Pakar mesti menulis gaya popular

Tinggalkan komen

Ogos 6, 2010 oleh zamrimohamad


“Kecantikan, dekorasi dan resipi adalah tiga tumpuan utama para pembaca wanita di Malaysia. Pengalaman kami menunjukkan siri resipi yang diulang dengan sedikit tambahan dan perubahan pada nama resipi tetap dibeli oleh pembaca.”
—-
Seputar Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2010, Langkawi, Kedah.
Petikan Sinar Harian
LANGKAWI – Profesional di bidang sains perlu menulis menggunakan pendekatan popular bagi menarik minat masyarakat membaca bahan-bahan tersebut.
Pengalaman dan ilmu daripada pakar perubatan, pakar fizik, jurutera, ahli kaji bumi, angkasawan dan lain-lain boleh dikongsi masyarakat biasa sekiranya disampaikan menggunakan bahasa menarik dan mudah.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Abd Jalil Ali berkata, penerbit komersil di negara ini tidak berminat menerbitkan bahan-bahan sains kerana tidak ada sambutan daripada pembaca.:
“Kita perlu menerima hakikat bahawa masyarakat kita lebih berminat membaca bahan-bahan bukan sains yang lebih menarik persembahannya.
“Penulisan bahan-bahan sains, termasuk hasil kajian ilmiah terlalu akademik dan saintifik. Sekiranya diterbitkan tidak akan dibeli dan merugikan penerbit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja ‘Peranan dan Masa Depan Penulisan dan Penerbitan Saintifik’ pada Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2010, di sini semalam.
Seminar dua hari itu anjuran bersama Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains dan Teknologi, dihadiri kira-kira 150 pegawai kerajaan, termasuk para akademik.
Abd Jalil berkata, minat membaca bahan-bahan sains perlu disemai sejak di peringkat sekolah rendah menerusi buku-buku sain yang ditulis dengan pendekatan popular.
“Pengajaran subjek-subjek sains di sekolah pun perlu dipermudahkan dan kreatif untuk menimbulkan minat dalam kalangan pelajar,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad berharap penerbit-penerbit tempatan memberi perhatian terhadap majalah dan buku sains.
Katanya, penerbit patut menyumbang ke arah penyebaran ilmu dan penyuburan minda menerusi penerbitan bahan-bahan bacaan sains.
“Walaupun dari segi keuntungan, buku dan majalah sains mungkin tidak mendatangkan laba yang lumayan, penerbitan sains perlu ditingkatkan untuk khazanah ilmu,” katanya.
Beliau menegaskan bahasa Melayu perlu digunakan sebagai bahasa penulisan saintifik dan adalah menjadi peranan penerbit untuk memartabatkan bahasa tersebut.
“Keghairahan kita untuk terlalu mengutamakan bahasa Inggeris dalam penulisan saintifik telah meminggirkan bahasa Melayu,” katanya.
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: