Buku 30 Strategi Membina Pengaruh di Australia

Tinggalkan komen

Mei 8, 2010 oleh zamrimohamad


Foto kiriman rakan yang berada di Adelaide, Australia diterima awal pagi tadi. Siapakah beliau atau adakah beliau faham? Tidak dapat saya ketahui. Mungkin rakan pembaca beliau dari Malaysia itu menterjemah kepadanya apa yang relevan. Terima kasih kerana membawa 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia terbang jauh ke sana.

Beberapa hari lalu Tuan Haeqal Zulqarnain menulis beberapa tip berkenaan membina pengaruh secara positif. Saya petik;

Pertama

Dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah pusat perubatan, didapati ada 5 perkara yang apabila dilakukan oleh kakitangan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Senyum
Merenung mata
Memperkenalkan diri
Memaklumkan apa yang mereka lakukan dan mengapa
Mengakhiri setiap interaksi dengan bertanya

Kedua

Daripada Tuan Ahmad Fadzli Yusof, “Kenalpasti yang baik, teruskan. Kenalpasti yang yang sederhana, gandakan. Kenalpasti yang buruk, buangkan. Kenalpasti yang belum ada, adakan.”

Ketiga

Libatkan orang yang ingin kita pengaruhi dalam proses perbincangan dan memberikan idea. Mereka lebih terdorong melakukan sesuatu apabila perkara itu adalah idea mereka sendiri.

Keempat

“Idea dapat mengubah dunia tetapi hanya apabila digandingkan bersama pengaruh iaitu kemampuan mengubah hati, fikiran dan tingkah laku.” – Muhammad Yunus, penerima Nobel Peace Prize 2006.

Kelima

“3S yang apabila diberikan akan beroleh ketenangan iaitu Senyuman, Sedekah dan Sayang. Belajarlah senyum walau dalam kesusahan, belajarlah memberi walaupun hanya ada sedikit dan belajarlah menyayangi walaupun kepada orang yang dibenci.” – Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Keenam

Individu berpengaruh adalah seorang pendengar yang baik. Sukar bagi kita mengambil hati orang lain jika kita lebih banyak bercakap daripada mendengar. Sekiranya kita mahu mempengaruhi orang lain maka kita perlu menjadi seorang pendengar yang baik.

Ketujuh

“Keperluan asas manusia dalam berkomunikasi – keperluan untuk memahami dan difahami.” Zamri Aminuddin

Kelapan

“Jaga dengan baik sifat peribadi saudara dan reputasi saudara akan muncul dengan sendirinya.” Napoleon Hill

Kesembilan

“Reputasi saudara ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri saudara, sifat peribadi saudara ialah tingkah laku saudara.” Napoleon Hill

Kesepuluh

Bergantung kepada saudara yang sedang membaca.


Pembaca 30 Strategi Membina Pengaruh memberi komen di Facebook kami

——-

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: