Sebar maklumat sains sebelum usianya 18 tahun

Tinggalkan komen

Ogos 6, 2010 oleh zamrimohamad


Perbincangan pembentang kertas kerja dan ucaptama. Penasihat Karangkraf, Tuan Abdul Jalil Ali (kiri), Pengarah Penerbitan DBP, Tuan Haji Khalik Sulaiman (tengah) dan Pengarah Urusan ITNM, Tuan Mohd Khair Ngadiron (kanan).

Petikan BERNAMA | LANGKAWI, Aug 2 (Bernama) — Malaysian Nuclear Agency director-general Datuk Dr Daud Mohamad has called on writers and publishers nationwide to increase the publication of scientific writings in the Malay language.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad (kanan), penganjuran seminar penulisan dan penerbitan saintifik adalah bagi membuka ruang kepada para saintis dan ahli akademik melihat bagaimana hasil bidang dapat disampaikan kepada umum. Beliau melihat pentingnya penerbitan dalam Bahasa Melayu sebanyak mungkin. Katanya, “Maklumat yang mesra pembaca perlu sampai kepada mereka yang berusia sebelum 18 tahun ketika mana mereka dalam peringkat ‘segar’.”
Menghadiri Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2010, Langkawi, Kedah.
LANGKAWI, 2 Ogos (Bernama) — Penulis dan penerbit di negara ini disaran supaya memperbanyakkan penulisan saintifik dalam Bahasa Malaysia supaya penulisan tersebut lebih mudah difahami oleh masyarakat setempat.
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata pada masa ini penulisan serta penerbitan dalam Bahasa Malaysia masih kurang dan perlu ditambah dari masa ke semasa.
Katanya karya yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia memudahkan masyarakat memahami hasil penulisan dan ilmu dapat disampaikan kepada sasarannya.
“Kita mahu memperkayakan dan membanyakkan penulisan itu dalam Bahasa Malaysia yang dapat difahami masyarakat tempatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2010 yang dihadiri 120 peserta di sini Isnin.
Beliau mencadangkan ganjaran, latihan dan insentif yang sesuai perlu ditingkatkan terutama untuk menggalakkan penulisan dalam Bahasa Malaysia untuk karyawan terus berkarya.
Katanya peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) penting untuk memperbanyakkan penulisan dan penerbitan penterjemahan dalam Bahasa Malaysia.
“Kita boleh lihat Jepun sebagai contoh membuat penterjemahan penulisan dalam Bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis terutama dalam penulisan kejuruteraan kepada Bahasa Jepun,” katanya.
Ketika berucap pada majlis itu, Daud yakin penulisan dan penerbitan dapat menjadi medium untuk memperkukuh ilmu dalam persaingan dunia global.
“Oleh itu penulisan dan penerbitan saintifik perlu dimantapkan dengan perancangan, latihan, terjemahan bahasa dan pelbagai manipulasi penerbitan yang lain kerana akan menentukan arah serta kedudukan dalam peta penerbitan dunia,” katanya.
Beliau berharap seminar itu dapat mempertingkatkan prestasi penerbitan saintifik yang dinamik, kreatif dan berilmu setanding dengan penerbitan saintifik antarabangsa.
Seminar dua hari itu dianjurkan oleh Agensi Nuklear Malaysia dengan kerjasama DBP, Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia dan ITNM. – petikan BERNAMA
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: