Maraton mesyuarat dan brainstorming jam 10 pagi hingga 3 pagi

2

Disember 17, 2009 oleh aliman



Teruskan membaca entri di bawah

———-

Ketika mana saya sedang menulis entri ini, saya masih belum tidur. Sejak pagi tadi maraton mesyuarat dan diskusi bermula jam 10 pagi sehinggan jam 3 pagi keesokan harinya.

Jam 10 pagi saya bermula dengan sesi brainstorming buku bersama mentor penulisan. Ia berkaitan dengan penjenamaan personal atau personal branding di tempat kerja. Terdapat tiga judul buku bakal menjengah tahun 2010. Diskusi ini berterusan sehingga jam 4 petang.

Jam 8 malam bermula sambungan kepada diskusi bersama penerbit pula. Kali ini berkaitan identiti jenama dalam dunia bisnes. Ia dikenal pasti sebagai identiti jenama 2.0. Insya Allah perbincangan tujuh jam ini akan membawa hasil baik dalam usaha memandaikan bangsa dan refleksi pembaikan diri.

Permulaan Muharam, disambut sorakan ramai atas kemenangan pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir bola menentang pasukan Vietnam. Di pejabat saya, Learning Station, kami juga bersorak semangat bagi menjadikan hari ini lebih baik dengan buku yang dapat meningkatkan kualiti hidup.

Sudah pasti saya tidak menjadi malaikat sepanjang tahun hijrah 1430. Ada orang yang gembira dan ada juga yang kurang gembira sepanjang mengenali saya. Turun naik ini adalah refleksi besar dalam pembaikan hati.

Apa yang terkurang itu akan menjadi booster kepada angan-angan besar yang dijadikan satu kebenaran nyata. Menjawab kekurangan dengan pembaikan konsisten dan bersungguh-sungguh. Bukankah nabi Muhammad dalam didikan dimentor oleh Allah disediakan roller coaster hidup yang adakalanya sejuk dan adakalanya menggila?

Apa yang diidentifikasi sebagai lebih juga akan dikekalkan sebagai kualiti kerja dan kualiti hidup. Mudah-mudahan Allah permudahkan bermula pada malam tahun islam ini.

Jika diukur dari segi kerja. Tahun Muharam telah bermula dengan agenda berikut.

Satu nasihat mentor kepada saya, “Semua orang mempunyai impian, tetapi mereka membuat perubahan yang disangka mendekatkan diri dengan impian. Sebaliknya, pilihlah kerja-kerja yang akan mendekatkan diri dengan impian saudara. Baru nampak relevan dan berbaloi sifatnya.”

Terima kasih melalui anggukkan dan catatan pada kertas buku berkulit keras.

Salam Muharam kepada para pembaca.

——

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

2 thoughts on “Maraton mesyuarat dan brainstorming jam 10 pagi hingga 3 pagi

  1. drbubbles berkata:

    Assalamualaikum tuan,2-3 hari ini saya terinspirasi membuat perubahan di dalam hidup saya apabila membaca surat tuan Fauzul dan juga entri tuan ini.Saya suka nasihat mentor tuan yang berbunyi, "Semua orang mempunyai impian, tetapi membuat perubahan yang disangka mendekatkan diri dengan impian. Pilih kerja yang mendekatkan diri dengan impian saudara. Baru nampak relevan dan berbaloi sifatnya."Bilakah sepupu tuan ini boleh berjumpa tuan? Saya hanya ada kekangan masa pada 26 – 29 Disember 2009 kerana berada di Padang,Indonesia untuk tugasan rasmi.

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Sepupu yang dimuliakan,Saya bercadang mahu hadiri program ini pada hari Isnin nanti. Bagaimana jika bertemu di sana?Info: In conjuction with IIUM Library Client Day, kindly be informed that the IIUM Library Main Campus will be organising an event 'Bersantai Bersama Novelis & A Session with A Writer'This event is open public, staff and students. The writers and novelists invited are:1. Zabrina A Bakar2. Norzailina Nordin3. Eka Fahara4. Ramlee Awang MurshidPlease check the link for details of the program :http://lib.iiu.edu.my/resources/NovelistPoster.pdfAll are invited to attend the said programs. Wassalam and thank you.p/s Sis Zabrina's session will be on Monday, 21st December 2009 between 10am to 12.30 noon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: