Tip Penulisan (2) Menjadikan masalah harian sebagai lubuk emas penulisan rencana

Tinggalkan komen

Mac 10, 2010 oleh zamrimohamad


Anda sering mendengar cerita-cerita menarik dari seorang rakan yang bertugas di jabatan percukaian dan mendengar pelbagai masalah yang berlaku melibatkan pelanggan-pelanggan yang berurusan.

Pelbagai keluhan dan rungutan baik dari rakan kita yang berkhidmat begitu juga di pihak pelanggan keadaan yang sama berlaku. Jangan mendengar sahaja, ambil pen dan kertas sekarang!

Rakan-rakan kita dari pelbagai sektor baik dalam jabatan polis dan tentera, pendidikan, perkhidmatan kesihatan adalah mereka yang dapat membantu kita menghasilkan artikel-artikel yang akan membantu pembaca.

Berbincanglah dengan mereka dengan cadangan kita untuk menulisnya, dapatkan kerjasama mereka. Mereka akan gembira membantu kita kerana kita mendengar cerita mereka. Keadaan-keadaan berikut mungkin membantu kita mengenalpasti rakan-rakan sedemikian.

Adakah kita mempunyai saudara mara atau sahabat yang bekerja dengan di hospital baik sebagai doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasi atau seorang jururawat?

Apakah perkara yang menarik perlu diketahui oleh pembaca-pembaca tentang prosedur dan gaya kerja dalam bidang tersebut?

Mungkin terdapat beberapa perkara yang terkini yang perlu diketahui oleh mereka dalam perkhidmatan ini. Majalah-majalah kesihatan dan perubatan memerlukan idea-idea ini untuk penerbitan mereka.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan yang berkhidmat dalam bidang pendidikan berasaskan teknologi maklumat (IT)?

Mungkin mereka sedang menghasilkan satu teknologi baru untuk pendidikan jarak jauh bagi institusi pendidikan tinggi.. Majalah-majalah pendidikan dan teknologi memerlukan bahan-bahan seperti ini bagi keluaran bulan hadapan.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan di kalangan petani dan peladang moden atau yang sedang berkhidmat di jabatan pertanian negeri.

Mungkin mereka mempunyai cerita-cerita menarik untuk kita yang akan menarik perhatian pembaca untuk mengetahui bidang ini. Terdapat skim dan bantuan pendidikan untuk mereka yang ingin berkhidmat di bawah jabatan tersebut.

Mungkin terdapat kisah-kisah yang melibatkan kerjasama dengan institut-institut luar negara yang masih belum diketahui. Majalah keusahawanan, pertanian dan pendidikan memerlukan cerita ini.

Mekanik di kawasan kita sering bercerita tentang tahap kesedaran yang rendah pemilik kereta terhadap kenderaannya.

Pada masa yang sama beliau menceritakan bagaimana mekanik-mekanik yang tidak jujur mengenakan harga yang tinggi dan baik pulih yang tidak diperlukan tanpa diketahui oleh pelanggan.

Sehinggakan perkara mudah seperti memeriksa minyak hitam dan air bateri juga diserahkan kepada pembantu stesyen minyak setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Ambil kamera dan ambil gambar bahagian enjin yang perlu diketahui dan diperiksa secara kerap. Susun panduan yang diberikan olehnya dan kirimkan bersama gambar kepada majalah-majalah automotif atau mencadangkan kepada majalah tertentu untuk diwujudkan ruangan satu halaman untuk isu tersebut.

Sahabat kita seorang pegawai di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Aduan-aduan pelajar yang tidak mendapat pekerjaan dengan alasan universiti-universiti yang dimasuki tidak diiktiraf Malaysia atau pun jawapan permohonan skim pinjaman dan biasiswa yang lewat. Perkara yang sama terpaksa diulang-ulangnya kepada setiap pelajar dan ibu bapa yang datang bertanya.

Peranan kita menjadi wakilnya, hasilkan sebuah artikel dan majalah-majalah pendidikan memerlukannya.

Cuba belek akhbar dan majalah, saya yakin kita akan mendengar suara-suara yang menceritakan masalah dalam bentuk rencana yang menarik. Itu dapat menjadi panduan kita menulis rencana seumpama itu.

Kenalpasti masalah dan ketahui majalah atau akhbar mana yang mahukan rencana seperti itu.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 19 Mac sehingga 21 Mac ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini! Klik di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: