Cakap-cakap di sebalik gerakan Baca@LRT

Tinggalkan komen

Januari 29, 2010 oleh aliman


Info sisipan

Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Kredit foto: Sumbangan penyokong Baca@LRT





Semua bermula dari perbincangan ringkas selepas bengkel penulisan skrip jualan yang diadakan pada awal Januari di Learning Station, Wangsa Melawati.

Perkataan LRT timbul dalam perbualan dan isu-isu sekitar berbangkit. Ia berkaitan mencipta satu kelainan positif dalam masyarakat. Satu kelainan yang baik dan memberi kesan positif pada semua. Juga satu kelainan yang mendorong orang lain sama-sama dalam satu kumpulan menyuarakan.

Timbul idea dari sebuah bilik training kecil bagi menggerakan usaha rakyat Baca@LRT, satu usaha yang melibatkan penggemar buku dan pendukung bacaan berkualiti kepada orang ramai.

Satu usaha gila-gila yang memerlukan keberanian luar biasa bersama. Satu kegilaan yang memberi mesej jelas kepada orang ramai terhadap apa yang kita percaya.

Idea itu menjadi jelas apabila masing-masing melontarkan idea gila bagaimana ia dapat direalisasikan. Idea gila bertukar menjadi filem yang jelas dapat ditonton melalui mata fikiran.

Senyum sendiri dan ketawa sendiri melihat babak demi babak bagaimana ia akan berlaku. Kemudian idea itu meronta-ronta mahu jadi benar. Ia mahu melompat keluar dari gulungan filem dan mahukan jasad.

Saudara Izwan Wahab diberi amanah membawa hasrat ini kepada masyarakat. Kumpulan kerja dibentuk atas rasa sukarela dan keinginan meluap-luap mahu melihat ia menjadi kenyataan.

Saudara Irfan Jani amat bersemangat berkongsi pengalaman beliau melihat budaya membaca di Jepun. Beliau adalah orang penting bagi memastikan Baca@LRT sentiasa lurus menjaga objektifnya dan mengingatkan kami agar menjaga kepercayaan orang ramai agar terus mendukung gerakan ini.

Kisah pengalaman beliau ketika di Jepun memberi inspirasi kepada kami yang mendengar. Mungkinkah Malaysia dapat mengikut jejak yang sama? Mengapa kita hanya kekal mengagumi bukankah kita boleh mencipta fanomena yang sama? Ya memang boleh dalam apa cara yang terbaik.

Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan merupakan penasihat kepada gerakan rakyat ini memberi pandangan dari masa ke semasa dan memantau agar Baca@LRT menjadi angan-angan semua.

Kami terus berangan-angan. Kami percaya.






Tangan-tangan ghaib datang membantu. Angan-angan didukung dengan rasa percaya daripada para pembaca yang lain. Dengan bantuan Puan Norhayatie, angan-angan itu menjadi cerita dalam akhbar buat pertama kali.

Puan Norhayatie juga memudahkan gerakan Baca@LRT didengar oleh orang lain. Baca@LRT membuka pintu awal perkenalan dengan tuan RJ Shahfaizal Khairudin, pengurus di bahagian pemasaran jenama Karangkraf. Sokongan lisan diberi dalam usaha Baca@LRT.

Saudara Haeqal Zulqarnain menjadi peninjau operasi mencuba menaiki LRT bagi melihat laluan dan melakukan eksperimen membaca secara individu dan berkumpulan.

Selain itu beliau memainkan peranan penting melihat corak membaca dalam LRT. Mereka yang mengikuti Baca@LRT mendapat informasi ini yang dilaporkan secara terus dan telus.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menyatakan sokongan rasmi melalui kenyataan di Facebook.

Facebook Baca@LRT menerima ahli keluarga baru dari hari ke hari, ia bertambah secara mendadak. Rakan-rakan Facebook saling menekan butang suggest to friend dan butang share menjemput rakan-rakan Facebook lain. Dari seorang menjadi puluhan orang.

Angka bertambah menjadi ratus. Tidak lama kemudian tiga digit menjadi empat digit. Jumlah masih bertambah.

Semua mempunyai angan-angan yang sama.

Tiga hari sebelum angan-angan menjadi benar. Berita Harian melalui catatan tuan Nazmi Yaakub menyiarkan berita rencana Baca@LRT menyeru para pembaca turun padang memenuhi angan-angan menjadi benar.

Sasaran seramai 70 orang meningkat seratus peratus pada hari angan-angan mendapat jasadnya.

Ada yang saling kenal mengenal. Ada yang saling sapa menyapa bertanya siapakah di hadapanya. Buku dan majalah di tangan menjadi identiti diri kepada mereka. Tidak segan dan kekok. Teruja melihat rakan-rakan baru yang selama ini bersifat virtual di Facebook.

Tepat jam 10 pagi, Baca@LRT bermula. Beramai-ramai memasuki gerakan LRT dan memulakan aktiviti membaca. Kami melepasi satu persatu stesyen, mereka yang tidak tahu apa yang berlaku merasa kurang selesa apabila memasuki LRT tanpa bahan bacaan di tangan. Komunikasi visual berlaku.

Perjalanan 45 minit Baca@LRT memberi pengalaman baru kepada semua.

Meskipun majoriti menunggu di Terminal Putra. Terdapat sekitar 40 orang penyokong Baca@LRT menunggu di stesyen berbeza. Masing-masing menerima maklumat melalui sms, memaklumkan kehadiran tren satu stesyen sebelum stesyen mereka.

Penyokong Baca@LRT membawa rakan-rakan. Yang berkeluarga membawa anak-anak bagi merasai pengalaman membaca dalam LRT. Mereka tidak kekok, malah khusyuk menghabiskan bacaan sepanjang perjalanan.

  • Rakan-rakan penerbit dari PTS, Dewan Bahasa, Telaga Biru dan Karangkraf turun mendukung usaha ini bersama para penulis.
  • Pelajar universiti dari Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaysia, Uitm dan Universiti Kebangsaan Malaysia turun padang dan sama-sama menyertai kegilaan ini.
  • Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dan Ramlee Awang Murshid Fan Club merupakan dua kumpulan penting yang menyertai Baca@LRT bersama kita.
  • Di hadapan saya ada sekumpulan pemuda. Mula-mula mereka berbual rancak kemudian melihat sekeliling. Kemudian salah seorang berkata, “Kenapa semua orang baca buku?”
  • Seorang lelaki tua misteri muncul yang tiba dari tren selepas tren kami. Beliau muncul ketika sesi ambil gambar di Kelana Jaya. Beliau sungguh bersemangat mengambil gambar membaca akhbar yang dibawa bersama.
  • Seorang penumpang LRT yang rancak berbual di telefon baru sedar dirinya dikelilingi penumpang yang membawa buku. Rancangan beliau turun di stesyen LRT KL Sentral bertukar ke stesyen lebih awal.
  • Saya diberitahu ada seorang pelajar sekolah mohon maaf kerana tidak bawa buku. Beliau rasa bersalah apabila semua orang membaca.
  • Dalam salah satu foto, kami dapat melihat jelas wajah tidak selesa apabila mereka tidak membaca.
  • Ada yang menyeluk bag mereka mencari sesuatu untuk dibaca.
  • Ada yang terus menerus memandang sms seolah-olah membaca sesuatu sehinggalah tiba ke destinasi.
  • Seorang peserta Baca@LRT memberitahu beliau turut serta bersama-sama kita kerana gembira akhirnya ada ‘kawan-kawan’ untuk membaca. Beliau menghabiskan 1 1/2 jam semata-mata untuk tiba ke tempat kerja. Beliau membaca di dua buah tren berbeza setiap hari kerja.
  • Ada penumpang yang gementar dan menghantar sms kepada rakan bertanyakan mengapa ramai membaca dalam lrt.
  • Baca@LRT juga menolak mitos orang Malaysia dan orang Melayu tidak membaca.
  • Baca@LRT baru mengetahui hari ini ada yang turun mewakili persatuan mereka dan turun beramai-ramai.
  • Baca@LRT mempertemukan rakan dari Facebook yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
  • Secara umum, hasil carian di Google menunjukkan 1900 entri dari pelbagai sumber menyebut Baca@LRT. Sejumlah 727 menyebarkan maklumat mengenai Baca@LRT
Baca@LRT menerima sokongan rakan-rakan bagi tarikh seterusnya dengan jumlah lebih ramai lagi. Mereka menunggu mencipta kegilaan kali kedua.

Ada sesiapa sudi menjadi tim jawatankuasa kerja sukarela untuk kali kedua?

Mohon hubungi saya.

Terima kasih akhbar Era Pakatan yang mengikuti perjalanan gila-gila ini dan memberi liputan berita yang menarik perhatian ramai.

——–

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

——–

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

——-

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: