Baca@LRT sertai Fredrick Haren di Kinokuniya, KLCC

1

Mei 22, 2010 oleh zamrimohamad


Rakan pembaca blog dan Facebook yang diingati,

Minggu lalu adalah minggu yang penting kepada mereka yang menyokong dan mengikuti Baca@LRT, satu usaha yang digerakkan oleh semua orang. Melibatkan saudara pembaca dan mereka di sekeliling. Usaha besar yang digerakkan secara kecil dan konsisten bagi mencipta budaya membaca di tempat awam.

Baca@LRT bukan sekadar aktiviti membaca dalam tren sahaja. Jika demikian, ia akan kurang momentum kerana tidak ada nilai tambah di situ. Melalui penglibatan saudara pembaca, sebenarnya kita beramai-ramai dapat mengubah sesuatu melalui penyertaan secara langsung dalam usaha membudayakan semangat membaca.

Baca@LRT adalah cabang kepada Baca@ yang kini menjadi trend gerakan rakyat membaca dan para penerbit serta majalah tempatan.

Baca@ adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, diusahakan Baca@Hutan oleh para pembaca dan penulis di Perak. Ia adalah inisiatif dan usaha gila-gila para pembaca yang percaya, esok adalah permulaan hari baru budaya membaca di tempat awam.

Apa yang berlaku minggu lalu?

Pada hari Jumaat, 14 Mei 2010, Kinokuniya telah menganjurkan sesi bicara buku bersama pakar inovasi idea bisnes dari Sweden bernama Fredrick Haren

Berita Harian melalui sokongan meja Sastera membuat pengumuman ini. Terima kasih kepada Cik Puan Rashiqah Ilmi Abd Rahim yang menulis berkenaan perkara ini;

Baca@LRT: Tulis, bakal menyertai Sesi Bersama Penulis Antarabangsa, Fredrick Haren yang diadakan di Cafe Kinokuniya, Kinokuniya, Suria KLCC, Kuala Lumpur, pada 14 Mei, jam 7 malam. Pemilihan tema Tulis merujuk kepada usaha memupuk budaya menulis dalam masyarakat di negara ini, sekali gus menterjemahkan usaha itu ke dalam karya. “Haren ialah penulis buku The Idea Book yang kini terjual di 40 negara dan diterjemah dalam sembilan bahasa yang dapat mendedahkan idea dan cara kerja penulis kepada peserta Baca@LRT. “Saya berharap orang ramai dapat mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya dan memanfaatkan ilmu yang bakal disampaikan Haren, meskipun pertemuan itu hanya berlangsung selama sejam,” katanya ketika dihubungi Sastera di sini, baru-baru ini. Oleh sebab sesi bersama penulis itu diadakan pada waktu Maghrib, peserta yang beragama Islam boleh berkumpul di Kinokuniya selepas menunaikan solat Maghrib. “Bagaimanapun, kami sudah menghantar e-mel kepada Kinokuniya yang mencadangkan masa dianjakkan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung menunaikan solat Maghrib.

One thought on “Baca@LRT sertai Fredrick Haren di Kinokuniya, KLCC

  1. heru nurhadi berkata:

    sukses selalu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: