Siapa Zamri Mohamad

18

zamri_k.jpg

Mereka di sekeliling saya adalah orang yang hebat. Merekalah guru yang mendidik saya, merekalah saudara yang menasihati saya, merekalah pembimbing yang mengingati saya. Mereka juga yang sudi mendoakan kesejahteraan saya ketika hidup dan ketika saya tiada nanti.

Siapakah mereka? Itulah anda yang sedang membaca blog ini. Terima kasih atas kehadiran anda ke sini. Setiap daripada anda adalah penting dalam hati saya.”

ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV. Menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur. Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media.

Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen.

Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

  • Sertai komuniti Zamri Mohamad di Friendster klik logo ini
  • Bengkel dikendalikan oleh Zamri Mohamad

http://www.zamrimohamad.com/gambar/wanitasoho2.png

Buku-buku dihasilkan.

Pencapaian buku

  • Keempat-empat buah buku iaitu Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas memasuki Singapura dan melalui National Library Board (NLB) Singapura, buku tempatan ini berada di perpustakaan-perpustakaan komuniti Singapura.

  • Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta juga dijadikan bahan perpustakaan komuniti kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia.

  • Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas diulang cetak.

Media

  • Muncul dalam ruangan Bual Bahasa, majalah Dewan Bahasa. Temuramah oleh editor, Puan Ritah Yahaya pada Mac 2008.

  • Muncul dalam ruangan Sastera, Berita Harian. Tulisan Tuan Nazmi Yaakub pada 27 Disember 2007.

  • Muncul dalam majalah Quill edisi Ogos 2007 terbitan MPH Bookstores Sdn Bhd.

  • Muncul dalam ruangan Author Highlight majalah PopClub Mac 2007 terbitan Popular Book Co. (M) Sdn

  • Muncul dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kendalian pengacara televisyen, saudara Syed Munawar.

  • Temubual oleh saudari Suhada Masri dalam ruangan Bicara Pengarang, ruangan Sastera dan Budaya, Berita Harian pada Mei 2006.

  • Temubual oleh saudari Wan Maidatul Razimah Shamsudin dari majalah Perempuan keluaran Mac 2007.

  • Temubual ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam Islam oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I pada tahun 2006.

  • Temubual ruangan Pendapat, Isu Saudara Baru oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I pada November tahun 2007.

Penglibatan

  • Mengendalikan bengkel asas penulisan buku di Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor, pada 15 Mac 2008.

  • Mengendalikan bengkel penulisan remaja, Teknik Menulis : Teori dan Praktikal 2007 bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas UIAM dan ahli-ahli PKPIM di Janda Baik, Pahang Darul Makmur

  • Penggerak program Penulis Bersama secara online dan sistem mentor bagi siri buku profesional dan bantu-diri.

  • Melibatkan diri secara langsung sebagai satu-satunya penulis muda Malaysia bagi laman web Indonesia Tercinta. Sebuah laman web yang menghimpunkan penulis-penulis muda dari seberang.

  • Ahli maya Writers.net. Sebuah laman web yang menghimpunkan penulis-penulis dari seluruh dunia.

  • Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Professional dan rangkaian kedai buku MPH di Wangsa Maju sempena program Bersama Penulis pada November 2007 .

  • Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Millennia dan rangkaian kedai buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena program Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .

  • Terlibat bersama-sama Perwakilan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam pameran seni maya dan bergerak, Expression of Peace anjuran Dr Hirsh Diamant dan para pelajar Evergreen State College, Olympia, Washington D.C pada November 2006.

  • Ex-officio program tayangan umum pertama filem pendek di Malaysia, BMW Shorties bersama Alumni Mahallah Ali Ibn Abi Talib dan BMW (Malaysia) pada Julai 2007.

  • Pengasas dan penggerak projek pilot webTV dan radio maya pertama UIAM melalui laman web rasmi, Aliman kendalian Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib.

Penyertaan lain

  • Program ‘Millionaire in Me’ oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2006).

  • Program ‘Internet Millionaire’ oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tajaan DIGI Communications dan Information Technology Division (ITD). (2007).

  • Seminar antarabangsa, The Hadhari Approach: A Catalyst Towards South-South Development and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan, Kementerian Penerangan Malaysia (2006)

  • Seminar kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja anjuran Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).

  • Program ‘How to Build Self-Confidence’ oleh Nik Affendy Nik Abdul Rashid. Setiausaha
    Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan UIAM (2006).

  • Program ‘A New World Orde’ oleh Ahli Parlimen Britain, George Galloway anjuran AMAN Malaysia dan JUST. (2005)

  • Seminar Kepimpinan Remaja Muslim 2004 anjuran Persatuan Pelajar Somalia.

  • Program ‘A moment with Canadian Muslim’ anjuran kedutaan Kanada dan UIAM (2005).

  • Bengkel Editor Foto ASEAN anjuran Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia dan BERNAMA (2005).

  • Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).

  • Seminar Hiburan dan Kesenian Dalam Islam anjuran JAKIM (2005).

  • Program In Person bersama Datuk Manja Ismail, kumpulan editorial Berita Harian (2006).

  • Forum Journalism: Future and Prospect oleh Datuk Ahmad Talib, Maxis Communication anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).

  • Seminar Sehari Kebebasan Media anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2005).

  • Forum bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa Singapura dan Radio Singapore International (2006).

  • Seminar, ‘Freedom of Media Reporting’ anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM (2006).

  • Program, ‘The Art of Negotiation’ oleh Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).

  • Seminar Psikologi Gunaan 2005 peringkat nasional anjuran Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Kaunseling UIAM (2006).

  • Seminar Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran Jabatan Kajian Wanita, Pusat Psikologi Gunaan, UIAM (2005).

18 thoughts on “Siapa Zamri Mohamad

  1. shirley yit berkata:

    En.Zamri Mohamad, saya seorang pelajar dari UPM, bolehkah saya menemuramah encik secara online?temuramah ini adalah tugasan yang diberi oleh lecturer kami.
    kandungan:
    1. Pandangan tuan mengenai profesion penulisan di Malaysia
    2. Pandangan tuan mengenai isu etika kewartawanan
    3. Pandangan tuan mengenai pegangan etika masyarakat

    Harap encik dapat reply soalan temuramah saya secepat mungkin,terima kasih!
    p/s: boleh encik bagi gambar encik kepada saya?ribuan terima kasih dikirimkan!

  2. Zamri Mohamad berkata:

    Cik Shirley Yit,

    Saya tidak ada apa-apa halangan untuk membantu saudari.
    Saudari boleh emailkan soalan-soalan tersebut ke emel saya atau ingin saya jawab sahaja ketiga-tiga soalan tersebut?

  3. shirley yit berkata:

    dear saudara zamri mohamad,saya telah emailkan soalan-soalan tersebut ke emel saudara,harap mendapat maklum balas saudara secepat mungkin, terima kasih!!!

  4. aliman berkata:

    Amboi saudari Shirley,

    Bimbang saya lewat ya. Saya sudah e-melkan respon tersebut 😀

  5. Shirley Yit berkata:

    Terima kasih En. Zamri!! terima kasih aliman!(walaupun tidak tahu siapa En. aliman) :-p

  6. Noralyati Yahya berkata:

    Bolehkan saya menjadi penulis bersama dengan tuan? Saya pernah emailkan biodata serta resume saya.

    Terima kasih.

  7. aliman berkata:

    Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan cik/puan. Saya sudah menerima resume tersebut. Saya dalam proses dalam menyiapkan buku ke lima dengan seorang penulis. Jangkaan tamat akhir April sebelum bergerak ke buku seterusnya.

    Bolehkah jika cik/puan hantarkan contoh penulisan separuh muka. Saya dapati cik/puan ada tesis yang menarik untuk dijadikan bahan buku. Saya akan maklumkan dalam e-mel.

  8. al_ghazali berkata:

    salam…
    saya pun berminat untuk menjadi seorang menulis…lgpn saya minat untuk menulis..tetapi tidak tahu wahana untuk disaluirkan…harap dapat berkerjasama dengan saudara…

  9. zamrimohamad berkata:

    Insya Allah boleh. Jom datang ke pesta buku pada 2 Mei 2007 kita bincang-bincang

  10. Salam Indonesia!

    Dengan ini kami ingin menginformasikan bahwa telah dibuka website terbaru yang dideikasikan untuk indonesia sebagai wadah berkarya anak bangsa.
    Silakan bergabung sebagai penulis di http://www.indonesiatercinta.com
    Kami mengundang seluruh penulis buku dan profesional muda Indonesia untuk menuangkan tulisannya untuk Indonesia.

    Cara mendaftar :
    klik Daftar jadi penulis disebelah kanan pojok atas.

    Setelah mendaftar silakan check email Anda, klik link aktifasi dan..

    Anda bisa langsung menulis artikel di kontrol panel Anda.

    Dengan kontrol panel ini Anda dapat menulis, mengedit, dan menghapus
    sendiri artikel Anda yang telah disetujui oleh pengelola dan moderator,
    melihat statistik pembaca artikel Anda, melihat komentar artikel Anda,
    membuat glossary untuk artikel Anda.

    Anda juga bisa mengubah profil dan upload foto Anda sendiri.

    Baik tulis dan edit artikel serta edit profil semua telah menggunakan
    editor yang sangat familiar seperti halnya MS Word, sangat mudah!! 🙂

    Untuk ke depan, kami akan memberikan fasilitas blog gratis untuk para
    penulis Indonesiatercinta.com 🙂

    Salam,

    Pengelola

  11. ugie berkata:

    Salam,

    Mampir aja nih. Salam kenal.

  12. aliman berkata:

    Terima kasih tuan kerana melawat situs ini 😀

  13. Faizal (UIA) berkata:

    Salam ziarah.. Patutla mcm pernah nmpk je.. Bekas student UIA n pernah bekerja kat UIA pun..
    Teruskan dgn kejayaan yang anda kecapi..

  14. Iznan berkata:

    Assalamualaikum,
    En zambri, saya pelajar UKM,bolehkah saya menemuramah encik secara online/email?temuramah ini adalah tugasan yang diberi oleh lecturer kami.

    Iznan Azmi

  15. azwa berkata:

    Assalamualaikum…
    En Zambri…
    sy pelajar UPM..naib pengerusi utk sekretariat di kolej sy…
    sy berminat utk menjemput En. Zambri sbg panel utk bengkel motivasi/bengkel penulisan yg kami rancang hendak laksanakan kelak…
    sy berharap En. Zambri berminat dgn rancangan kami ini…
    di sini sy ingin meminta nombor yg blh sy hubungi En. Zambri utk kita berbincang dgn lebih lanjut lg…
    harap En. Zambri sudi membalasnya…
    didahului dgn ucapan jutaan terima kasih

    NOR AZWAHANUM BT NOR SHAID
    UPM

  16. sara berkata:

    assalamualaikum..En.Zamri..sy pelajar fakulti perubatan UKM, bercadang menemu ramah encik untuk melaksanakan tugasan kami iaitu secara online/email mengikut kelapangan encik..jika tidak keberatan diharap pihat encik dapat memberi maklum balas secepat mungkin.. terima kasih.

  17. zamrimohamad berkata:

    Cik Sara setakat ini saya tidak melakukan temuramah online. Berikutan kes plagiarisme dari teks wawancara dari emel.

    Terima kasih.

  18. ruzimas ayu razali berkata:

    Salam..
    Saya berminat menjemput saudara untuk memberi ceramah di salah satu IPT..di Perak.Mcm mana nak berhubung dengan en zamri?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,472 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: