Kenapa Baca@LRT terlibat dalam bicara buku?

Tinggalkan komen

Mei 22, 2010 oleh zamrimohamad


Penerangan yang ringkas tapi padat. Ini kali pertama saya menghadiri pelancaran buku antarabangsa. Sangat teruja dan sgt berpuas hati menyertai majlis tersebut

Noorita Shahriman, penyokong Baca@LRT. Dipetik dari Facebook Baca@…

Mengapa Baca@LRT begitu teruja mengajak dan mempelawa menyertai sesi bicara buku ini?

Ia berkaitan dengan nilai tambah.

Jawatankuasa kerja sukarela yang menggerakkan Baca@LRT percaya kepada nilai tambah dalam apa yang kita usahakan. Agar ia dapat dibawa pulang dan dikongsi kepada semua.

Saya berkesempatan mencatat beberapa isi daripada bicara buku Fredrik Härén di Kinokuniya, KLCC.

Fredrik Härén memperkenalkan bukunya the Idea Book. Sebuah buku berkulit keras berwarna hitam. Tanpa nama pada kulit buku ia menjadi buku kreativiti pengurusan bisnes terlaris antarabangsa.

Fredrick mengajukan tiga soalan penting kepada hadirin.

Pertama, adakah kreativiti penting dalam kerjaya?
Kedua, adakah anda individu kreatif?
Ketiga, adakah organisasi anda sudah cukup memberi ruang kreativiti?

Dalam tiga persoalan itu, Fredrick memaparkan peratusan jawapan yang diberikan oleh hadirin sepanjang seribu kali pembentangan awam yang dikendalikan.

98 peratus berkata ya kreativiti penting dalam kerjaya
45 peratus berkata ya mereka kreatif. Di Singapura respons sekitar 20 sehingga 30 peratus.
2 peratus berkata organisasi mereka memberi ruang kreativiti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: