Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2010

Tinggalkan komen

Julai 20, 2010 oleh zamrimohamad


Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2010. Bagi peminat-peminat buku PTS, marilah menyokong buku terbitan PTS dengan mengundi buku terbitan yang dicalonkan.
Klik dan muat turun borang undian sekarang!
HANYA tinggal 11 hari lagi untuk pembaca Dunia Buku, Sastera, Berita Harian, memilih pengarang mereka yang termasuk dalam senarai 10 pengarang paling laris buku mereka sepanjang 2009 pada Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2010.
Menyokong dengan mengundi mana-mana buku tercalon adalah usaha menjadikan buku benar-benar budaya dan kebiasaan. Insya Allah. Dapatkan borang di kedai buku POPULAR.

Inilah paparan borang Baca dan Menang, Anugerah Pilihan Pembaca 2010 POPULAR – Berita Harian yang akan diterbitkan di ruangan Sastera Berita Harian. Mohon sokongan kepada buku PTS, Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, Hulagu Khan dan Hamas. Klik dan muat turun borang undian sekarang!
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah hasil karya Zamri Mohamad dan Imran Yusof terbitan PTS antara sepuluh buku Kategori Bukan Cereka yang dipertandingkan dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2010 sempena BookFest@Malaysia 2010.
Pengurus pemasaran Popular, Alicia Goh Berkata, anugerah bersama Berita Harian sebagai rakan kongsi pintar bagi kategori Bahasa Melayu ini bersempena dengan BookFest@Malaysia 2010 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 4 hingga 12 September ini.
“Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian tahun lalu mencatat pertambahan di luar jangkaan dan Popular berharap tahun ini ia akan mendapat sambutan lebih ramai daripada pembaca memandangkan ia sudah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut,” katanya yang dipetik media.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: