Puan Hamiza berkata dan saya mencatat sahaja

Tinggalkan komen

Mac 16, 2010 oleh zamrimohamad


Info sisipan

Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Saya berada di dalam bilik komputer di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Dari masa ke semasa saya mengemaskini Facebook, memetik kata mentor di hadapan yang berkongsi sedikit demi sedikit seni mengurus perniagaan di internet.


Sempat melihat deretan makanan ringan dijual di hadapan surau dan berhampiran tandas.

Ini adalah perniagaan lillahitaala (kata pelajar UiTM). Deretan produk makanan dijual dan bekas wang diletakkan di situ. Beli dan tinggalkan wang. Saya mendapat informasi seorang pelajar hanya menjual ‘drinking water’ dan menjana lebih RM2,000 sebulan dengan konsep perniagaan lillahitaala ini.


Sedang jari cepat menaip di papan kekunci, kepala masih lekat dengan ingatan mentor seorang lagi. Mengingati pesan guru saya Tuan Irfan Jani berdasarkan buku Yoro Takeshi. Katanya, “Apabila kita belajar, anggaplah kita tidak tahu (walaupun sudah belajar berkali-kali). Agar di sekeliling diri tidak ada dinding kebodohan.”

Satu persatu tip saya catat mengejar deras bicara mentor, Puan Hamiza. Lantas saya menulis, “Puan Hamiza berkata….”

  • Terdapat beberapa model bisnes e-commerce iaitu brochure site, online store, subscription site, advertising site, online cybermall dan B2B e-commerce site.
  • Microsoft melihat 3 bulan ke hadapan bagi melihat perubahan yang perlu dilakukan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkongsi pengalaman cerita seorang tukang urut berusia 60 tahun mendapat pelanggan daripada internet kerana pelanggan terdahulu meletakkan informasi beliau di internet. Beliau kini bercadang mahu membuka laman web.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata bagi mempelajari seni bisnes di internet perlu ada pengalaman jual beli di internet. Keselamatan jual beli di internet adalah hampir 100 peratus selamat. Testimonial berserta laman web pelanggan dan sistem pembayaran yang disarankan adalah contoh sistem keselamatan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata terdapat 12 kategori produk yang hype di pasaran. Beliau menekankan jangan fikir mahu jadi jutawan dengan perniagaan online. Foku spada kemahiran dan seni berniaga itu sendiri.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata ‘merasa’ produk di internet melibatkan testimonial pelanggan.
  • Ketika ini, peserta mendedahkan jenis bisnes diusahakan mahu dibawa ke online. Ada yang sudah menjual ‘bear’, tudung, bunga, produk kesihatan, beg.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jika mahu mengawal proses pemasaran pada peringkat awal, mulakan dengan bisnes internet yang dapat dihantar sekitar Lembah Klang terlebih dahulu.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata domain adalah sesuatu yang penting untuk dikaji kerana ia adalah kata kunci yang dicari dalam enjin carian. Hasil carian tidak kurang daripada 20,000 result dan tidak melebihi 200,000 (terlalu besar)
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata, menjual produk yang kita pernah gunakan menjadikan kita mahu pastikan orang lain mendapat keseronokan yang sama.
  • Ketika ini, dikongsi cerita seorang penjual keris hairan ada orang ambil gambar keris dan dipaparkan di laman web dan dijual berkali ganda. Dari RM400 sebilah menjadi RM4,000 di Eropah dan US. Ini kerjasama penjual online dan pembuat.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jangan lupa kos penghantaran produk. Lihat di laman web pos.com.my kos penghantaran seluruh negara. Ambil kira kos transaksi online banking juga.
  • Ketika ini, disebut berikan dua pilihan kos penghantaran kepada pelanggan. Lambat tiba tetapi murah atau cepat tetapi mahal. Misalnya Pos Ekspress dan Fedex.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata produk unik yang tidak boleh dibandingkan harga online antara satu peniaga dengan peniaga lain adalah kraftangan dan batik buatan tangan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jangan ambil gambar sebarangan daripada web orang lain untuk laman web jualan kita. Isu copyright.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata produk yang sama di kedai dan online dijual pada harga berbeza kerana isu caj.

Ketika itu saya dan Tuan Azree Hanifiah menjadi wartawan bisnes rakan-rakan di Facebook melaporkan tip-tip ringkas perniagaan online secara real time dari dalam bengkel di UiTM. Ringkas dan padat.

Saya berpuas hati kerana melihat Facebook sebagai saluran segera menyampaikan maklumat kepada semua.

Tiga hari lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bakal berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Dengan izin, saya mahu khabarkan. Penantian para pembaca yang mahukan manual bagaiman menguruskan bisnes menggunakan Google bakal disambut dengan kelahiran buku terbaru.

Berikut merupakan informasi asas buku Urus Bisnes dengan Google.

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-013-8
Tarikh Terbit: 23 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 336

Kategori: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Bisnes besar tepuk dahi apabila bisnes kecil dapat menyaingi mereka, urus bisnes dengan Google.

——-

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: