2009 oleh zamrimohamad



Teruskan membaca entri di bawah

———-


Kali terakhir saya ke Langkawi adalah tahun 1993, sekitar 16 tahun lalu. Kini kembali semula bagi memenuhi amanah bagi mengendalikan kursus kilat, kursus penulisan rencana Success Story bagi 36 peserta dari IADA Kerian-Sungai Manik, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Perubahan dapat dilihat antara 1993 dan tahun ini. Deretan kedai nasi Kandar di tepi pantai berhampiran Pekan Kuah sudah tidak ada lagi. Semua sudah dipindahkan. Stesyen teksi atau dipanggil kereta sewa dilokasi semula di tempat baru berhadapan hotel tempat saya menginap, hotel City Bay View.





Nasi Kandar Rahman adalah kedai nasi kandar yang paling lama di sini. Itu menurut kata pemandu teksi bernama Awang. Kami tidak berkesempatan pergi ke kedai ini. Cuma restoran nasi kandar Haji Ali menjadi tempat singgah melepaskan keinginan merasai nasi kandar. Lauk-pauk dalam periuk besar menjadi identiti restoran nasi kandar di sini.


Kami tiba awal dan masuk ke bilik sebelum waktunya sehinggakan kakitangan tergesa-gesa membersihkan bilik. Tirai tingkap dibuka, bilik kami berhadapan kehijauan yang menjadi lanskap pulau Langkawi.


Pengurusan hotel sudah awal-awal lagi memaklumkan agar buah-buahan berbau tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik. Notis peringatan ditampal berhampiran lif.

Kami merancang makan tengah hari di kompleks berhampiran hotel. sementara menunggu bilik dibersihkan. Plaza Langkawi adalah kompeks diuruskan MARA menghimpunkan kedai-kedai milik peniaga Melayu Muslim. Majoritinya perempuan.



Saya hairan apabila melihat deretan kedai bukan di tingkat tiga tidak dibuka pada pagi itu melainkan dua buah sahaja.

“Sebenarnya kami sahaja yang berniaga di sini,” kata wanita yang mengira harga makanan saya. Rupa-rupanya deretan kedai makan di tingkat atas sudah tidak beroperasi lagi. Menurut wanita itu, tidak ramai yang naik dan makan di atas.

Lanskap yang disediakan mungkin tidak memberangsangkan. Keadaan seperti ini berlaku di kompleks MARA di negeri-negeri lain. Suram dan tidak memberangsangkan. Sesuatu perlu dilakukan bagi membantu mereka.


Ada berpandangan kompleks yang disediakan tidak memenuhi spesifikasi mesra pelanggan dan peniaga kembali menerima kesan. Satu kenyataan yang ada benar dan perlu dilihat semula. Meskipun berhadapan laut, pengalaman pelanggan belum sampai ke tahap yang memuaskan.


Saya akui makanan yang saya pilih enak dan memenuhi selera. Sambil makan saya berfikir. Hidangan makanan yang sedap dan menyelerakan disediakan oleh peniaga di sini tidak sampai di hujung lidah ramai orang dari dalam dan luar Langkawi kerana premis disediakan masih jauh dari aspek desain kedai makan sebenar.


Saya tertarik melihat aktiviti perniagaan di sini. Tiga produk yang bebas cukai iaitu coklat, rokok dan arak dijual kebanyakan kedai.



Kebimbangan saya melihat kakitangan Muslim di kedai-kedai yang menjual coklat bersama-sama arak pelbagai jenama.

Saya masih tertanya-tanya mengapa coklat, rokok dan arak? Apakah identiti yang cuba ditonjolkan?


Rangkaian kedai Muslim di bawah label Haji Ismail and Group berada di lokasi mudah lihat sekitar Pekan Kuah. Ia terletak antara simpang utama dan di deretan kedai-kedai lain.

Sangka saya ia dimiliki oleh peniaga India Muslim. Ini kerana pattern atau corak pemilihan lokasi persis metod yang digunakan oleh peniaga India Muslim atau Mamak. Saya tersilap, menurut pemandu teksi ia dimiliki oleh anak jati Langkawi.


Bagi memudahkan orang ramai yang datang membeli di kedai sekitar, kemudahan tempat duduk disediakan begitu banyak sekali. Ia berada betul-betul disediakan di hadapan kedai sepanjang deretan kedai.

——

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: