Rahsia yang mendorong kita jadi penulis

Tinggalkan komen

Februari 9, 2010 oleh zamrimohamad


Info sisipan

Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Pesanan Professor Emeritus Abdullah Hassan menjadi ingatan kepada diri saya sendiri. Dipetik daripada Facebook beliau.

Apabila Tuan Shahrul Nizam Junaini bertanya kepada saya bagaimana mahu menjadi penulis yang ‘baik’ dan prolifik, maka jawapan saya adalah begini.

1. Perlu ada dorongan. Dorongan menulis ilmu itu sebagai ibadat adalah sangat membantu.

Ada dua cerita yang mendorong dua orang yang berlainan.

  • Saya mengetahui menuliskan ilmu itu adalah ibadat. Namun, kali pertama saya diberi penjelasan yang baik adalah sekitar 20 tahun dulu.
  • Apabila Tuan Haji Zainal Abidin Safarwan, penyusun Kamus Melayu Besar Utusan, memberi tahu saya beliau sudah 36 tahun mengerjakan Kamus itu, – pada masa itu – dengan bertemankan timbunan bahan bacaan dan sebuah radio, hanya mengharapkan balasan pahala Allah, agar setiap huruf dalam bukunya itu sama seperti sebiji gandum yang akan bercambah tujuh … dan setiap cabang berbuah 100 biji, dan setiap biji akan mengulang proses yang sama, untuk selama-lamanya.) Bayangkan berapa huruf yang Tuan tuliskan!!
  • Sahabat saya Tuan Jeniri Amir, di Universiti Malaysia Sarawak, didorong oleh suatu peristiwa sedih. Akibat menjadi penjamin pinjaman rakan baik, beliau terpaksa melangsaikan pinjaman tersebut. Beliau menulis dan menulis bagi menghasilkan wang tersebut. Itulah sesuatu yang beliau pandai melakukannya. Beliau tidak pernah menyesali nasibnya.

2. Penting! Banyakkan membaca (mendengar kuliah orang pandai), dan apabila ada banyak maklumat tentu kita akan gatal tangan mahu menulis lagi.

3. Mesti ada teknik. Itulah sebabnya penulis PTS diwajibkan menghadiri kursus Teknik KJ. Dengan teknik yang berkesan, kerja sukar menjadi mudah.

4. Mesti ada alat kerja yang baik. Alat kerja penulis adalah bahasanya. Penulis yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi akan lebih mudah mengungkapkan konsep dan proses yang tinggi dan sukar. Dalam bahasa rendah, ada konsep dan proses yang tidak dapat diungkapkan dengan baik. Itulah sebabnya PTS mewajibkan penulisnya menghadiri kursus Bahasa Melayu Tinggi.

5. Mesti ada falsafah kerja yang disuruh oleh Islam. Pendeknya, apa yang tidak disuruh oleh Islam, janganlah dibuat. Tidak perlu juga kita berdebat panjang mencuba menghalalkan apa yang tidak. Falsafah ini diserapkan dalam kursus teknik menulis dan Bahasa Melayu Tinggi. Mereka yang tidak menghadiri kursus ini mungkin tidak dapat memahami betapa pentingnya perkara-perkara ini.

Agaknya, pedoman ringkas ini perlu dibaca oleh pengarang, dan mereka yang mahu menjadi pengarang, khususnya di PTS.

Wassalam.

Menulislah, jangan sampai jadi begini!

Kredit foto wswrite

——-

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: