Memberi nilai tambah karya melalui teknik penulisan

Tinggalkan komen

Mei 31, 2010 oleh zamrimohamad


Kepada alumni kursuspenulisan.com dan pembaca blog
Saya mendoakan Tuan dan Puan dipayungi kasih sayang Tuhan, diberikan keberkatan dan rahmat, dibukakan kemudahan dalam urusan seharian.
Moga-moga Tuan dan Puan dipermudahkan urusan dan mendapat kekuatan dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Sesungguhnya Tuan dan Puan adalah penting, maka hasil tulisan itu juga penting. Para pembaca menanti dan menunggu ilmu dan semangat baru daripada karya Tuan dan Puan.
Kemunculan karya Tuan dan Puan seolah-olah memberi tenaga kepada saya untuk terus menulis. Kerana saya yakin, di kiri dan kanan saya adalah Tuan dan Puan yang sama-sama tidak lelah dan tidak putus cuba dan terus mencuba menulis, memberikan harapan kepada orang lain melalui hasil tulisan Tuan dan Puan.

Semalam merupakan pertemuan para alumni kursus penulisan di bawah kursuspenulisan.com. Ia bukan majlis atau pun acara. Tetapi pertemuan majlis ilmu. Kali ini melibatkan kursus sehari adaptasi yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS Publication and Distributors.
Kursus selama sehari ini melibatkan alumni kursuspenulisan.com dan bakal penulis di bawah naungan PTS Publication. Sepanjang hari kami didedahkan apakah taktik dan teknik menggunakan bahan orang lain sebagai teks penulisan kita tanpa mencuri hakcipta!
Bengkel ini dikendalikan oleh mentor penulisan saya pada tahun 2006. Daripada bengkel inilah hampir seratus rencana dan 17 buah buku yang saya sudah siap ditulis dan dan bakal diterbitkan.
Saya percaya bengkel percuma ini akan memberi Tuan dan Puan skil baru bagi menambah nilai rencana (atau buku) yang sudah siap ditulis kelak.
Jika ada sebarang kursus yang bermanfaat akan kami maklumkan dari masa ke semasa kepada alumni kursuspenulisan.com sebagai tambahan kepada skil sebelum ini. Insya Allah.
Pada pagi semalam juga, kursuspenulisan.com secara rasmi menutup pendaftaran bengkel penulisan rencana pada 12 Jun ini.
Kini tarikh baru telah dibuka dan hanya ada empat tempat kosong sahaja.
Bagi bengkel 19 Jun 2010 Jun ini, dua orang peserta telah mengesahkan kehadiran ke bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah.
Ya, kami hadkan kepada enam orang setiap sesi.
Mereka yang mahu mengesahkan kehadiran pada 19 Jun 2010 ini dapat mengikuti proses berikut dengan mengklik di sini.
Ketika saya menulis entri ini, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Ghazali Sulaiman yang kini menggunakan teknik modelling dalam penulisan rencana beliau. Kaedah ini sedikit sebanyak membantu beliau sehingga muncul secara kerap dalam penulisan rencana majalah.
Ketika ini, saya sedang bersiap sedia ke Negeri Sembilan. Bertempat di Ancasa Resort, Port Dickson. Seramai 30 pegawai akan mengikuti bengkel penulisan rencana selama tiga hari dua malam.
Mudah-mudahan usaha kita semua membuahkan hasil dan memberi kebaikan kepada semua.
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: