Kursus Penulisan | Peserta dari tiga negeri berkumpul

Tinggalkan komen

Ogos 9, 2010 oleh zamrimohamad


Kami gembira dengan kehadiran mereka. Sangat personal dan dari hati ke hati. Banyak perbincangan berlaku dalam kumpulan ini. Masing-masing dari Kedah, Selangor dan Kelantan.
Kami di sini memfokuskan jumlah yang kecil dengan impak informasi ‘bawah tanah’ mengenai strategi menulis yang insya Allah tersiar sampai kepada semua. Kumpulan kecil menjadikan lebih banyak soalan dan interaksi berlaku. Itulah yang dimahukan oleh mana-mana peserta.
Saya tertarik dengan semangat peserta yang menaiki bas dari Kedah dan tiba pada subuh semata-mata mahu berkarya. Ketika entri ini ditulis, peserta sudah mula menghantar rencana ke emel saya untuk diberi maklumbalas.
Saya terkejut dan tersentuh dengan komitmen ini. Inilah yang ditunggu-tunggu dalam usaha kursuspenulisan.com mengendalikan bengkel hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur.

Puan Zawiah Mohd Daud, peniaga di internet dalam Modul Anatomi Majalah, membongkar keinginan editor majalah di Learning Station.

Tuan Azlis Sani, tiba di Kuala Lumpur dari Kedah awal pagi tadi. Mula berada di sekitar pejabat jam 8.00 pagi. Akan pulang semula ke Kedah pada malam ini. Semangat menuntut dalam berkarya. Semoga setiap langkah diberkati. Ketika Modul Anatomi Majalah, membongkar keinginan editor majalah di Learning Station.
Beliau orang paling aktif menghantar artikel kepada saya ketika ini. Saya suka dengan semangat ini.

Tuan Muhammad Firdaus Arif dalam sesi menghubungi editor dan mencari ‘maklumat berlian’, membuang maklumat ‘buangan’ dalam penghasilan rencana.

Perbandingan teks daripada karya asal selepas adaptasi. Modul Adaptasi, seni menjadikan karya orang lain sebagai karya kita tanpa unsur plagiat di Learning Station.

Puan Irma Indayu Omar, penulis dan penterjemah. Merupakan pustakawan.ke tika Modul Anatomi Majalah, membongkar keinginan editor majalah di Learning Station

Tuan Muhammad Firdaus Arif dalam sesi menghubungi editor dan mencari ‘maklumat berlian’, membuang maklumat ‘buangan’ dalam penghasilan rencana.

—-

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,331 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: