Zuhud bisnes (1) hon mewah si orang kaya

Tinggalkan komen

Mac 1, 2010 oleh zamrimohamad


Info sisipan

Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Usaha menulis buku terbaru bersama tuan Iskandar Syah atau dikenali dengan nama Dr Bubble. Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Mohon doa daripada pembaca di blog dan rakan-rakan di Facebook agar mudah jadi kenyataan.

———

Kereta mewah yang diletakkan di hadapan rumahnya jarang sekali berada di situ sepanjang hari. Pemandunya sering berbeza, adakalanya hanya pemandu dan kerap kelihatan dua tiga orang menaiki kereta mewah pelbagai jenama.

Orang kenal dan orang tahu siapa memililki kereta mewah itu. Rumahnya sederhana besar tetapi masih mudah dicam orang sebagai salah satu rumah milik orang kaya di situ. Keretanya bukan sebuah, ada beberapa biji lagi. Dihitung jumlah setiap satu sudah mampu membeli beberapa biji rumah lagi.

Tetapi hairan, beliau hanya membeli sebuah sahaja, selebihnya dihadiahkan orang. Begitu sekali beliau disanjungi orang.

“Siapakah dia?” bertanya orang tidak mengenali dia.

“Bagaimana beliau menjadi begitu kaya?” soal orang yang mahu kenal hartanya terlebih dahulu sebelum orangnya.

“Sudah berkahwin atau pun belum?” tanya si ibu yang mencari jodoh selesa untuk anak gadisnya.

Sudah ada yang kenal orang itu. Beliau terkenal bukan kerana hartanya atau pun perniagaan yang diusahakan. Tetapi zuhud bisnes yang diamalkan. Kerana falsafah harta menjaga tuan lebih kuat berbanding tuan menjaga harta.

Soal saya kepada yang bercerita mengenai orang itu, “Bagaimana dia menerapkan zuhud bisnes dalam kehidupan?”

Orang yang bercerita terus membongkar kisah. Seolah-olah bangga dapat menceritakan kehebatan pemilik kemewahan yang percaya pada zuhud bisnes.

“Beliau adalah seorang yang percaya pada hidup itu adalah untuk tuhan. Mengapa perlukan kesombongan dunia bagi mengumpulkan yang terbaik untuk bekerja bersama-samanya. Para pekerja sudah dididik hati agar melihat kemewahan itu adalah satu hidangan yang mereka kongsikan. Tidak ada yang kekenyangan dengan kemewahan, mereka ambil apa yang patut sahaja,” ceritanya panjang lebar.

Katanya deretan kereta mewah itu digunakan silih berganti antara pekerja dan majikan. Sudah seperti kereta perniagaan meskipun ia adalah kereta hadiah peribadi.

Melihat kereta mewah yang tidak duduk lama di perkarangan rumah sudah menjadi situasi biasa yang dilihat oleh jiran yang duduk sebelah menyebelah. Paling lama kereta mewahnya berada di situ selama setengah jam.

Soal saya, “Mengapa begitu sekali?”

Jawab orang yang bercerita, “Sememangnya begitu. Para pekerjanya menggunakan kereta mewah apabila ada tujuan khusus. Ada yang menggunakan bagi tujuan bertemu pelanggan, ada yang bertujuan menggunakan bagi mewakili perniagaan dan ada yang digunakan bagi tujuan dakwah.”

Pendek kata kereta-kereta itu digunakan semaksima mungkin. Ia menjadi wajah kepada organisasi dan pekerja. Dibawa oleh pemandu bersama-sama persepsi khayalak. Percaya ada kehebatan di sebalik kereta mewah itu.

“Beliau mengamalkan zuhud bisnes,” kata orang itu.

Tanya saya sekali lagi, “Bukankah zuhud bisnes itu membuang keperluan dunia dan menjadi abid kepada tuhan semata-mata?” soal dengan sengaja memprovokasi.

Ketawa besar dia lalu membalas kembali, “Zuhud bisnes yang diamalkan beliau ialah memaksimakan kelebihan yang ada dengan memberi yang lain peluang sama-sama menggunakan. Lihat pada kesan formula zuhud bisnesnya.”

Pemilik itu sudah seperti tidak kisah dengan kereta mewahnya.

Para pekerjanya pula bersungguh-sungguh menjaga amanah menggunakan kenderaan itu. Mereka memenuhi kepercayaan yang diberi dengan mengendalikan berhati-hati.
Tambahan lagi, pasti tidak senang duduk jika mahu menggunakan kereta mewah itu untuk tujuan peribadi, kelak mata para pekerja lain melihat. Ia menjadikan mereka di bawah radar.

Manusia yang hidup di bawah radar tuhan, kemewahan tidak menjadikan beliau kedekut malah mendekatkan dirinya dengan manusia lain. Kemurahan yang diberi beralih tangan. Kesetiaan pekerja makin mendekat. Sungguh-sungguh jadi tabiat kekal.

Tin!

Bunyi hon dari belakang. Sebuah kenderaan mewah berada di belakang. Kami menghalang jalan masuk ke rumah pemilik deretan kereta mewah yang percaya pada zuhud bisnes.

Di sebalik cermin kelihatan wajahnya, senyuman manis dan lambaian kecil.

Kami teruja.

——-

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: