Enam perkara kami belajar daripada Puan Wardina Safiyyah

Tinggalkan komen

Jun 6, 2010 oleh zamrimohamad






Assalamualaikum wbt
Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,
Saya doakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kebaikan mendadak dalam apa jua urusan yang dilakukan.
Tuan dan Cik Puan yang sentiasa meletakkan semangat perubahan melalui Baca@LRT,
Seperti biasa, gerakan membaca di tempat awam Baca@LRT turut membaca semasa menunggu pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter.
Kami dalam perjalanan ke majlis buku Mama Saya Lapar dan Siapa Alien, tulisan seorang selebriti yang juga pembaca.
Tiba di majlis buku yang juga hos Malaysia Hari Ini TV3, Puan Wardina Safiyyah, kami mendapat nilai tambah apabila hadir ke program ini.
Enam perkara kami di Baca@LRT belajar daripada Puan Wardina Safiyyah.
Pertama
Selepas rakan-rakan penyokong Baca@LRT mendengar bicara buku Puan WarDina Safiyyah Fullxadd di MPH Mid Valley, barulah kami faham seni membaca buku cerita kepada kanak-kanak di rumah dan amalan pemakanan kanak-kanak serta kesan kartun televisyen yang merencatkan imaginasi juga punca kanak-kanak sukar membaca.
Kedua
Sebelum program sempat bertanya, “Mengapa hasilkan dua buah buku dengan dua penerbit yang berbeza dan dilancarkan pada masa sama.”
Alaf dan Telaga Biru menerbitkan buku beliau dalam genre berbeza.
Keadaan sesak sepanjang sesi bersama Puan Wardina Safiyyah melibatkan pengunjung MPH. Waktu ini Puan Wardina menyampaikan mesej memandaikan bangsa, “Mengapa saya menulis buku dalam bahasa Melayu.”
Kurangnya buku dalam bahasa Melayu yang bermoral dan mempunyai nilai pendidikan tinggi menjadikan beliau berkarya.
Ketiga
Buku Mama Saya Lapar diterbitkan oleh Alaf merupakan buku panduan kepada ibu bapa bagaimana memilih pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak.
Puan Wardina memberi pandangan, amalan memberikan pil vitamin dan suplemen tambahan kepada kanak-kanak selain daripada yang bersifat organik memberi kesan kepada pertumbuhan. Ini berdasarkan kajian klinikal yang dilakukan.
Keempat
Puan Wardina berkata, rancangan animasi dan kartun di televisyen terbukti merencatkan imaginasi kanak-kanak. Kajian di Amerika mendapati babak animasi berubah cepat dalam tempoh dua saat. Ini menekan kanak-kanak dari aspek imaginasi yang baru berkembang.
Kedua, beliau menasihati agar ibu bapa menjaga kanak-kanak di bawah dua tahun dan di’haram’kan menonton TV kerana ia mengurangkan daya tumpuan yang menjadikan mereka pembaca yang lambat.
Ini berikutan komunikasi satu hala yang tidak ada interaktif membunuh perkembangan kanak-kanak.
Kelima
Puan Wardina berkongsi tip, “Rancangan kartun di televisyen adalah selektif. Pilih animasi kanak-kanak yang perlahan sifatnya sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya Dora the Explorer. Di mana setiap babak diulang dialog-dialognya dalam kadar perlahan. Ada babak bertanya kepada penonton sendiri. Selain itu, saya gantikan aktiviti mereka dengan aktiviti melukis, berlari dan membaca.”
Keenam
Apa yang dilakukan Puan Wardina menyebabkan saya kagum. Teknik beliau sama seperti seorang trainer.
Beliau menerangkan dan menunjukkan kaedah bercerita dengan kanak-kanak, kemudian kepada ibu bapa diberitahu sains teknik itu. Kemudian dibuat satu lagi, dan diberitahu sebabnya.
Penerbit buku kanak-kanak mesti belajar daripada beliau kaedah ini.
Ini membuktikan beliau membuat sesuatu dengan sebab yang jelas. Tidak sekadar mahu budak-budak seronok dan ketawa sahaja.
Contohnya, apabila Puan Wardina bertanya kepada kanak-kanak cerita yang disampaikan dari buku, “Mengapa rumah itu tidak ada pintu, bagaimana dia mahu masuk?” kemudian kanak-kanak menjawab spontan, “Ikut tingkap.”
Puan Wardina memandang ibu bapa, dan memberitahu, “Puan dan Tuan, dalam teknik menyampaikan cerita kepada kanak-kanak. Kaedah interaktif dapat dibuat dengan bertanya soalan yang menyebabkan dia berfikir misalnya….”
Kemudian dibuat satu lagi dan diberitahu, “Puan dan Tuan. Membacakan buku cerita kanak-kanak dibuat di dalam bilik. Sebab-sebabnya, mengurangkan gangguan tumpuan, menjadikan kanak-kanak lebih terbuka bertanya dan….. “
Baca@LRT mengucapkan terima kasih kepada penyokong gerakan rakyat Baca@LRT yang hadir pada hari ini.
Mudah-mudahan enam tip pengalaman sesi bersama Puan Wardina Saffiyah memberi nilai tambah kepada kita semua.
Album program buku bersama Puan Wardina Safiyyah dapat dilihat di sini
——
Sekiranya entri ini bermanfaat, mohon disebarkan melalui emel, blog dan notes di Facebook bersama-sama link ke Facebook Baca@LRT.
Gerakan ini tidak akan hidup dan berkembang tanpa Tuan dan Cik Puan yang sedang membaca entri ini.
Baca@LRT kita membaca di mana sahaja!
——
P/s Sudahkah anda mendapatkan senaskah majalah Mutiara Minda yang mengandungi hasil penulis mereka yang melibatkan diri dalam Baca@LRT? Dapatkan senaskhah di kaunter pembayaran di mana-mana rangkaian kedai buku MPH.
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: