Tip Puan Guru | 11 Tip untuk trainer mendorong kejayaan peserta

Tinggalkan komen

April 4, 2010 oleh zamrimohamad


Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

——-


Nota usrah trainer (4)

Pagi Ahad, seawal selepas Subuh, para trainer duduk di meja makan bersedia mengikuti sesi training oleh Puan Guru. Ia berlangsung sehingga jam 2.00 petang tanpa henti. Sambil sarapan pun pen dan cekodok bertukar tangan. Kopi dan teh dihirup bersilih ganti. Papan putih menanti.

Tangan mengemaskini Facebook dengan ilmu baru untuk disebarkan kepada khayalak. Mudah-mudahan ramai dapat mengambil manfaat.

Tip Puan Guru | Apabila kita cenderung mahu melepaskan diri dari beban rasa bersalah, kita cenderung menyalahkan orang lain sebagai puncanya. Ini terbawa-bawa dalam training. Misalnya menyalahkan orang apabila tidak mahu berubah.

Tip Puan Guru | Falsafah training, kita mengayak lumpur yang banyak untuk mendapat beberapa butir emas kecil sahaja.

Tip Puan Guru | Race bashing atau mengutuk bangsa dengan menyebut bangsa itu bermasalah, bangsa itu mundur tidak dilakukan oleh nabi meskipun nabi berhadapan dengan bangsa Arab yang penuh mencabar sikapnya ketika itu. Jadi mengapa mengutuk bangsa sendiri dengan alasan mahu memajukan? Apa teori dan sunnah dipakainya memperleceh bangsa sendiri? Berlaku di kalangan tranier dan motivator amatur menggunakan skrip ini atas alasan mahu menyedarkan. Tanpa sokongan teori dan kajian saintifik.

Tip Puan Guru | Apabila nabi mahu mengubah tingkah laku orang, nabi hanya menyebut caranya, “Mahukah kamu jika aku beritahu….”, “Hendaklah kamu….” tanpa menyalahkan orang untuk membetulkan tingkah laku itu.

Tip Puan Guru | Tulis di papan putih dahulu. Selesai baru bercakap. Jangan bercakap di depan papan putih. Hormati peserta. Tutup pen dan bercakap menghadap mereka.

Tip Puan Guru | Apabila trainer menulis nota di powerpoint, ia menghilangkan kredibilitinya sebagai pakar bidang. Ini melibatkan powerpoint nota yang berjela-jela seperti karangan.

Tip Puan Guru | Powerpoint hanya untuk menerangkan benda yang bersifat visual dan formula. Ia menerangkan sesuatu yang tidak dapat disampaikan melalui kata-kata.

Tip Puan Guru | Powerpoint secara langsung memberi kesan kredibiliti kepada trainer kerana slaid tidak dapat diubah atas kehendak peserta pada waktu itu juga. Misalnya soalan diajukan peserta, ketika itu trainer menekan butang escape dan mencari slaid kemudian baru menunjukkan slaid yang mempunyai jawapan berjela itu.

Tip Puan Guru | Kejayaan kita (dalam mengendalikan training dahulu) menjadi hijab atau tembok pada diri kita hari ini. Menyebabkan kita berhenti berfikir. Hanya membandingkan kejayaan dulu dan sekarang.

Tip Puan Guru | | SWOT analysis hanya berfungsi menyaring idea bukan mencipta. Tujuan membuang atau senarai pendek.

Tip Puan Guru | Trainer memulakan dengan ayat, “Apa pendapat saudara,” ini akan membantu trainer kenalpasti keperluan peserta & tidak menset arah fikir.

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: