Perniagaan bulan Ramadan dan Bisnes Mamak

Tinggalkan komen

Ogos 6, 2010 oleh zamrimohamad


Kepada rakan-rakan, jika berniaga pada bulan Ramadan, saya sarankan membaca buku Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional. Ikhtiar menjadikan diri peniaga diingati dan disyorkan oleh pelanggan sepanjang bisnes jangka pendek diusahakan. Adanya ciri-ciri dan how-to pendekatan bisnes berasaskan ibadah.

Buku ini mendedahkan beberapa formula berjaya yang digunakan oleh para peniaga India Muslim yang sinonim dengan panggilan ‘Mamak’. Kewujudan mereka dalam dunia bisnes tidak sekadar melibatkan bisnes makanan semata-mata.
Para peniaga India Muslim membuka ruang-ruang bisnes baru yang menjadikan mereka sebagai entiti penting dalam bisnes itu.
Dengan pemerhatian dan perkongsian pengalaman, mereka memiliki formula bisnes yang sama dan memberi impak yang kuat dalam bisnes tempatan.
Bukan sekadar formula kejayaan, buku ini cuba mendedah-kan cabaran-cabaran yang bukan kecil yang dihadapi oleh para peniaga India Muslim. Ia membantu para pembaca melihat dan membuat persediaan sebelum memasuki alam bisnes sebenar.
Kejayaan besar bisnes India Muslim hari ini bermula daripada formula-formula asas dalam bisnes kecil. Semakin kompleks bisnes itu, formula asas diperkuatkan dengan formula-formula baru yang sesuai dengan keperluan bisnes baru. Buku ini melihat kepada formula-formula asas itu.
Budaya niaga India Muslim tidak tertumpu pada ringgit dan sen semata-mata.
Budaya niaga yang menjadi budaya hidup warisan keluarga ini mempunyai teras yang kuat dan lebih mahal nilainya berbanding mencari untung semata-mata.
Buku ini mendedahkan rahsia itu.
Banyak formula yang digunakan oleh mereka bagi me-neruskan jangka hayat bisnes sehingga diterima masyarakat pelbagai bangsa.
Inisiatif kepada penghasilan buku ini bermula dengan menyenaraikan setiap formula kepada bentuk tip-tip yang mudah. Buku ini ditulis berdasarkan pemerhatian, respons dan rekod-rekod yang disusun semula daripada pel-bagai sumber tempatan dan luar.
Sehingga kini, bisnes Mamak dilihat sebagai misteri. Tidak banyak buku mengenainya ditulis dan sukar diperoleh.
Hanya usaha-usaha daripada sudut jurnalistik yang konsisten sahaja menjadikan pembaca peka pada perkembangan bisnes Mamak.
Informasi lanjut Klik di sini
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: