Penulis Pembaca PTS Publications 2010

Tinggalkan komen

Disember 13, 2009 oleh zamrimohamad


Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

———-



Kalendar tahun 2010 sudah bermula.

Alhamdulillah, dipanjangkan syukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan dan diberikan idea dalam mengurus hidup.

Saya berterima kasih kepada Allah kerana diberi peluang bertemu tuan dan puan, para pembaca blog, subscriber yang melanggan blog ini, para sahabat di Facebook dan semua yang mengenali.

Tuan dan Puan yang dihormati dan dikasihi Allah.

Kalendar tahun 2010 sudah bermula melalui beberapa pra perancangan yang akan dipenuhi berdasarkan jadual kami dan izin Allah.

Berikut merupakan gambaran kasar apa yang akan diusahakan pada tahun hadapan. Ini sesuai dengan prinsipal I Want to… iaitu saya mahu dan menolak prinsipal I Have to… iaitu saya terpaksa.

Bila kali terakhir para pembaca PTS benar-benar mengenali penulis?
Bila kali terakhir penulis PTS dapat menghantar mesej kepada para pembaca?
Bila kali terakhir penulis-penulis PTS dapat mengetahui perkembangan rakan penulis?

Para penulis PTS kini berkampung di laman ,Komuniti Penulis PTS. Inilah satu-satunya laman yang menjadi suara para penulis untuk berkomunikasi terus kepada pembaca. Jika saudara pembaca buku PTS dan mahu mendapatkan perkembangan terkini para penulis PTS, di sinilah satu-satunya ruang penulis berbicara. Ketahui tip-tip, perkembangan mereka dan cerita mereka terus daripada para penulis sendiri.

Kewujudan Komuniti Penulis-Pembaca PTS dikendalikan oleh para penulis PTS. Lebih menarik lagi salah seorang berkata, jika ditanya siapakah para admin Komuniti Penulis PTS, mereka adalah individu yang gemar doa daripada rakan-rakan penulis, merindui doa para pembaca dan diiringi mereka dengan langkah-langkah kebaikan.

Konsep sahabat di kalangan penulis PTS dibudayakan dengan begitu bersungguh-sungguh di kalangan mereka. Ia bukan soal menjual buku semata-mata. Ia adalah soal menjadi sahabat yang baik.

Kerana itu Komuniti Penulis-Pembaca PTS diwujudkan dengan moto dari penulis terus untuk pembaca. Sertai dan sebarkan informasi Komuniti Penulis-Pembaca PTS di laman profil Facebook anda. Mudah-mudahan konsep sahabat ini dapat kita sebarkan dengan usaha kita sama-sama.

Laman Komuniti Penulis-Pembaca PTS adalah inisiatif sebahagian besar penulis-penulis PTS dalam pelbagai bidang merangkumi fiksyen dan non-fiksyen. Di sini juga menjadi tempat bakal penulis PTS yang akan diterbitkan buku mereka bercerita mengenai buku terbaru mereka.

Antara mereka yang diperkenalkan dan turut serta adalah Tuan Syahrul Junaini, yang baru melancarkan buku Pengaruh bukan Jampi tapi Seni, Tuan Azhar Ahmad atau Tembakau yang popular dengan kartun Kartini, Cik Puan Mardihah Adam penulis novel Lukisan Jiwa terbitan PTS Litera, Tuan Ammran Yunus telah menulis buku Tip-Tip Poligami: Di bawah Payung Aisyah, terjemah Psikologi Menjual Brian Tracy, terjemahan novel Sherlock Holmes, penulis novel Meredah Samudera, Tuan Shamsuddin Kadir penulis Hidup Tenang Walau Berhutang.

Bakal penulis PTS yang turut serta adalah Tuan Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi bakal menerbitkan novel sulungnya melalui PTS Litera berjudul Rabiatul Adawiyah

Ramai lagi penulis PTS berada di sini. Klik dan sertai Laman Komuniti Penulis-Pembaca PTS hari ini.

Para penulis PTS juga dijemput bergabung dalam laman Komuniti Penulis-Pembaca PTS bagi menemui para pembaca dan menyampaikan informasi terbaru buku dan perkembangan tuan dan puan. Klik laman Komuniti Penulis-Pembaca PTS.

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: