Nota usrah trainer (2) | Mendorong motivasi peserta agar kekal bertenaga

Tinggalkan komen

April 3, 2010 oleh zamrimohamad


Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

——-

Nota usrah trainer (2)

Hari ini Puan Guru mencatat di papan putih, Teori Motivasi Kerja.

“Tuan-tuan, hari ini saya akan menerangkan teori. Apa yang membezakan trainer yang dipanggil pakar adalah kemampuan menguasai teori. Itu yang menjadikan peserta dapat dibimbing secara efektif kerana kemampuan kita menguasai teori.”

Senyap sebentar. Puan Guru menyambung bicara, “Apakah itu teori dan apa itu teknik?”

Teori menerangkan mengapa ia berlaku dan teknik menerangkan caranya. Itu perbezaan antara teori dan teknik.

Mengapa pentingnya menguasai teori motivasi kerja?

Teori ini membantu kita mengenalpasti mengapa orang melakukan sesuatu sedangkan ada orang lain boleh lakukan perkara yang sama?

Ada dua faktor yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perkara.

Faktor di luar kerja itu sendiri. Iaitu faktor duit yang menjadikan dia melakukan. Tanpa duit ia tidak dilakukan.

Faktor di dalam kerja itu sendiri. Iaitu faktor kepuasan melakukan tanpa melibatkan kewangan.

Dalam teori Maslow, apabila seseorang sudah mendapat wang dalam apa yang diusahakan, beliau akan mencari faktor lain selepas faktor pertama telah dipenuhi.

Wang menurut Abraham Maslow memenuhi keperluan bagi memenuhi kehedak fizikal iaitu pakaian, makanan dan tempat tinggal. Barulah faktor kedua dipenuhi oleh individu iaitu faktor kepuasan.

——

Nota tambahan “Dengan dua faktor ini yang menjadi faktor kepada motivasi pekerja. Mesej mengatakan Melayu secara tabiat adalah malas sering disampaikan dan menjadi kepercayaan orang ramai. Ia menjadi skrip ucapan ahli politik, individu dan kumpulan yang tidak memahami teori. Satu mitos yang tidak dapat dibuktikan oleh mereka melalui kajian saintifik.

——

Kembali kepada dua faktor yang mendorong motivasi bekerja.

Dari perspektif training, dua faktor ini melibatkan perkara berikut.

Faktor di luar kerja itu sendiri juga dipanggil faktor kebersihan (hygine factor). Pekerja yang mendapat gaji tidak pada waktunya menganggap organisasi telah kotor kerana tidak mengikut sistem. Akibatnya, motivasi pekerja turun, kadar kesilapan bertambah.

Faktor hygine dari aspek training melibatkan keselesaan tempat dan jumlah peserta tidak melebihi 30 orang (lebih akan menjadi ceramah).

Faktor di dalam kerja itu sendiri melibatkan isu kepuasan apabila pekerja dapat berkembang. Ini dapat dilihat melalui sikap pekerja (atau peserta) yang akan memberi lebih daripada sepatutnya. Kepuasan timbul apabila peserta mendapat skil yang dapat digunakan selepas keluar daripada sesi bengkel.

Trainer perlu memberi kedua-duanya dalam sesi latihan kepada peserta.

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: