Baca@ lain disuruh lain yang jadi

1

Ogos 15, 2010 oleh zamrimohamad





















Kredit foto dalam entri ini ditujukan pada Cik Puan Roziyah Mahamad.
Saya menggelengkan kepala melihat dan membacanya.
Lain yang dijangka lain pula yang berlaku. Perkara kecil jadi besar impaknya pada mereka yang melalui Baca@Sekolah hari ini.
Khususnya anak-anak yatim yang akan melalui dunia baru melalui buku-buku yang diserahkan oleh Tuan dan Puan melalui gerakan rakyat Baca@… di bawah Baca@Komuter pimpinan tim Cik Puan Azzah.
Inilah perpustakaan pertama mereka. Perpustakaan yang lahir daripada hati Tuan dan Puan. Dari angan-angan yang menjadi cerita benar.
Baca@… membuktikan satu perkara besar. Gerakan rakyat dengan semangat mulakan dengan apa di tangan pun dapat membuka sebuah perpustakaan tanpa menunggu suntikan dana rasmi sahaja.
Asalkan hati itu mahu atau tidak. Jika seorang menyumbang sebuah buku pun bisa membawa kepada perpustakaan rakyat. Baca@Sekolah membuktikan pagi tadi.
Kualiti yang dimiliki kumpulan sukarelawan kecil ini memberi harapan baru untuk generasi hari esok.
Saya percaya kita yang berada dalam Baca@ akan kekal dalam semangat ini dan terus mencipta perubahan kecil secara konsisten.
Foto bersejarah pembukaan perpustakaan rumah anak yatim Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan kini dimuat turun untuk tatapan Tuan dan Puan di Baca@LRT
Bersediakan kita membuat kegilaan ini dan kejutan seperti ini berkali-kali lagi?
Inilah deposit amal kita untuk hari esok. Mudah-mudahan Allah lapangkan tugas kita semua.
Pada hari ini Baca@Sekolah membawa satu memori baru kepada kumpulan anak yatim ini. Apabila mereka keluar kelak menjadi dewasa, mereka faham dan tahu, peristiwa hari ini memberitahu mereka ketika itu ada yang cuba memberitahu mereka bahawa buku itu sebahagian daripada kehidupan yang perlu dibudayakan.
Mereka hidupkan budaya buku dalam diri mereka.
Mereka hidupkan budaya buku dalam diri rakan-rakan mereka.
Mereka hidupkan budaya buku dalam keluarga mereka.
Itulah mesej yang jelas disampaikan setiap daripada mereka terlibat hari ini. Peristiwa yang memberi impak kepada kumpulan anak yatim ini.
Mari kita doakan kejayaan semua tim Baca@ di setiap negeri yang sedang berusaha menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat tanpa malu dan segan.
Mari kita doakan, mudah-mudahan ia melepasi langit suara itu dan diaminkan oleh para malaikat.
Mari kita doakan agar lebih ramai akan bersama-sama untuk mencipta perubahan ini sebagai pusaka hari esok.
Meskipun seorang, itu tetap satu perubahan yang diraikan.
Seorang atau ramai, sedikit atau banyak. Kita adalah Baca@ kita membaca di mana-mana. Buku anda cara anda.
Laporan rasmi Baca@Sekolah oleh Cik Puan Azzah

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Tuan Puan penyokong budaya ilmu yang dihormati sekalian. Mudah-mudahan Tuan Puan sedang dalam kesihatan dan kebahagiaan hendaknya.

Syukur kepada Tuhan, projek pertama Baca@Sekolah di Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 15 Ogos 2010.

Para sukarelawan yang terdiri daripada skuad Baca@Komuter, Baca@LRT dan karyawan PTS Publications Sdn Bhd, berkumpul di Masjid Jamek An-Nur di Pekan Rembau seawal jam 9.00 pagi.

Kemudian, mereka bergerak secara konvoi sebanyak enam buah kereta ke Ulu Gadong pada jam 9.40 pagi.

Sambutan yang di luar dugaan untuk para sukarelawan. Penghuni mempersembahkan drama pendek kisah gembala kambing yang suka menipu dan nasyid ‘Peristiwa Subuh’.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Yang DiPertua Jemaah Pengurus Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Tuan Haji Edrus bin Adam. Disusuli ucapan daripada Cikpuan Azzah Abdul Rahman selaku penyelaras Baca@Sekolah dan diakhiri dengan ucapan khas daripada tetamu yang diraikan, Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah nombor 1 Malaysia.

Ucapan daripada Tuan Abdul Latip Talib, yang merupakan bekas penghuni asrama berkenaan, sedikit sebanyak menyentuh perasaan setiap yang hadir. Beliau berpesan supaya buang rasa malu dan hina menjadi anak yatim, kerana Rasulullah juga anak yatim. Malah, anak yatim dan miskin juga boleh berjaya seperti orang lain.

Acara seterusnya ialah menyusun dan mengindahkan perpustakaan kecil. Tersentuh hati sukarelawan yang hadir apabila melihat penghuni-penghuni yang terus menyerbu kotak-kotak buku yang dibawa. Inilah pertama kali, asrama ini memiliki perputsakaan kecil mereka sendiri.

Tuan Haji Edrus kemudiannya membawa para penghuni ke surau dan mengadakan sesi ‘in person’ dengan Tuan Abdul Latip.

Kira-kira jam 1 tengahari, perpustakaan kecil siap disusun dan dihias.

Mudah-mudahan projek ini dapat memberi manfaat yang besar kepada anak-anak yatim dan miskin ini.

Mohon doa Tuan Puan, supaya projek sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Terima kasih di atas sokongan!
Azzah AR
Ketua Operasi Baca@Komuter

—-

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Baca@ lain disuruh lain yang jadi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: