Kursus Penulisan | Langkah gergasi diri sendiri dan diri orang lain

Tinggalkan komen

Disember 20, 2009 oleh aliman


Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

———-

Dua hari selepas tahun baru Islam, saya bertekad. Memulakan hari-hari ini dengan sesuatu yang berbeza dan memberi kesan baik kepada orang lain.

Saya mengingati pesan mentor saya, “Apabila kita membina impian, beranilah memenuhi impian itu. Kita adalah orang yang zalim apabila tidak berusaha memenuhi impian.”

Saya cuba mencari maksud perkataan berani itu. Setelah beberapa ketika mengenali beberapa orang individu, cawan kefahaman mula terisi. Hidup satu proses belajar yang berterusan.

Petang itu saya diajukan soalan oleh mentor, “Saudara tidak boleh berada di sini lagi,” katanya bersama-sama ekspresi wajah.

Maknanya mendalam. Ia adalah kejutan kepada hati dan fikiran untuk bekerja lebih jauh.

Berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti hidup orang lain.

Dua perkara yang berjalan bersama.

Saya kira tahun ini saya mahu menjadi saudara yang baik kepada saudara Muslim yang lain.

Mudah-mudahan itu menjadi kenangan dan dipanjangkan sebagai doa di bibir rakan-rakan yang dimuliakan.

Kembali kepada cerita memenuhi impian.

Dua hari pertama selepas satu Muharam, saya menjalankan dua bengkel komuniti di pusat latihan saya, Learning Station.

Learning Station adalah angan-angan yang menjadi realiti apabila adanya sebuah tempat pendidikan kepada dewasa bagi mempelajari skil-skil baru dalam hidup. Ia diinspirasi daripada kewujudan Learning Annex di Amerika.

Learning Annex memegang falsafah yang jelas iaitu memberi peluang kepada orang ramai mempelajari skil pada harga mampu milik.

Falsafah bisnes ini mendorong saya cuba mengimplementasi di sini.

Bengkel komuniti pada Sabtu lalu adalah bengkel kelima yang dianjurkan iaitu penulisan skrip jualan di akhbar, majalah dan web bagi keperluan peniaga kecil.

Perkara baru yang didedahkan ialah bagaimana skrip jualan Giant diterjemah dalam bentuk warna dan lanskap kedai.

Giant membawa karakteristik sebuah pasaraya yang mesra Muslim dan mesra Melayu berdasarkan cir-ciri berikut.

Pertama, tidak ada lokasi jualan minuman keras dan makanan yang diharamkan.

Tidak ada inisiatif Giant memperkenalkan lokasi khusus kedua-dua produk itu sebagaimana dilakukan oleh pasaraya lain.

Kedua, konsep warna hijau pada premis memberi persepsi positif kepada pelanggan utama iaitu pelanggan Muslim.

Kerana similariti warna yang dikaitkan dalam budaya hidup Muslim menjadikan copywriting visual yang digunakan hidup dalam diri pelanggan.

Saya gembira melihat hasil daripada bengkel penulisan skrip jualan. Peserta mula aktif menghasilkan skrip jualan yang bertambah kualitinya dan mudah-mudahan bertambah rezekinya.

Inilah yang dilakukan oleh peserta yang dimuliakan, tuan Ameen EC. Beliau sedang berusaha menyediakan skrip jualan bagi keperluan perniagaan. Kita doakan agar beliau berjaya.

Klik imej untuk paparan lebih besar

Esoknya, saya kembali semula ke Learning Station. Kali ini adalah sesi berkongsi atau Sharing Session kepada peserta.

Bengkel seni dan strategi menjadi penulis buku bermula jam 10.00 pagi. Satu lagi program komuniti bagi menggalakkan penulis-penulis professional baru.


Para peserta juga membaca dan mengaplikasi buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, Tip Menjadi Penulis Bestseller dan Buat Duit dengan YouTube.

Dalam bengkel ini saya berkenalan dengan peserta-peserta luar biasa kerana pengalaman hidup mereka yang dapat kita bermentor di bawahnya.

Antaranya tuan Harlym Yeoh. Beliau adalah pakar dalam kempen pemasaran produk melalui seni perhubungan awam merupakan selebriti televisyen yang bersifat multi-talent.

Telah membawa jenama-jenama produk yang pelbagai ke dalam media massa.

Beliau kini dalam proses buku terbaru mendedahkan rahsia bagaimana perniagaan kecil dapat mengikut jejak perniagaan besar dalam mencipta publisiti massa melalui media cetak nasional.

Beliau mencatat peristiwa Sharing Session di dalam blognya.

Apa kata beliau?

Selain itu, Tuan Mohd Shukri Abd Rahman merupakan ‘Head Special Functions Unit’, HCM Engineering.

Pernah menjadi tenaga kerja penting di News Straits Times sebagai wartawan di sana. Ini berdasarkan kemahiran tinggi beliau dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Ditambah lagi dengan seni kewartawanan yang dimiliki menjadikan beliau berbakat dalam dunia penulisan.

Beliau menguasai satu kemahiran organisasi dipanggil Knowledge Management yang digunakan pakai dalam industri dan korporat.

Knowledge Management membantu dalam pengurusan kos dan peningkatan kecekapan pekerja serta kawalan majikan atas organisasi. Ia adalah disiplin yang diperkenalkan secara saintifik pada awal tahun 1990an. Informasi lanjut di sini.

Apa kata beliau?

Terima kasih Allah kerana membenarkan saya menganjurkan dua bengkel komuniti bersejarah ini. Mereka adalah ciri-ciri manusia yang berani membuat keputusan bagi memenuhi impian.

Kata mentor saya, “Ciri-ciri orang yang serius dengan impian hidup adalah melakukan aktiviti yang mendekatkan dirinya ke arah impian itu. Jika mahu bermain gitar, carilah gitar, carilah guru dan carilah rentak kemudian alunkan melodi yang ada dalam dirinya.”

Terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada saya bertemu peserta-peserta yang berkongsi pengetahuan kepada saya.

Insya Allah, kursus penulisan dan kursus seumpamanya akan diadakan dan dimaklum.

Bagi jemputan bengkel penulisan di bawah organisasi kerajaan dan swasta dapatlah melalui pegawai yang mewakili dan mengurus saya.

Informasi adalah seperti berikut

Tuan Abdul Qahhar
Akademi Penulis Sdn Bhd
0136288614
latihan@akademipenulis.com

  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan.

——–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: