Komitmen tentukan kejayaan penulis dan penulisan

Tinggalkan komen

Jun 4, 2010 oleh zamrimohamad




Dalam usaha memastikan alumni Akademi Penulis terus menerus berkarya dan menghasilkan karya komersial mereka yang pertama, klinik penulisan dianjurkan oleh pihak Akademi di Wangsa Melawati.

Ini adalah satu komitmen besar kepada alumni yang bersedia selangkah lagi dan secara serius benar-benar mahu menerbitkan karya mereka. Dengan itu, kita akan berpeluang membaca lebih banyak buku-buku yang dapat memandaikan bangsa. Melalui pakej komersial, ia dapat disebarkan kepada khayalak.

Bagi memenuhi fungsi klinik penulisan yang merupakan lanjutan kepada bengkel utama di Hotel Vistana anjuran Akademi Penulis sebelum ini, alumni mesti menyediakan pelan operasi karya mereka.

Di dalam pelan operasi mengandungi informasi lengkap cadangan karya mereka. Pelan operasi ini akan menjadi bahan perbincangan dalam sesi klinik penulisan.

Dengan izin Allah, selaku jurulatih kanan di Akademi Penulis, juga dengan izin Tuan Fauzul Na’m yang mengendalikan sebahagian besar klinik penulis ini, saya berkesempatan berbicara selama 20 minit mengenai perkembangan eksperimen kerja penulisan jarak jauh yang diusahakan. Mudah-mudahan klinik penulisan ini mendorong alumni agar segera dikenali melalui buku terbitan mereka.

Semoga dipermudahkan Allah.

Pada masa sama, saya menjemput kepada mereka yang mahu mempelajari seni penulisan rencana akhbar dan majalah sebagai penulis bebas pada 19 Jun 2010. Bengkel hujung minggu ini adalah di bawah kursuspenulisan.com di bawah pimpinan Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan saya. Insya Allah, ia akan menghasilkan ramai penulis bebas yang hasil rencana disiarkan, sebagaimana peserta terdahulu.

Inilah bengkel penulisan rencana pada hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur. Informasi mohon klik di sini

—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: