Pasti lumpuh tanpa doa pembaca yang mulia

Tinggalkan komen

April 13, 2010 oleh zamrimohamad


Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

——-

Cerita 1

Hari ini saya memperolehi dua kegembiraan. Ia datang daripada para pembaca yang dimuliakan. Berkat doa para pembaca, buku ini muncul dalam ulasan akhbar Harian Metro di ruangan Hati.


Mudah-mudahan ia menjadi buku yang dapat membantu usaha ramai dalam menguruskan bisnes kecil mereka. Paling penting, memberi ruang dan peluang mengurus bisnes halal untuk diri, pasangan dan keluarga.

Berkenaan buku Urus Bisnes dengan Blogshop klik di sini




———-

Cerita 2

Setiap hari saya padat dengan komitmen mengemaskini blog seni mengurus dan membina blog shop menggunakan blogger.com di satu lagi laman blog. Kerja menjadi bertambah apabila saya perlu memuat turun satu persatu foto tunjuk cara.

Apabila memikirkan betapa mudahnya para pembaca meniru satu persatu langkah dengan adanya foto, saya usahakan juga. Ketika entri ini ditulis lebih 12 tip diberikan dalam blog itu.

Mereka yang berminat membaca bagaimana menjual produk dan perkhidmatan di blog, dapatlah melayari blog ini.

Klik tip menjalankan bisnes dengan blog shop di sini.

Saya percaya, sebagaimana hidupnya kedai-kedai kecil di bandar dan pekan, kedai-kedai kecil di blog shop juga akan mengikut kitaran yang sama.

Peniaga blog shop pernah dikatakan melanggar hukum bisnes yang betul dan lari daripada cara yang sepatutnya. Tetapi itu tidak menjejaskan sesen pun hasil jualan mereka, malah makin berkembang dan diikuti.

Kerana itu blog itu dihasilkan agar satu panduan dapat diikuti dan diubahsuai mengikut kreativiti dan keperluan peniaga blog shop.

Pada masa sama, saya membuka bengkel komuniti bagaimana membuka kedai pertama menggunakan blog shop. Digalakkan mereka yang tidak ada blog selama ini tetapi mahu berniaga di internet menyertainya. Saya akan kongsikan seni membuka dan mengurus produk melalui blog.

Klik tip menjalankan bisnes dengan blog shop di sini.

———-

Cerita 3
Pada hari ini, saya bersyukur apabila mendapat tahu pembaca buku saya berjudul Buat Duit dengan YouTube terbitan PTS Professional kini menggunakan video sebagai ikhtiar mempromosikan perniagaan.

Saya meneliti video beliau dan saya terbaca komen ini pada blognya.

Saya berdoa agar dilimpahi rezeki kepada para pembaca buku saya di mana sahaja mereka berada.

Berkenaan buku Buat Duit dengan YouTube. Klik di sini



———-

Cerita 4

Insya Allah pada 25 April ini Baca@LRT bertemakan beri akan mengambil tempat. Kali ini para penyokong Baca@LRT akan membawa satu naskhah buku untuk dimasukkan dalam kotak buku yang disediakan oleh pihak UNICEF di Kinokuniya.

Buku yang diberi akan disebarkan kepada mereka yang tidak mampu membeli buku. Mudah-mudahan ia menjadi amal yang mudah dan berpanjangan keberkatan. Kali ini Baca@LRT amat berbeza kerana kita tidak ada perkumpulan akhir. Informasi akan disampaikan dalam Facebook Baca@LRT.

Jika ada penulis dan penerbit buku yang sedang membaca entri ini, saya ingin menyampaikan hasrat ini kepada mereka. Logo Baca@LRT telah dicetak pada dua buah buku berjudul Urus Bisnes dengan Google dan Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah.

Saya mesti memulakan dahulu dengan harapan ia akan menjadi usaha yang diikuti oleh penulis dan penerbit lain.

Logo ini berada di kulit belakang buku sebagai satu usaha menggalakkan budaya membaca di tempat awam menjadi gaya hidup.


Dengan izin Allah, mudah-mudahan perkataan Baca@LRT menjadi kata kerja kepada para pengunjung kedai buku. Perkataan itu bakal mendorong mereka mengingati agar membawa bahan bacaan sebagai teman di luar rumah.

Jika ada mana-mana penulis dan penerbit yang sudi menyokong usaha ini. Dapatlah menghubungi saya di zamrimohamad@gmail.com agar dapat saya emelkan saiz imej logo ini.

Penggunaan logo ini tidak memerlukan kita membayar dengan wang ringgit melainkan kehendak dan kepercayaan kepada usaha ini.

———-

Cerita 5

Bengkel penulisan rencana edisi lalu menemukan saya dan Tuan Muhammad Firdaus Arif dengan beberapa peserta yang berpotensi besar menjadi pengubah pemikiran orang ramai. Ada yang datang daripada KAGAT, Risda, Universiti Putra Malaysia dan ABIM.

Salah seorang peserta sudah menulis sejak tahun 1983 lagi. Kini beliau meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau membuat kajian pengamalan agama di kalangan anggota tentera.

Semoga Allah permudahkan.

Insya Allah, edisi seterusnya adalah pada 17 April ini. Setakat ini hanya ada tiga kekosongan yang dapat diisi oleh peserta. Mereka yang berminat, klik di sini.

Ini adalah hasil kedua Tuan Farid Malique yang merupakan peserta minggu lalu. Saya percaya dari surat pembaca yang menjadi gelanggang silat akan berubah menjadi rencana yang padat dan memberi inspirasi kepada ramai.

Alumni kursuspenulisan.com adalah suara rakyat tersendiri. Ada yang sudah membantu sahabat lain dengan menulis di akhbar mengetengahkan dilema orang kecil dalam sistem yang menekan mereka. Terkini pihak kementerian buka mata dan membantu. Tahniah alumni kursuspenulisan.com iaitu Tuan Farid Malique Ini adalah permulaan kepada rencana lebih besar.


Hasil tulisan Tuan Farid Malik yang kedua

Maklum balas kementerian terhadap penulisan Tuan Farid yang pertama

———-

Cerita 6

Selain daripada buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah, saya dimaklumkan oleh Tuan Shakir dari PTS Millenia, buku 30 Strategi Membina Pengaruh telah diulang cetak bagi memenuhi keperluan pembaca yang mencari di kedai-kedai buku. Mudah-mudahan dengan buku ini tuhan permudahkan usaha mereka menjadikan pengaruh sebagai ibadat. Juga menjadi pembuka pintu memudahkan tugas mereka serta menjadi lorong membantu rakan-rakan dan ahli keluarga.

Buku 30 Strategi Membina Pengaruh juga muncul dalam majalah Jutawan terbitan DAS Publishing. Surat terpilih dalam majalah ini berpeluang mendapat senaskah buku ini sebagai hadiah.

Kepada mereka yang berminat membina pengaruh yang mendekati diri kepada orang ramai di waktu senang dan di waktu susah, dapatlah melayari informasi ini. Klik sini.

——-

Nota: Mari kita doakan mudah-mudahan Allah menyembuhkan dan memberi kesihatan kepada Puan Ainon Mohd daripada sakitnya yang sudah berlarutan beberapa hari ini.

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: