E-mel pelajar sekolah di Ipoh yang menyentuh hati saya

Tinggalkan komen

Disember 14, 2009 oleh aliman



Teruskan membaca entri di bawah

———-

Ini adalah emel terbaik daripada pembaca yang juga peserta kursus penulisan bimbingan Puan Ainon Mohd. Saya memaparkan emel ini bagi menyatakan kekaguman saya atas usaha bersungguh-sungguh beliau menulis dalam bahasa Melayu tinggi. Gaya penulisan e-mel ini mencerminkan sikap hormat dan adab yang cukup mempesona saya.

Jika inilah gaya e-mel yang ditulis, hasil karya beliau juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Salah satu ciri karya yang evergreen adalah penggunaan bahasa yang sebaik mungkin.

Tahniah kepada pelajar sekolah yang digelar Professor Kecil, Muhammad Solahuddin Azman.

Saya lampirkan salinan emel beliau di bawah.

Nota: Tahniah kepada tim PTS Professional kerana kejayaan menerbitkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Tuan dan Puan telah membawa perubahan yang mengagumkan dalam dunia pembaca. Iaitu melalui usaha memandaikan bangsa.

From: Muhammad Solahuddin Azman
Date: 2009/12/11
Subject: Minta tunjuk ajar penulisan
To: zamrimohamad@gmail.com

Assalamualaikum

Yang mulia tuan Zamri Mohamad

Semoga tuan berada dalam dakapan rahmat Allah. Saya doakan tuan agar diberikan oleh Allah kesihatan dan umur yang panjang supaya dapat meneruskan usaha dakwah, pengislahan serta pembangunan terhadap ummah. Semoga segala sumbangan tuan terhadap islam akan diterima oleh Allah dan dikira sebagai jihad di jalan Allah.

‘Barang siapa yang berusaha menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia di jalan Allah.’

Riwayat Bukhari dan Muslim

‘Barang siapa meminta kepada Allah akan kesyahidan dengan kebenaran pasti ia akan diberi darjah syahid meskipun ia mati di atas tempat ia tidur’
Riwayat Muslim

Saya juga mendoakan agar perjuangan tuan dan rakan penulis PTS yang lain sentiasa berada di atas jalan yang diredhai Allah dan rasulnya. Insya Allah.

Nama saya Muhammad Solahuddin bin Azman, Puan Ainon pernah menggelar saya ‘profesor kecil’. Baru-baru ini saya telah menghadiri setiap siri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Puan Ainon di Taman Permata. Saya datang bersama keluarga saya dari Ipoh. Pada bengkel yang pertama iaitu Bengkel Teknik Surah Yusuf saya datang bersama sebahagian ahli group usrah remaja KRJ ipoh.

Jika tuan masih ingat kita pernah bertemu secara dekat beberapa kali semasa bengkel penulisan tersebut. Diantaranya semasa sarapan pagi sebelum masuk kelas. Jika tuan masih tidak cam nanti saya akan masukkan gambar saya dalam facebook saya.

Tuan, ada satu berita baik. Group usrah saya dan beberapa group usrah yang lain sudah merancang mahu menulis buku. Kami target mahu menulis sekurang-kurangnya satu buku bagi satu tahun.Kami mahu menulis buku dari remaja untuk remaja.

Dewasa ini gejala sosial begitu berleluasa, masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja sudah paras kritikal. Masalah zina, anak luar nikah, dan pembuangan bayi meningkat saban hari. Justeru Kelab Remaja JIM (KRJ) yang bernaung dibawah NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah mengambil inisiatif bagi membendung virus ini dari merosakkan muda-mudi Islam.

Salah satu usaha yang KRJ jalankan adalah menganjurkan kempen dan seminar ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ (ABJZ). Ia bermula di Johor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor. Kini hampir setiap negeri KRJ pernah menganjurkan seminar ini. Antara Objektif kempen adalah;

1. Memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca dan perkara-perkara yang membawa seseorang itu terjebak dengan gejala zina.

2. Mengendalikan satu program untuk generasi muda bagi membina jati diri seterusnya boleh dijadikan bagi remaja untuk panduanmembentengi diri daripada terlibat dengan gejala sosial khususnya zina .

3. Menyedarkan peserta tentang bahaya zina dunia dan akhirat.

4. Memupuk kesedaran dalam ahli masyarakat, agensi kerajaan, agensi swasta dan gabungan NGO untuk sama-sama berganding bahu mencegah kemungkaran (zina)

Sebenarnya kami mahu mengadaptasikan modul dan bahan seminar ini supaya lebih ramai lagi remaja dapat kesedaran mengenai bahayanya mendekati zina. Harapan kami melalui melalui buku ini supaya ia menjadi titik tolak kepada dakwah dan jihad kami dalam bidang penulisan.

Tuan yang mulia

Sesungguhnya Alquran pernah menyarankan supaya orang yang tidak tahu bertanya kepada orang yang tahu ataupun yang ahli dalam sesuatu bidang. Hasrat kami tuan dapat menjadi mentor online untuk buku sulung kami ini. Jika boleh, tuan berilah tunjuk ajar kepada kami supaya kami kelak kami menjadi penulis berjaya yang menyampaikan risalah islam kepada masyarakat seterusnya dunia. Jika bukan kami generasi muda siapa lagi yang mahu meneruskan usaha dakwah di masa akan datang.

Sesungguhnya tiadalah apa yang dapat kami balas jasa tuan. Biarlah Allah yang membalasnya. Kami berdoa agar Allah melimpahi rahmatnya keatas tuan. Tuan, buku tuan ‘Tip-tip Menjadi Penulis Bestseller‘ telah saya dapatkan disebuah kedai buku di Ipoh.

Buku ini amat berguna untuk penulis dan bakal penulis. Saya rasa setiap penulis dan bakal penulis wajib memiliki buku ini sebagai panduan penulisan buku ilmiah. Mabruk saya ucapkan atas kejayaan tuan menghasilakan buku yang cukup hebat.

Saya sudah aplikasikan nasihat tuan kepada saya agar membuat blog. Dari situ seseorang itu dapat mengasah bakat penulisan beliau. Sekarang saya sudah punyai sebuah blog rexduat-studio.blogspot.com. Cuma saya tidak punyai cukup masa untuk blogging lantaran kesibukan dengan organisasi.

Di sini sahajalah dahulu surat saya. Harapan saya dan rakan-rakan, tuan sudi menjadi mentor online kami. Barakallahu fik.

Wassalam

——

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: