Satu atau ramai, ia tetap hidup sebagai Baca@LRT

Tinggalkan komen

Februari 18, 2010 oleh zamrimohamad


Info sisipan

Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Saya memegang kata-kata penyelaras komunikasi (Bahasa Inggeris) Cik Puan Siti Sabariah, rakan Facebook yang menjadi tim kerja yang penting untuk Baca@LRT.

Katanya, “Baca@LRT itu bukan sekadar program beramai-ramai sebulan sekali sahaja. Membaca seorangkah, membaca beramai-ramaikah ia tetap Baca@LRT.”

Kata-kata ini mendorong saya dan memberi kekuatan kepada saya dan rakan-rakan lain. Kami percaya pada masa depan lebih baik.

Kami akan cuba menjaga agar Baca@LRT tetap pada aturan dan misinya membudayakan membaca sebagai satu kebiasaan di tempat awam. Ia tidak sahaja diterjemah dalam bentuk membaca beramai-ramai, akan ada bentuk-bentuk lain pada masa akan datang.

Saya berharap tidak ada golongan opportunis mengambil peluang menyebarkan benda yang bukan-bukan ketika mana kita sedang berusaha mencipta satu pattern baru dalam masyarakat.

Baca@LRT berlaku di Kuala Lumpur. Ramai memohon dibuat di tempat lain. Jawapan saya secara personal, di tempat lain ada orang muda yang berpotensi, berbakat dan punya idea gila-gila mencipta Baca@…. di tempat mereka sama ada feri, surau, warung kopi mahu pun perahu tambang. Saya percaya orang muda di sana dapat lakukan ia. Jauh bagaimana pun jiwa mereka cukup kuat mencipta realiti ini.

Baca@LRT disambut oleh kelab-kelab lain. Pada masa sama, pada jam 6 pagi Baca@LRT akan mempunyai saudara baru iaitu Baca@Komuter. Kumpulan dari negeri Sembilan dan Melaka akan menaiki komuter bersama-sama peminat buku di Kuala Lumpur pada 20 Februari ini.

Ketika saya menulis, saya mengingati peristiwa hari ini ketika meninjau laluan LRT ke kedai buku BookXcess.

Saya berjalan dari gerabak ke gerabak melihat siapa yang membaca. Di tangan saya ada beberapa keping penanda buku Baca@LRT. Hari ini saya bertemu dengan lima orang pembaca buku dan majalah.

  • Wanita berbangsa India berkata “How sweet,” apabila saya hulurkan penanda buku itu
  • Wanita berbangsa Thailand mempamerkan wajah hairan sehinggalah saya perlu menunjuk cara bagaimana penanda buku itu digunakan. Saya selitkan secara hormat pada buku yang ditulis dalam bahasa ibundanya.
  • Wanita pembaca Mingguan Wanita menggeleng-geleng kepala dan menjarakkan tubuhnya, bimbang saya menjual sesuatu. Kemudian beliau menerimanya juga.
  • Wanita si pembaca Sodoku yang khusyuk bermain nombor mengucapkan thank you.
  • Wanita si pembaca Millionaire Next Door yang duduk bertentangan juga menerima penanda buku.

Dalam berseorangan saya membawa penanda buku saya beranikan diri menemui mereka dan melihat reaksi mereka. Dari satu gerabak ke satu gerabak selepas waktu jam 2.00 petang.

Sehingga entri ini ditulis, baru saya sedar semuanya wanita. Saya tidak ketemu orang lelaki membaca pada hari itu.

Memberi penanda buku itu jadi satu dakwah, mengukuhkan perbuatan yang baik.

Mereka yang tidak menerima penanda buku itu pasti memikirkan mengapa yang membaca buku yang menerima penanda buku tersebut. Mudah-mudahan itu mendorong mereka mentafsir positif dan bergerak kepada perubahan.

Penanda buku buat pembaca yang terasing dalam LRT adalah mesej bahawa, “Mereka tidak berseorangan. Ramai yang seperti mereka sedang melakukan yang sama ketika ini dan pada waktu lain.”

Ia menjadi proses peneguhan tingkah laku kerana mereka akan yakin apa yang mereka lakukan itu tidak ganjil dan betul. Mudah-mudahan itu yang dapat mereka lihat setiap kali penanda buku berada di atas meja mereka.

Sekali lagi nasihat tim ini akan saya ingati, “Seorang atau ramai, Baca@LRT tetap Baca@LRT.”

Itulah semangat yang akan berada dalam hati.

Pada 20 Februari ini penyokong Baca@LRT akan memainkan peranan penting dalam mengubah pandangan awam bahawa membaca di tempat terbuka adalah sesuatu yang janggal dan aneh.

Ia adalah sesuatu yang diterima ramai dan dianggap sesuatu yang ‘cool’.

Saya mendapat maklumat, rakan-rakan Baca@LRT kini merangkumi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur.

Informasi terkini menunjukkan ada sahabat kita dari Perak dan Pulau Pinang akan turun melihat bagaimana Baca@LRT dilakukan dan akan membawa idea yang sama untuk diimplementasi mengikut acuan setempat.

Malah ada juga dari Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam akan bersama-sama kita. Ini termasuk warganegara Malaysia yang pulang dari Jepun semata-mata mahu menyertai Baca@LRT.

Selepas paparan di MHI, pelbagai respon kami terima. Sokongan demi sokongan diberikan. Lebih menarik, sudah ada ulasan buku dan perkongsian pengalaman di wall Baca@LRT. Tuan dan Puan dialu-alukan berkongsi!

Malah ada titik keberanian daripada rakan-rakan di luar Kuala Lumpur membaca di kompleks membeli belah ketika menunggu anak-anak, suami dan isteri tanpa kisah apa yang difikirkan orang lain.

Titik keberanian ini akan bersambung dari satu individu ke individu lain menjadi satu garis panjang yang bernama gaya hidup.

Semua itu adalah sejarah penting kepada budaya membaca yang berpunca daripada keyakinan dan percaya mereka bahawa esok adalah hari yang terbaik untuk mereka dan generasi mereka.

Kami di Baca@LRT mensasarkan 70 orang setiap bulan, tetapi berganda menjadi 150 pada Januari dan 400 pada bulan Februari.

Terima kasih kepada semua.

——-

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: