Penulis antarabangsa, gelombang Baca@LRT Mei 2010

Tinggalkan komen

Mei 10, 2010 oleh zamrimohamad


Baca@… adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, diusahakan Baca@Hutan oleh para pembaca dan penulis di Perak. Ia adalah inisiatif dan usaha gila-gila para pembaca yang percaya, esok adalah permulaan hari baru budaya membaca di tempat awam.

——
Assalamualaikum wbt
Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,
Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan dalam apa jua yang diusahakan.

Semalam berlangsungnya pertemuan tim Baca@LRT berkenaan bilakah pertemuan seterusnya sebagai usaha merancakkan dunia baca secara natural dan mengukuhkan usaha kita ke arah menjadikan budaya membaca di mana-mana sebagai cara hidup.
Berlangsungnya Baca@LRT Beri pada bulan lalu adalah momentum besar yang tidak dijangka.

Kehadiran Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said bersama isteri ke program ini secara jelas memberitahu kita satu mesej jelas, “Apa yang Tuan dan Puan usahakan ini adalah usaha yang bersungguh-sungguh dan sememangnya penting kepada semua.”
———–
Baca@LRT kemudian disambut Baca@Hutan oleh seorang penyokong kita yang datang jauh ke Kuala Lumpur.
Himpunan Karyawan Utara pimpinan Ketua Sudut Taiping, Persatuan Karyawan Perak (Karyawan PK), Sallehuddin Ibrahim, membawa semangat membaca ke Perak.
Informasi di sini http://bit.ly/bacahutan
Ini adalah gelombang besar selepas Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter oleh kumpulan pembaca Negeri Sembilan.
Siapa kata kita tidak dapat membuat perubahan?
Mereka sudah lakukan!
———-
Baca@LRT mengalami evolusi, yakni ia bukan sahaja aktiviti membaca secara natural dalam LRT sahaja.
Semangat Baca@ juga diterjemah melalui pembinaan skil dan pengalaman baru kepada semua penyokong.
Bulan lalu kita mencipta kejutan di Kinokuniya dengan bertemu dan bertukar-tukar buku.

Pada masa sama kita menyumbangkan senaskah buku setiap seorang bagi program buku untuk mereka yang tidak mampu diusahakan oleh Kinokuniya dan UNICEF. Hampir penuh kotak buku itu!
Sekali lagi kami percaya Baca@ tidak sekadar program di atas tren sahaja malah ia adalah peningkatan ilmu dan skil serta pengalaman baru.
Bulan lalu ada yang sudah membuat kenyataan di Facebook, “Terima kasih kerana Baca@LRT memperkenalkan saya kepada lima rakan baru!”
Ya, rakan yang berkualiti dan mempunyai minat dan semangat yang sama seperti kita.
———-

Kali ini gelombang Mei ada keistimewaan tersendiri,
Baca@LRT bertemakan Tulis.
Siapa pula yang akan menulis? Adakah kita semua akan menulis?
Tidak!
Mengapa tema ini dipilih?
Tema ini dipilih merujuk kepada budaya menulis yang kemudian diterjemahkan dalam bentuk buku oleh para penulisnya. Kali ini kita mempunyai seorang penulis yang dapat kita perkenalkan kepada Tuan dan Puan bagi memahami idea dan cara kerjanya.
Mudah-mudahan kita mendapat sentuhan daripada penulis ini yang akan menjadikan diari kita pada tahun ini benar-benar berbeza.
———-
Pertemuan penulis antarabangsa, gelombang Baca@LRT Mei 2010
Kita akan beramai-ramai bertemu dan mendengar idea dalam sesi penulis antarabangsa, Fredrick Haren di Kinokuniya pada Jumaat 14 Mei 2010, di tingkat dua, Cafe Kinokuniya, KLCC.
Sesi yang diberikan oleh Kinokuniya pada jam 7.00 malam – 8.00 malam.
Kami telah mengemel kepada pihak Kinokuniya agar dianjakkan masa bagi memberi keselesaan kepada pengunjung menunaikan solat Maghrib. Tuan dan Puan juga dapat membantu kami dengan mengemel kepada pihak Kinokuniya di mys@kinokuniya.com memohon dipertimbangkan masa tersebut ke jam 8 malam.
Jika ramai mengemel, mungkin dapat memberi kesan kepada jadual mereka.
Namun demikian, jika tidak ada perubahan oleh pihak Kinokuniya, kami akan berada di sana bermula program sehingga jam 7.35 malam mendapatkan informasi daripada penulis antarabangsa ini.
————-
Siapakah beliau?
Fredrick Haren adalah penulis The Idea Book, yang terjual di 40 buah negara, diterjemah dalam 9 bahasa dan terjual 20,000 naskhah. beliau adalah pakar dalam penghasilan idea.
Bukankah setiap hari kita berfikir cara mencari idea untuk tujuan personal dan organisasi?
Kehadiran beliau pada 14 Mei ini adalah peluang kepada kita mendapatkan maklumat. Beliau telah mengendalikan 1000 ucapan, presentasi dan latihan di 25 buah negara.
Program pada 14 Mei ini adalah percuma.
Maklumat berkenaan beliau di sini http://www.theideabook.org
Peluang bertemu beliau sekali dalam seumur hidup. Mari kita beramai-ramai dari Baca@LRT bertemu di kafe Kinokuniya.
Bila lagi kita berpeluang lakukan aktiviti berkumpul beramai-ramaii di situ jika tidak pada 14 Mei 2010?
Baca@LRT, kita membaca di mana-mana!
———-
Mohon bantuan rakan-rakan Baca@LRT agar dapat menyebarkan maklumat ini di blog dan Facebook, mudah-mudahan ramai akan turut serta pada hari itu.
———–
Baca@ adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, diusahakan Baca@Hutan oleh para pembaca dan penulis di Perak. Ia adalah inisiatif dan usaha gila-gila para pembaca yang percaya, esok adalah permulaan hari baru budaya membaca di tempat awam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,102 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: