Nota usrah trainer (1) | Ilmu Fonetik meningkatkan pengaruh

Tinggalkan komen

Mac 31, 2010 oleh zamrimohamad


Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

——-


Nota usrah trainer (1)

“Apakah itu ilmu fonetik,” bertanya Puan Guru kepada kami.

Fonetik adalah sains sebutan bahasa. Kualiti sebutan memberi kesan kepada kuasa pengaruh kita.

Video pertama dimainkan. Rakaman di YouTube menunjukkan seorang tokoh memberi ucapan di khayalak secara spontan. Kelebihan dan kekurangan berdasarkan pemerhatian kasar dilakukan. Satu persatu disenaraikan.

Daripada bedah siasat video, tokoh itu berhadapan kesukaran mempengaruhi khayalak. Terdapat tanda-tanda ucapan beliau tidak dapat mempengaruhi khayalak.

  • Sebutan bercampur-campur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • Penggunaan bahasa Melayu rendah.
  • Tidak jelas kerana kecepatan

“Cuba dengar sekali lagi,” kata Puan Guru.

Kali ini lebih banyak tanda-tanda dikenalpasti ucapan itu tidak berpengaruh.

  • Latar suara orang ramai yang bercakap dalam nada yang tinggi dapat didengar.
  • Bahasa badan orang ramai jelas tidak bersedia mendengar ucapan itu.
  • Pengucap menggunakan intonasi tinggi berkali-kali untuk mendapat perhatian ramai.
  • Respon tepukan tangan tidak menunjukkan sambutan hangat meskipun sudah ada kumpulan yang dibawa bagi mencipta situasi itu.

“Kini saudara berdua yakin pentingnya ilmu fonetik bagi menjadikan pembentangan saudara berpengaruh?”

Kami angguk.

Sambung Puan Guru, “Baiklah, kita masuk ke fasa kedua. Analisa kelebihan dan kelemahan fonetik tokoh kedua ini,” arah beliau.

Video kedua dimainkan. Obama memberi ucapan di sebuah dewan kecil ketika kempen pilihanraya beliau. Analisa mendapati ucapan beliau dapat memenuhi asas penyampaian yang berpengaruh.

Orang faham apa yang disampaikan oleh Obama. Berbanding video pertama, ucapan yang disampaikan tidak difahami pendengar kerana isu yang disampaikan tidak diketahui ramai.

Kefahaman pendengar menentukan daya pengaruh penyampai. Semakin difahami maka semakin berpengaruh. Ini kerana otak tidak terbeban bagi menjalankan proses maklumat.

Tuan Shamsuddin Kadir bertanya, “Bagaimana pula Sukarno, adakah beliau menguasai ilmu fonetik?”

“Baiklah kita mainkan video Sukarno di YouTube,” kata Puan Guru.

Sekali lagi, tanda-tanda yang ada pada Obama kelihatan pada Sukarno.

“Tidak perlu bercakap banyak apabila orang sudah faham. Kelajuan pengucapan dan pemprosesan maklumat pendengar sama laju. Pendengar tidak perlu membuat kerja tambahan seperti membaca bibir bagi mendapatkan apa yang ingin disampaikan pengucap,” jelas Puan Guru.

“Baiklah, saya akan terangkan apa itu ilmu fonetik selepas beberapa analisa tadi,”

Teori fonetik merujuk pada sains sebutan bahasa atau lebih mudah disebut tajwid bahasa Melayu.

  • Teori pertama menyatakan kualiti sebutan penting bagi menjamin kefahaman pendengar.
  • Teori kedua menyatakan sebutan pengucap juga ada kaitan dengan karisma yang mengukuhkan pengaruh itu.

Mutu fonetik mesti dipertingkatkan agar orang faham dan terpengaruh. Bahasa adalah sumber karisma.

“Baiklah, kita berlatih lagi. Saudara berdua perlu sediakan ucapan tiga minit mengenai rakan masing-masing. Berdiri di hujung sana dan bentangkan kepada semua. Sekarang kita adakan latihan mengukur sejauh mana orang dapat mendengar bunyi yang disebutkan,” kata Puan Guru.

Selesai latihan, kami melaporkan.

Bertanya Puan Guru, “Apa yang saudara berdua lakukan tadi?”

Masing-masing menilai prestasi ucapan tadi dari segi fonetik. Masing-masing melakukan tiga perkara ini setiap kali diajukan soalan oleh Puan Guru.

  • Melaporkan emosi.
  • Memikirkan prestasi.
  • Memikirkan jalan fikir sendiri.

Hasil dapatan diulang berkali-kali sepanjang sesi soal jawab tiga proses ini berlaku.

Daripada latihan penyampaian tadi, difahami bahawa ilmu fonetik membantu perkara berikut.

  • Berhati-hati dengan apa yang mahu disampaikan.
  • Memberi tempoh memilih perkataan yang sesuai.
  • Setiap perkataan yang dipilih mempunyai maksud agar pendengar faham.
  • Fonetik memberi ruang berfikir ketika berucap. Tidak ada situasi peluru tabur iaitu menggunakan apa sahaja perkataan yang timbul dalam kepala.
  • Tidak ada pembaziran perkataan dan lebih berpengaruh.
  • Fonetik menampilkan wajah pengucap sebagai orang berpengetahuan tinggi.
  • Fonetik memberi masa kita menyusun idea ketika sedang berucap.
  • Kita lebih bertanggungjawab menyampaikan.
  • Orang yang mendengar terpengaruh dan mengambil risiko lebih besar.

“Saudara berdua ingat video Obama tadi. Penguasaan ilmu fonetik menjadikan orang terpengaruh. Meskipun beliau adalah seorang yang berkulit gelap dan hanya seorang senator satu penggal tetapi orang ramai masih sedia mengambil risiko memilihnya,” jelas Puan Guru.

Baiklah bagaimana mahu meningkatkan mutu penyampaian menggunakan ilmu fonetik?

Sukukata dalam ilmu fonetik Melayu terbahagi kepada dua.

  • Sukukata terbuka seperti sa, ya, ma. Hujungnya adalah huruf vokal a, e, i,o dan u.
  • Sukukata tertutup seperti ib, ik, ir. Hujungnya adalah huruf konsonan.

Pesan Puan Guru, “Jaga sukukata tertutup yang menjadi punca orang penat mendengarnya apabila tidak jelas disebut.”

Kemudian, ada tiga jenis bunyi dalam penyampaian.

  • Bunyi yang merdu didengar iaitu bunyi sengau yang memberi muzik kepada perkataan yang digunakan. Melodi ada pada sambungan huruf n, m, ng. Misalnnya cinta, minta, berjuang.
  • Bunyi geseran bagi mencipta kesan dramatik. Ada pada sambungan perkataan yang mengandungi c, s, kh, gh. Misalnya khianat, sayang, ghairah.

Penguasaan ilmu fonetik kepada trainer penting selain daripada menguasai teori yang mahu disampaikan kepada peserta. Apabila ilmu fonetik dikuasai dan dilatih akan membawa kesan berikut.

  • Fonetik secara langsung menjadikan kita melantunkan perkataan secara jelas dan kuat.
  • Fonetik secara langsung menyekat kita daripada membuat humor yan tidak perlu dan pada masa yang salah.
  • Fonetik menjadikan kita menyemak susunan penyampaian dari masa ke semasa.
  • Fonetik digunakan pada peringkat awal ketika mana peserta tidak percaya pada kredibiliti kita.

Latihan terakhir adalah mendengar lagu Anita Sarawak. Lodeh Mak Lodeh

Kali ini barulah difahami mengapa penguasaan ilmu fonetik memanjangkan hayat karier Anita Sarawak dan Sharifah Aini sehingga kini. Hal yang sama kepada apa jua bentuk profession.

Hari ini baru saya dan Tuan Shamsuddin Kadir tahu bahawa perkara ini diperolehi dalam kelas drama. Puan Guru pernah mengikuti kelas drama rupa-rupanya!

Catatan tambahan.

Perbezaan trainer professional dan amatur adalah kemampuan menguasai teori dan menyampaikan teori secara jelas, tidak berceramah dan memberi pendapat (bukan fakta).

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: