Baca@Sekolah Asrama Anak Yatim & Miskin

4

Ogos 13, 2010 oleh zamrimohamad


Projek Baca@Sekolah, 15 Ogos 2010: Kotak buku-buku yang disumbangkan oleh para dermawan yang budiman. Buku-buku novel sejarah Islam, motivasi pendidikan, usahawan cilik, kisah-kisah teladan, Komik M, buku-buku klasik Inggeris, kerusi kecil, poster motivasi untuk dekorasi
.


Baca@Sekolah Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan
—-
Azzah Abdul Rahman August 9 at 11:10pm Reply
Assalamualaikum Tuan Puan, penggerak Baca@ yang dikasihi Allah,
Didoakan semoga Tuan Puan berada dalam kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa hendaknya, amin.
Dengan sukacitanya, saya selaku penyelaras program mengundang Tuan Puan ke Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Ogos @ 5 Ramadan.
Berikut makluman terkini mengenai program Baca@Sekolah, pada 15 Ogos 2010.
Atas budi bicara Pengerusi Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin, waktu program telah dipersetujui dipinda ke jam 10.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.30 tengahari.
Aturcara adalah seperti berikut:
10.00 pagi – Sesi Bersama Penulis: Tuan Abdul Latip Talib
11.00 pagi – Penyerahan buku-buku sumbangan para dermawan
11.30 pagi – Aktiviti mewujudkan Sudut Bacaan dimulakan (menyusun buku dan dekorasi)
12.30 tengahari – Acara dijangka tamat
Sekiranya Tuan Puan mempunyai cadangan untuk penambahan aktiviti, mohon maklumkan kepada saya sebelum 12 Ogos 2010.
Untuk makluman:
i. Penghuni tetap asrama ini ialah seramai 42 orang pelajar lelaki, daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
ii. Pengumpulan bahan bacaan sudah mencukupi. Sekiranya ada lebihan yang diterima selepas ini, akan dibawa ke program Baca@Sekolah yang seterusnya.
iii. Pintu keluar lebuh raya yang terhampir dengan lokasi ini ialah Pedas – Linggi. Jika Tuan Puan ingin hadir dengan memandu kenderaan sendiri, cadangan tempat berkumpul ialah di masjid Pekan Rembau.
iv. Jika Tuan Puan ingin hadir menaiki komuter ke Seremban, mohon maklumkan kepada kami untuk kami bantu mengaturkan transportasinya.
v. Tuan Puan yang datang daripada Negeri Sembilan, boleh berkumpul di masjid Pekan Rembau.
vi. Waktu berkumpul di masjid ialah jam 9.30 pagi. Kita akan berkonvoi ke Ulu Gadong.
vii. Arah ke masjid: Apabila tiba di Rembau, ada persimpangan lampu isyarat, yang ada arca ini (lampiran) di sebelah kanan. Masuk kanan, kemudian terus ke hadapan dalam 500m. Masjid di sebelah kanan jalan.
Mohon berikan nama kepada saya sekiranya Tuan Puan sah ingin menyertai program ini, sebelum 12 Ogos 2010. Hantarkan dengan klik di sini.
Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita demi kebaikan umat. Amin.
Terima kasih.
Azzah AR

4 thoughts on “Baca@Sekolah Asrama Anak Yatim & Miskin

  1. norima berkata:

    assalamualaikum……

    saya disini ingin menghantar adik lelaki saya di sekolah asrama ulu rembau ini. oleh kerana ibu seorang ibu tunggal, dan kami dari golongan org susah…dan saya ingin mengetahui cara2 dan prosedur memasuki sekolah asmara ini..harap pihak sekolah boleh hubungi0192721663 atau email saya TERIMA KASIH..

  2. Diego berkata:

    Why people still make use of to read news papers when in this technological globe
    the whole thing is existing on web?

  3. Good blog post. I definitely love this website. Continue
    the good work!

  4. Hi there friends, how is everything, and what you desire to say concerning this article, in my view its
    in fact awesome designed for me.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: