Kita adalah aset daripada Allah. Di mana pelaburan kita?

Tinggalkan komen

Jun 6, 2010 oleh zamrimohamad


Sebelum program Puan Wardina Saffiyah, seorang penulis Al Juan Rusli memperkenalkan buku beliau terbitan Truewealth, Learn While Your Earn. Beliau menulis buku setebal 60 halaman ini berkongsi teknik bagaimana beliau belajar secara separuh masa selama lapan tahun bermula dari diploma, ijazah dan sarjana dalam tiga bidang berbeza.
Tuan Al Juan Rusli berkata, “Sistem mengurus matlamat adalah berangan-angan, diikuti dengan mencipta matlamat jelas dan fokus bekerja ke arah itu.”
Selain itu, seni belajar secara separuh masa ada lima perkara, iaitu;
1. Konsistensi
2. Pengorbanan masa sosial
3. Kesabaran
4. Motivasi dari dalam
5. Fleksible.
Beliau juga menasihati, ramai yang mahu sambung belajar tetapi kekal dengan alasan ini,
1. Tiada masa
2. Tiada wang
3. Tidak mahu komitmen
Kata-katanya, “Belajar itu adalah gaya hidup bukan aktiviti!”
Bagi mengekalkan tumpuan membaca agar mudah apabila sambung belajar kelak, Tuan Al Juan Rusli berkata, “Baca buku non fiksyen 15 minit setiap hari.”
Beliau memetik kata-kata Drucker, “Bekerja dengan menumpukan apa kelebihan kita dapat lakukan. Bukan melihat apa kelemahan yang kita miliki.”
Katanya, satu penyakit yang dilihat apabila sambung belajar, ada ciri-ciri sombong dan sikap ‘saya tahu’.
Katanya lagi, “Menyambung belajar secara separuh masa ini seperti maraton. Larian perlahan tetapi konsisten. Di hujungnya baru kita bertambah laju.”
Nasihat beliau, “Kita adalah aset tetap daripada Allah, maka pelaburan jangka panjang bagi menaikkan nilai aset ini adalah pilihan kita. Dalam rasa teruja sambung belajar, sekali sekala berhenti seketika agar kegilaan pada matlamat tidak menyebabkan kita hilang kawan dan keluarga. Untuk apa matlamat itu jika hilang semua?”
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: