Skrip komitmen, menjadikan peserta mahu mencuba.

Tinggalkan komen

April 4, 2010 oleh zamrimohamad


Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

——-


Nota usrah trainer (5)

Skrip komitmen, menjadikan peserta mahu mencuba.

Puan Guru mula bertanya, “Apakah itu skrip komitmen?”

Soalan dijawab kepada dua bahagian.

Skrip bermaksud apakah yang mahu dikatakan oleh trainer agar peserta komited.

Komitmen bermaksud apakah rancangan dan tindakan yang akan dilakukan oleh peserta.

Srip komitmen digunakan dalam sesi latihan mengalihkan kemahiran kepada peserta. Ia juga digunakan bagi tujuan mengubah tingkah laku. Kaedah ini juga digunakan dalam kursus merekrut jurujual.

Skrip komitmen menjadi orang mahu mencuba.

——-

Kemudian Puan Guru menunjukkan sekeping syiling kepada kami. Seorang demi seorang.

“Berapa?” tanya Puan Guru

“Lima puluh sen”, jawab kami demi seorang.

Puan Guru menggenggam syiling, “Sekarang tuan-tuan, lukis imej lima puluh sen.”

Kami terpinga-pinga, tidak dapat mengingat dengan tepat reka corak lima puluh sen melibatkan bunga raya, nombor, tahun keluaran dan kedudukan perkataan Bank Negara Malaysia.

Puan Guru melihat kami melukis. Selesai kami melukis, beliau berkata, “Sama seperti skil. Orang kenal apakah kemahiran, tetapi tidak ingat bagaimana melakukan. Tanggungjawab trainer memastikan peserta kenal dan ingat bagaimana melakukan kemahiran yang diajar dalam sesi training. Jika tidak, ia akan menjadi seperti kes lima puluh sen tadi.”

———

Bagi memastikan sesi training persuasif dan peserta mendapat skil yang dapat dipraktikkan kita perlu menguasai pengetahuan asas ini.

Pertama, hasil kajian mendapati orang mencari kejayaan baru. Peserta bengkel adalah mereka yang datang mencari kejayaan baru.

Kedua, menjadi tanggungjawab trainer menyampaikan skrip kejayaan kepada peserta memenuhi keinginan mereka yang mencari kejayaan baru.

———

Soalan timbul. Apakah ciri-ciri skrip kejayaan yang merupakan punca kepada skrip komitmen peserta dalam sesi latihan?

  • Skrip komitmen membantu sama ada merekrut, mengubah tingkah laku dan mengalihkan skil.
  • Peserta adalah pejaya. Mereka mahukan trainer memberi action plan. atau pelan tindakan apa yang perlu dilakukan secara jelas dan spesifik.
  • Pentingnya kita menaikkan maruah pejaya dalam latihan. Tidak ‘bashing’.

———-

Puan Guru bertanya, “Pada waktu bila para peserta berasa ragu terhadap trainer yang mengendalikan sesi?”

Para peserta diam. Melihat dan menunggu jawapan.

Sambung Puan Guru, “Apabila trainer tidak memberi informasi produk, teknik menggunakan, risiko yang akan timbul dan pelan tindakan mengatasinya.”

———–

Nota tambahan : Training yang berkesan apabila peserta sudah merancang pelan tindakan mereka sendiri untuk mencuba selepas training tamat. Ini dapat dilihat melalui soalan-soalan yang dikemukakan peserta mahukan lebih informasi, pelan tindakan, teknik dan risiko. Selain itu dari respon dan cakap-cakap sesama mereka sudah timbul cadangan daripada peserta untuk berbuat sesuatu.

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: