Facebook tewas secara ‘professional’ di tangan Linkedin

1

Ogos 15, 2010 oleh zamrimohamad


Petikan blog rakan baru,
“10 months, possibly more, travelling with the wife, a camera and a whole load of gear which we probably won’t need.
During the 10 months away we’ll be doing volunteer work (in Borneo, the Perhentian Islands, Peru and the Galapagos), hiking in Borneo, Aus, NZ and Peru (to Machu Picchu), taking a Spanish language course and of course taking more than a few photos with my trusty, if somewhat battered, old Canon.
Hopefully my Spanish will have improved after 5m in South America and with luck there’ll be a few pictures that turn out okay. We head off in Singapore in Aug ’10 and end up in Rio in Jun ’11.”

Rudders’ Big Adventure
Tip penulis bebas hari ini adalah biasakan duduk dengan orang asing apabila makan dan duduk di tempat awam.
Saya tidak diizinkan menyertai Baca@Sekolah yang digerakkan oleh Cik Puan Azzah dan tim melalui Baca@Komuter. Tim Baca@LRT juga turut serta. Demam dan selsema selama dua hari membuat saya berfikir untuk mengasingkan diri daripada aktiviti beramai-ramai. Tambahan lagi, ini pun kerana berjangkit daripada rakan lain.
Sepanjang hari Sabtu berada di pejabat. Disambung pula hari Ahad sehinggalah selepas Zohor. Syukur kepada Allah keadaan semakin pulih. Rakan-rakan yang sibuk mengendalikan perpustakaan Asrama Anak Yatim, Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan sudah pulang.
Petang jam 4.00 kesihatan sudah semakin baik. Dengan beg sandang berisi buku The E-Myth Revisited edisi Bahasa Melayu, mengambil peluang ke kompleks membeli belah Giant di Taman Permata, Ulu Kelang.
[15.jpg]
Maghrib menghampiri. Berbuka puasa di restoran Matt’s adalah pilihan pertama. Sudah biasa ke sana sejak mengikuti kelas penulisan PTS di sana yang diadakan di Sekolah al Ikhlas yang terletak bersebelahan sahaja.
Mencari tempat duduk yang mudah keluar masuk, akhirnya memilih duduk bersebelahan pasangan berbangsa Inggeris. Gaya mereka tidak kelihatan seperti pelancong. Makanan tempatan yang dipilihnya pun kelihatan sudah biasa dinikmati sebelum ini.
“Tuan dan Puan tinggal di sekitar kawasan ini?” tanya saya.
“Ya. Berdekatan zoo,” jawab wanita.
Saya bertanya lagi, “Bertugas di mana?”
Wanita itu menjawab lagi, “Kami melakukan kerja sukarelawan di zoo tersebut selama dua minggu.”
Kemudian lelaki di hadapan beliau menambah, “Kerja kami membersihkan dan menguruskan orang utan di situ.”
Lelaki itu melihat saya tidak menyentuh langsung lontong di atas meja, “Tuan tidak makan?”
“Saya menunggu waktu berbuka.”
“Jam berapa?”
“7.28 malam”
“Sangat tepat waktunya!”
Soalan yang diajukan menjadikan berhenti makan seketika. Barulah mereka menyedari orang di sekeliling belum makan.
Kata saya, “Tidak mengapa, ini adalah normal. Usah rasa serba salah.”

Mereka adalah pasangan suami isteri dari England. Lelaki bernama Ian Rudderham dan isterinya, Puan Adders. Mereka berada di Kuala Lumpur selama dua minggu melakukan kerja sukarela di bawah organisasi dipanggil W-O-X (Way Out Experiences).

Selepas ini mereka akan ke Sarawak selama dua minggu melakukan kerja yang sama dan kemudian ke pantai timur bagi menguruskan penyu di sana di bawah satu organisasi lain.
Ian Rudderham adalah pengurus projek yang mengendalikan projek. Manakala isterinya adalah seorang guru.
“Kami tidak ada Facebook,” jawab mereka.
Saya terkejut dengan jawapan itu. Sangka saya mereka lebih aktif menggunakan Facebook. Sebaliknya tidak. Jika demikian apa pula?
“Kami aktif di Linkedin.”
Saya bertanya, “Mengapa?”
Balas Tuan Rudderham , “Kerja saya banyak di situ berbanding Facebook.”
Air cincau dalam tin dituangkan ke dalam gelas berisi ais, kemudian dia menyambung cerita, “Bayangkan kuasa Linkedin. Apabila saya dipanggil bagi menguruskan projek baru, saya seolah-olah diimbas. Semuanya mereka tahu. Apa yang saya lakukan dan semuanya. Kadangkala takut juga.”
Linkedin menjadi mata kepada klien korporat melihat aktiviti mereka yang mahu dipanggil.
Pada masa sama beliau suka kerana dalam tempoh terdekat sebelum projek tamat, beliau akan dihubungi klien korporat lain, “Mereka akan menghubungi saya dan bertanyakan apa yang akan saya lakukan selepas ini apabila projek yang saya kendalikan selesai. Mereka menawarkan projek seterusnya. Itu bermakna saya ada kerja baru.”
Beliau tidak perlu bimbang. Linkedin memudahkan beliau. Bakal klien tahu apa yang sedang diusahakan dan akan menawarkan tugas baru yang memerlukan beliau terbang ke sana.
Dalam hal ini Facebook tewas secara ‘professional’ di tangan Linkedin.
Saya bertanya lagi, “Mengapa terlibat dalam kesukarelawan? Sedangkan Tuan dan Puan bekerja.”
Jawab isterinya, “Kami mahu mencari sesuatu yang berbeza dalam hidup kami. Kerja terlalu lama di tempat yang sama amat rutin. Membosankan dan tidak hidup! Menyertai usaha ini menjadikan kami membuat sesuatu yang berbeza dalam hidup,” katanya bersungguh-sungguh.
Saya teruja mendengarnya. Beliau menyambung lagi, “Lagi pun kami anggap ini sebagai cuti juga. Selama setahun kami akan ke beberapa tempat berbeza melakukan kerja ini. Membersihkan orang utan adalah pengalaman pertama kami di sini,” dia ketawa dan suaminya menunjukkan simbol ‘disuruh mengikut isteri ke mana sahaja’.
“Saya melihat jersi kamu ini, mujur bukan Chelsea. Saya penyokong Mancherster United!” suaminya meneruskan perbualan.
Pasangan ini sudah biasa datang ke sini sebelum ini. Isterinya pernah ke Singapura ketika kecil dan berulang alik ke Johor Bahru. Suaminya juga begitu. Cuma kali ini mereka berdua bersama empat yang lain datang di bawah misi WOX.
“Semuanya bagus di sini. Masakan ini sedap, kecuali minuman ini. Saya baru mencubanya,” kata Puan Rudders sambil menunjukkan dua tin air cincau yang diambilnya. Suaminya pula mencari tuan kedai dan memuji masakan sambil menunjukkan lauk pauk mana yang digemarinya.
Sebagai penulis, saya memberitahu apa yang saya lakukan dan hasilkan secara ringkas. Tuan Rudderham bertanyakan bagaikan perkembangan penggunaan internet di Malaysia. Apabila dimaklumkan lebih satu juta netbook akan diberikan percuma secara berperingkat beliau terkejut.
“Kamu gunakan Gmail!” kata Tuan Rudderham apabila melihat emel saya.
“Terkini saya menulis buku Urus Bisnes dengan Google,” kata saya disambut dengan saiz mata Tuan Rudderham yang membulat.
Segera beliau membalas “Google adalah sesuatu yang hebat. Apa yang kamu tulis?” beliau berhenti menikmati nasi berbaki dan menunggu jawapan.
Saya menceritakan isi kandungan buku itu sehinggalah cerita Google Map timbul kali ini beliau menerangkan setiap satu ciri Google Map dalam keadaan teruja.
Saya ketawa melihat keseronokan beliau bercerita, “Saya percaya kita berdua mencari tempat di Google Map meskipun lokasinya dalam negara sendiri,” kata saya disambut dengan cerita pengalaman beliau menggunakan Google Map.
Isterinya tersenyum melihat tingkah laku suaminya.
Satu perbualan yang singkat tetapi bermakna. Kepala saya memikirkan dua perkara besar dalam perbualan kurang 40 minit itu, “Pertama, apabila Facebook dibunuh secara professional oleh Linkedin dan kedua mengenai mengubah garis rutin hidup.”
Saya terfikir menyambung ekspedisi keretapi selepas Ramadan ini.
Adakah rakan pembaca berasa entri ini bermanfaat? Kongsikan dengan klik butang share di Facebook.
Kepada alumni kursuspenulisan.com, perbualan kurang satu jam ini memberi saya tiga idea penulisan.
Saya mendapat idea (jika selepas terbaca di mana-mana faham-faham sahajalah) Pada asalnya saya menyangka WOX bersifat social holiday. Konsep pelancongan dengan melakukan kerja-kerja tertentu di negara tersebut. Ini adalah idea baru yang dapat diterapkan dalam agensi pelancongan tempatan selain daripada pelancongan bersifat tempat dan homestay. Mengapa ini pula yang timbul dalam kepala saya.
Blog mereka dapat dibaca di sini
—-

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Facebook tewas secara ‘professional’ di tangan Linkedin

  1. Imran Yusof berkata:

    Tuan,Adakah mereka mengambil cuti tanpa gaji atau cuti tanpa rekod untuk berada jauh dari tempat mereka bertugas?Gerak hati saya mengatakan bahawa tuan mungkin mengikuti jejak langkah rakan baru ini tidak lama lagi.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: