Tim kursus penulisan menukarkan ‘kalau’ menjadi ‘sudah bemula’

Tinggalkan komen

Disember 26, 2009 oleh aliman


Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

———-

Sepupu-sepupu yang diingati,

Hujung tahun ini, ayuh kita berazam sekurang-kurangnya menghasilkan sebuah buku bermula tahun 2010.

Semangat timbul selepas berbincang dengan seorang mentor (juga saya panggil sepupu) yang banyak mendidik saya melihat hidup menggunakan mata hati. Jika diizinkan Allah, sebuah buku akan ditulis bersama pada suku tahun pertama tahun 2010.

Ini adalah entri sebelum saya pulang ke Melaka.

Saya akan pulang ke Melaka selama 15 hari bermula 26 Disember 2009. Bagi menyiapkan buku terbaru untuk PTS Professional yang bakal dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Subjek buku, mengurus bisnes guna Google dan membina jenama personal melalui Google berdasarkan konsep Brandentiti.

Oleh demikian, Facebook dan blog tidak dikemaskini sepanjang 15 hari itu.

Sepanjang 2009 dan tahun sebelumnya saya berpeluang bekerjasama dengan penulis-penulis baru yang benar-benar menukar angan-angan kalau menjadi angan-angan sudah bermula. Mari saya senaraikan.

  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil terbitan PTS Professional ditulis bersama Izwan Wahab. Buku ini adalah kerjasama awal kami melalui melalui seminar-seminar dan antaranya seminar mini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) awal tahun ini.
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart terbitan PTS Millenia ditulis bersama Ahmad Fadzli Yahya Jusoh. Menurut Cik Puan Waida, buku ini menjadi buku hadiah dalam satu program di Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama IPG bahagian Ipoh, Perak.
  • Mempengaruhi Bos Gaya Streetmart ditulis bersama Muhammad Firdaus Hamsin. Buku ini muncul dalam ulasan akhbar nasional Utusan Malaysia.
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ditulis bersama Imran Yusof. Buku ini disifatkan berbeza daripada buku-buku sirah kerana ia menceritakan aspek kontemporari hubungan dari kacamata dua generasi iaitu generasi 20-an dan 50-an.
  • Rahsia Bisnes Mamak ditulis bersama Muhammad Faisal Sharbuddin. Buku yang pernah mencetuskan situasi kelam kabut antara kami dan KIMMA akibat 200 panggilan telefon selepas ulasan akhbar mengenai buku ini disiarkan. Kemudian tuan Ally Iskandar menjemput kami membicarakan mengenai buku ini di TV3. Selepas itu kami dan presiden KIMMA sendiri duduk sepentas di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad.
  • 30 Strategi Membina Pengaruh ditulis bersama Haeqal Zulqarnain. Buku ini bermula dalam keadaan yang baik kepada penulis ini apabila berpeluang mendapat pendedahan media melalui paparan di televisyen dan harian nasional tidak lama ia masuk ke kedai-kedai buku. Peluang ini satu pendedahan dan proses pembelajaran yang baik kepada penulis-penulis baru.

Enam penulis bekerjasama sepanjang kerjaya saya sebagai penulis bebas dan jurulatih penulis bebas. Ini juga adalah proses Brandentiti atau pun pembinaan jenama personal. Dengan harapan selepas ini mereka dapat menghasilkan karya mereka sendiri selepas ini. Pastinya karya yang lebih biasa dalam usaha memandaikan bangsa.

Tahun 2009 juga menjadi keseronokan kepada saya apabila ada mente sama ada dari bengkel kursus penulisan di Kursuspenulisan.com dan lain-lain sudah mula mengejutkan orang ramai melalui penulisan mereka. Antaranya;


Buku Jejak Bisnes Nabi oleh Muhammad Aizuddin Nur. Beliau melalui proses mentor-mente bersama saya selama setahun. Keupayaan beliau dalam membaca trend bisnes moden dan sirah dijadikan bentuk penulisan. Amat rugi sekali jika kelebihan ini tidak dibukukan. Dengan izin Allah, ia menjadi kenyataan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.


Pengintip dari Kota Saba oleh Aliff Mohd Nor yang kini diulang cetak dan kulit buku terbaru yang lebih menarik dipersembahkan kepada khayalak. Seperti Muhammad Aizuddin Nur, beliau juga melalui proses mentoring yang lama. Beliau dalam proses buku terbaru mengenai seni mencari dan mengurus kerja sambilan.

Saya juga gembira selepas proses mencanai idea bersama, akhirnya Muhammad Azree Hanifah juga akan muncul dengan buku terbaru mengenai perniagaan melalui internet menggunakan forum.

Beliau berkongsi cerita gembira ketika proses menulis buku ini apabila berpeluang menemui pengasas forum Lowyat.net yang berbangsa India. Lebih menarik lagi, pengasas ini sudah bertahun menjual laptod dalam thread yang sama.

Kembali kepada azam penulisan kita pada tahun 2010.

Ketika saya menulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller, saya berfikir soalan-soalan yang diulang-ulang setiap kali bertemu pembaca di kedai buku dan di pesta buku.

Di kursus penulisan juga begitu. Soalan-soalan pemula ini adalah sama, datang daripada individu berbeza.

Bagi mempermudahkan proses menjadikan impian jadi benar, buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ditulis. Harapan saya ada buku-buku baru akan muncul dalam usaha kita memandaikan bangsa melalui ilmu yang bermanfaat.

Dalam buku ini saya menceritakan semua yang saya lakukan sepanjang menjadi penulis. Ditambah lagi rencah petua mentor yang mendedahkan kaedah menulis untuk orang yang sibuk. Selain itu, sedikit pengenalan bagaimana penulis ditipu penerbit dan berapakah jenis harta dapat dihasilkan daripada sebuah karya.

Hasil penulisan tuan dan puan adalah tanah yang perlu dijaga.

Lima hari lagi tahun 2010, berhenti daripada angan-angan bermula dengan perkataan “kalaulah,” bertukar menjadi “Saya sudah bermula.”

Oh, saya mendengar bunyi butang-butang keyboard komputer yang sedang ditekan menggunakan hujung jari anda!

Syabas kerana sudah mula menulis.

Tahun 2010 adalah tahun kemuncak, dua hari dan tiga malam di hotel Vistana. Langkah A ke Z menulis buku bestseller. Klik di sini bagi maklumat kursus penulisan buku.

Tahun 2010 adalah permulaan yang baik bagi mereka yang masih belum mendapat kekuatan menulis buku tetapi mahu merancang mencipta kejayaan-kejayaan kecil melalui penulisan rencana akhbar dan majalah. Klik di sini bagi maklumat kursus penulisan rencana yang akan dikendalikan oleh beberapa individu yang berpengalaman dalam penulisan rencana.

Tiga pilihan kepada tuan dan puan.

  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.

——–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: