MPH Bookstores Booktalk dan cakap-cakap mengenai buku

Tinggalkan komen

Januari 29, 2010 oleh aliman


Info sisipan

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Program Bicara Buku di MPH adalah tempat saya bermula pada tahun 2006 dan pencetus kepada Secret Story di Learning Station pimpinan utama Cik Waida dan Cik Becky Norakmal serta inspirasi Tuan Shamsuddin Abdul Kadir.

Sebelum saya terlupa! Secret Story, Seronok dan Santai akan diadakan pada 23 Januari 2010 di Learning Station jam 10 sehingga 11 pagi. Satu jam yang akan mengubah hidup kita secara total!

Informasi Secret Story di sini

Baiklah mari kita sambung cerita,

Apabila saya ada kelapangan saya akan hadiri bicara buku oleh rakan penulis lain. Tidak ada daya lain melainkan ini tanda sokongan saya kepada beliau.

Sebelum ini antara program Bicara Buku di MPH pernah saya ikuti dan membina rangkaian rakan-rakan baru.

Tuan Steve Shapiro berbicara di ruang tengah MPH Mid Valley. Booktalk ini merupakan ruang pertama saya belajar mengajukan soalan berdasarkan buku beliau Free-Living Goal.

Booktalk MPH pertama tuan Shamsuddin Kadir dan tuan Sunthara Segar tahun 2006. Inilah bicara buku penulis PTS yang pertama saya hadiri.

Tuan Jason Ng, booktalk ini mendedahkan saya kaedah nota ringkas dan aktiviti interaktif pada tahun 2008.


Tuan Imran Yusof dalam presentasi pertama di MPH Alamanda tahun 2009. Di sini saya mempelajari bagaimana kehadiran keluarga memberi kesan motivasi besar pada penyampaian.

Booktalk tuan Imran juga mendedahkan saya strategi menulis bicara buku menjadi berita dan rencana sehingga disiarkan. Informasi ini saya akan dedahkan di kursuspenulis.com

Perkara ini saya tulis dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Jika ada yang belum membacanya, dapatlah melihat kembali bab khusus mengenai cara ini. Membina rangkaian dan pada masa sama ia adalah bahan penulisan yang baik untuk buku atau rencana pada masa akan datang.

Klik di sini bagi mendapat informasi lanjut strategi gerila penulis.

Pada hari itu, saya berjanji pada diri untuk menghadirinya bersama tuan Haeqal Zulqarnain.

Tuan Zamri Aminuddin menulis buku Jurujual yang Menari terbitan Truewealth. Ini adalah buku kedua beliau selepas buku pertama Mengapa Gagal Menjual terbitan PTS Professional.

Dua orang Zamri. Tuan Zamri Aminuddin (kanan) adalah mentor saya ketika saya berumur 21 tahun. Foto terbaru tahun 2010.

Beliau menyampaikan ceramah buku bisnes selama sejam di MPH Mid Valley. Beliau berkongsi tip bagaimana mendapat nilai bisnes bernilai RM1.2 juta daripada sebuah syarikat telekomunasi, perancangan dua tahun untuk sebuah kementerian serta operasi kedai bakeri di Melaka. Satu perkongsian yang bermanfaat.

Tuan Zamri Aminuddin adalah orang yang saya temui ketika mengambil keputusan masuk ke Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2001. Beliaulah orang pertama menegur saya menukar cara berfikir jangan belajar di universiti kerana mahu mencari kerja. Ingatan itu saya pegang sebagai ajaran yang baik sehingga kini.

Selepas sembilan tahun, Allah izinkan kami berjumpa.

Apabila kita ke program bicara buku ada beberapa perkara baru saya belajar.

Saya melihat perkembangan penulis baru dalam presentasi pertama kali dan kemudian dalam program seterusnya, cara mereka bersedia dari masa ke semasa. Ada penulis yang membawa keluarga pada pertama kali. Itu bagus sebagai pendorong dan bertindak menjadi audien. Ada juga penulis membawa para pelajarnya ke MPH sebagai peserta. Itu juga bagus. Ia menjadi kuliah luar kelas.

Saya belajar mengenai kecenderungan audien. Apakah topik yang digemari audien sehingga memenuhi ruang bicara buku. Kelebihan penulis yang mempunyai bakat berceramah yang persuasif seperti Prof Dr Muhamad Kamil yang menyampaikan ceramah Travelog Haji menjadi sungguh magnetik dan memukau pendengar.

Tuan Steve Shapiro di Kuala Lumpur sebelum telefon bimbitnya hilang pada petang itu. Tahun 2008.

Saya memerhati bagaimana tim penerbit lain atau tim penganjur membantu penulis sehingga mencipta kumpulan pendengar. Ini saya pelajari daripada program booktalk Steve Shapiro, tim penganjur membantu kedai buku dengan memaklumkan kepada orang sekitar sejam sebelum program bermula.

Dengan jumlah mereka yang turun sekitar empat sehingga lima orang, masing-masing akan memaklumkan kepada pengunjung. Caranya pelbagai, sentiasa edarkan risalah ringkas maklumat program di pintu masuk, pada rak-rak buku kategori berkenaan subjek dan sekitar ruang premis. Mereka merancang kejayaan program.

Saya memerhati kelebihan dan kekurangan booktalk tanpa presentasi slaid daripada Powerpoint. Powerpoint yang lebih kepada visual dan tajuk yang catchy menarik perhatian orang lalu lalang dan berhenti mendengar. Kita mesti bersedia, lokasi ceramah adalah tersorok dan sistem pembesar suaranya tidak menyeluruh. Berkemungkinan kita perlu bawa pembesar suara sendiri jika mahu.

Jika kita penulis baru, tidak pernah bercakap di khayalak dan tidak pernah membuat presentasi, ruangan booktalk adalah tempat yang baik untuk bermula. Ambil sahaja peluang ini bercakap dari masa ke semasa.

Akan berlaku satu pattern besar selepas ini, beberapa penulis yang saya temui mempunyai rancangan mendapatkan booktalk sendiri tanpa menunggu inisiatif penerbit pada masa akan datang. Ia sudah dimulakan oleh beberapa individu pada tahun lalu. Tahun 2010 saya jangkakan ia akan bertambah.

——–

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

——–

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

——-

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: