Malaysia Internet Summit | Usahanita jual dan latih peniaga di internet

2

Januari 29, 2010 oleh aliman


Suzana Mustafa ataupun lebih mesra dikenali sebagai Puan Ann berasal dari Labuan, Sabah. Beliau berusia 40 tahun dan merupakan ibu kepada empat orang anak.

Beliau pernah bekerja sebagai pambantu setiausaha syarikat, dan kini beliau mampu menubuhkan syarikat sendiri hasil perniagaan Produk Sulaman Reben dan Perniagaan internet.

Puan Ann merupakan pengasas laman web forum WanitaMelayu.com dengan jumlah ahli lebih dari 51,000 orang.

Dengan semangat untuk memartabatkan kaum wanita, beliau banyak berkongsi ilmu secara percuma dengan ahli-ahli forum melalui laman web tersebut. Beliau telah berjaya membimbing lebih 1,200 usahawan sukses wanita yang majoritinya adalah golongan suri rumah dengan berniaga melalui internet.

Puan. Ann telah menulis buku “Jahitan Asas Sulaman Reben” dan “Bunga Reben Jilid 1” terbitan Utusan Publication.

Dengan idea yang kreatif, beliau telah menghasilkan beberapa produk sulaman reben dan berjaya memasarkan di pasaran luar melalui internet.

Kini, beliau merupakan wanita Melayu pertama yang dilantik sebagai online tutor untuk satu laman web forum di Turki khususnya dalam bidang Sulaman Reben dan Kraf.

Beliau akan berkongsi pengalaman beliau dalam konvensyen keusahawanan internet yang pertama di Malaysia. Informasi lanjut konvensyen keusahawanan internet di sini.

2 thoughts on “Malaysia Internet Summit | Usahanita jual dan latih peniaga di internet

  1. azwa berkata:

    saya masih tercari-cari peluang perniagaan secara internet tetapi tidak tahu bagaimana.

  2. mazni berkata:

    saya berminat dengan biz online , macamana hendak mengembanakan biz ini , dan cara nak promosi ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: