Tikar terbang pergi dan pulang

Tinggalkan komen

Ogos 6, 2010 oleh zamrimohamad


Menghadiri Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2010, Langkawi, Kedah.

Tuan Qahhar dengan jenaka petangnya, “Mereka sudah sediakan penunggu di airport.” untuk mengiringi kami.

Duduk semeja bersama seorang guru setelah meminta izin beliau makan bersama di gerai. Mengikut seni membina insuran sosial ajaran Puan Ainon dan Tuan SK.
Cikgu Zuraidi dikenali ramai, dari peniaga sehingga yang lalu-lalang pun menegurnya. Beliau memberi nasihat kepada saya, adakalanya kita mesti bertimbang rasa atas kesusahan orang lain.
Ada seorang guru, hilang rakan dan hilang hormat daripada guru muda hanya kerana sikapnya terlalu pada kertas. Sehinggakan situasi guru berhadapan situasi malang dalam keluarga pun perlu mengetepikan bagi mendengar arahan beliau. Buku 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia merekodkan cerita seumpama ini.

Prof Dr Mohd Safar Hasim. Pengarah Komunikasi Korporat, UKM membentangkan kertas kerja bertajuk, Memahami Pasaran, Penerbitan dan Karenah Pembaca. Beliau mendedahkan kurang berkesan teks agensi dan organisasi dalam penerbitan mereka kerana ia bersifat teknikal dan tidak menyentuh dari aspek emosi manusia.

Satu sudut yang menjual buku di Lapangan Terbang Langkawi tidak ada lagi. Maka tidak ada apa-apa berkaitan buku dapat dikaitkan dengan pulau Langkawi selain daripada Perkampungan Buku yang sudah lama ditutup.
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: