Motivasi Kejayaan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof

35

Jun 2, 2007 oleh aliman


  • Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010
  • Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
  • Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS MilleniaPTS ProfessionalPTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS IslamikaPTS Fortuna dan PTS Litera
  • Entri terbaru di bawah

    Tahukah anda kisah Datuk Dr Fadzilah Kamsah didedahkan oleh beliau sendiri dalam e-buku tulisan Iran Khairi?

    Irfan dedah rahsia jutawan
    Oleh Zamri Mohamad

    Tajuk buku:  Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi (versi e-buku)
    Klik Laman e-buku: http://www.ebookmentorjutawan.com
    Penulis:  Irfan Khairi
    Terbitan:  Irfan Khairi Sdn Bhd dan Radio 24

    Penulis dan pengusaha bisnes internet, Irfan Khairi pernah mengejutkan masyarakat tempatan dengan bukunya Rahsia Jutawan Internet Terbongkar terbitan Truewealth  pada tahun 2006.  Irfan kembali sekali lagi membawa sebuah karya terbaru kepada masyarakat tempatan. Berbeza kali ini, Irfan membawa produk buku elektronik sebagai kesinambungan siri-siri buku beliau sebelum ini.

    Selepas menghasilkan buku kedua berjudul Nota Jutawan Nota Motivasi di bawah penerbitan Telaga Biru, Irfan mahu membuktikan pasaran ilmu masih relevan dalam dunia internet. Kali ini, Irfan kembali dari dunia buku fizikal ke e-buku.

    Melalui laman web ebookmentorjutawan.com, e-buku berjudul Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi diperkenalkan kepada khayalak pembaca buku dalam bahasa Melayu. Berbanding kedai buku tradisional yang mempunyai rangkaian, laman web ebookmentorjutawan.com inilah satu-satunya akses kepada e-buku ini,

    Mentor Jutawan mula mendapat respon di kalangan pengguna internet tempatan sejak ia diperkenalkan pada pertengahan bulan Julai. Mentor Jutawan secara langsung membuktikan pasaran ekonomi bahasa Melayu masih relevan dan kompetitif sehingga hari ini.

    Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi membawa dimensi baru kepada khayalak pembaca. Ia mengetengahkan bicarawara Irfan bersama tujuh orang ikon yang dilabel sebagai ikon jutawan. Formula sukses dan kebebasan kewangan serta pengalaman jatuh bangun kelapan-lapan ikon ini menjadikan e-buku ini mendefinisi kejayaan dalam acuan tempatan. Ia dilihat sebagai autobiografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

    Lapan ikon terlibat berkongsi pengalaman dalam e-buku ini adalah

    • Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
    • Azizi Ali,
    • Dato’ Dr Rusly atau lebih dikenali sebagai Chef Li,
    • Datuk Husamuddin Yaacob pengasas kumpulan Karangkraf,
    • Dato’ Dr Azman Ching,
    • AbuAyubul Ansari Bin Ibramsha dari Singapura,
    • Billi P.S Lim dan
    • Irfan khairi.

    Idea penghasilan

    Idea penghasilan e-buku Mentor Jutawan bermula daripada sebuah rancangan radio Jutawan yang disiarkan oleh Radio 24. Menurut Irfan, “Dalam Mentor Jutawan, saya menemubual tujuh ikon jutawan selama 30 hingga 90 minit dalam rancangan radio Jutawan bersama Irfan Khairi di Radio24.”

    “Saya mengambil masa yang lama bagi mendekatkan diri dengan orang ramai sejak tahun 2006 lagi. Tujuan adalah bagi memahami apakah masalah dan soalan yang sering ingin ditanya kepada para jutawan. Soalan yang saya ajukan kepada para mentor jutawan disediakan mengikut keperluan orang ramai,” jelas Irfan.

    Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi berbentuk transkripsi temubual antara Irfan bersama ketujuh-tujuh ikon lain. Sebagaimana dialog dalam sebuah kisah, Irfan memilih mengekalkan penulisan e-buku ini dalam format asal sebagaimana ia dirakamkan dalam bentuk audio.

    AbuAyubul Ansari Ibramsha

    Kisah ikon seperti AbuAyubul Ansari Ibramsha mungkin asing di kalangan rakyat tempatan. Namun, individu yang lebih dikenali sebagai Abang Abu merupakan salah seorang usahawan yang dikenali dalam bidang pengurusan kewangan di Singapura. Ikon televisyen di negara jiran ini mendedahkan enam peringkat bagi mencapai kebebasan kewangan.

    Memiliki enam jenis perniagaan dan hartanah di Malaysia, perjalanan usahawan berusia 35 tahun ini bermula dengan kematian ibu dan ayah beliau dalam satu kemalangan jalanraya ketika perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Peristiwa 13 tahun lalu menjadikan beliau sebagai ibu dan bapa kepada empat adik beradik yang lain yang berusia tujuh ke 19 tahun.

    Ditinggalkan dengan bebanan hutang beberapa ribu dolar Singapura tinggalan bisnes keluarga, beliau berhenti daripada meneruskan pengajian peringkat diploma di sana dan kembali ke Johor Bharu bagi mengusahakan perniagaan nasi lemak. Dalam usia 22 tahun ketika itu, Abang Abu berulang-alik ke Singapura dan bekerja di Newton Hawker Centre dengan bayaran 40 dolar Singapura setiap sesi.

    Perjalanan panjang usahawan muda ini sehingga lahirnya Now Asia pada tahun 2003 menjadikan beliau menjadi pakar rujuk dalam bidang keusahawan, pendidikan kewangan, pembangunan diri dan pemasaran siber.

    Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

    Mengakui masih ada gemuruh apabila berhadapan dengan orang ramai, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai perjalanan unik menjadi salah seorang motivator nasional. Beliau melihat gemuruh adalah tanda pengucap awam itu menghormati tahap intelektual audien yang mendengar.

    Berpengalaman mengendalikan lebih enam ribu kursus motivasi, Fadzilah mengakui pilihan keluar dari dunia makan gaji pada awalnya tidak dipersetujui oleh ahli keluarganya, iaitu ayahnya sendiri pada 15 tahun lalu ketika beliau masih menduduki jawatan profesor madya di universiti awam.

    Jelas Fadzilah, tekanan kepada individu mencetuskan daya kreativiti dalam diri. Ia mencetuskan tenaga apabila berhadapan dengan cabaran. Niat merangsang orang lain ke arah perubahan juga dilihat sebagai satu tekanan kepada diri agar memberikan sesuatu yang terbaik.

    Budaya membaca yang diterapkan dalam amalan hidup menjadikan Fadzilah lebih bersedia dan peka dengan keadaan semasa yang menuntut perubahan. Menjadikan amalan membeli sepuluh buah buku sebulan, beliau memastikan tiga hingga empat buah buku selesai dibaca dalam tempoh seminggu.

    Memetik kata-kata, “Apabila kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain, maka kamu telah menghina diri kamu,” menjadikan Fadzilah Kamsah terdorong melihat pembahagian kehebatan diri manusia oleh Allah adalah setara tetapi dalam pakej yang berbeza. Di sini perlunya bagi individu memahami dan mengurus bakat yang sedia dimiliki.

    Azizi Ali

    Bercerita mengenai kegagalan, Azizi Ali mempunyai kisah kegagalan tersendiri 17 tahun lalu. Kegilaan terhadap dunia muzik menjadikan Azizi terdorong membuka kedai kaset. Ini menjadikan beliau salah seorang daripada enam pemilik kedai kaset berbangsa Melayu terawal ketika itu.

    Tanpa mengetahui kadar margin keuntungan bisnes sedemikian kurang 30 peratus, Azizi meneruskan perniagaan tersebut dengan pengetahuan industri yang terhad. Ditambah lagi dengan saingan pekedai-pekedai lain, Azizi akur dengan kegagalan perniagaan beliau.

    Ini menjadikan Azizi menganalisa kembali corak kegagalan yang dilalui dan merangka kembali pendekatan yang betul sebelum terjun ke dunia bisnes. Azizi mendapati kajian menunjukkan 90 peratus individu yang berbakat dalam satu bidang tertentu tidak dapat menjalinkan bakat itu dengan kemahiran bisnes yang baik.

    Azizi juga mengenalpasti Hukum Parkinson (Parkinson’s Law) dalam pengurusan kewangan iaitu kecenderungan individu berbelanja melebihi daripada pendapatan sedia milik.

    Pengurusan kewangan yang betul menjadi remedi kepada inidividu yang berhadapan dengan Hukum Parkinson. Iaitu agihan sebanyak sepuluh peratus pendapatan ke dalam simpanan. Individu perlu diajar mengawal kuasa kewangan mereka sebelum ia menjadi barah.

    e-buku yang membawa alternatif

    Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi adalah e-buku yang membawa alternatif kepada para pembaca tempatan. Ia adalah dokumentasi pemikiran ikon-ikon sukses tempatan yang memberi suasana tempatan bagi diadaptasi kepada langkah kejayaan. Selama ini para pembaca tempatan tidak mempunyai pilihan buku-buku bisnes yang merujuk kepada profil sukses usahawan tempatan.

    Dahulu dunia buku tempatan lebih banyak diperkenalkan kepada senarai panjang jutawan Barat dan Asia di luar sempadan negara.Ia menyukarkan para pembaca tempatan mengadaptasi pengalaman-pengalaman sukses ikon jutawan luar negara dengan budaya dan suasana tempatan yang mereka lalui.

    Kesannya, terdapat jurang budaya yang menjadikan buku-buku luar negara tidak begitu mesra pembaca. Namun kejayaan mengikut acuan tempatan kini didokumentasi dengan begitu terperinci melalui e-buku Mentor Jutawan sebagai manual dan senarai semak mencapai gol peribadi.

    Maklumat

    Tajuk buku:  Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi (versi e-buku)
    Klik Laman e-buku: http://www.ebookmentorjutawan.com

    Penulis:Irfan Khairi
    Terbitan:  Irfan Khairi Sdn Bhd dan Radio 24

    • Enam buah buku terbaru tulisan Zamri Mohamad,penulis tempatan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PTS Publication and Distributor. Klik bagi paparan lebih jelas.


    • Saya akan berada di gerai buku PTS untuk menemui saudara dan saudari di sana di ruang legar bawah. Ingat logo ini! PTS Publication & Distributor.
    • Buku wajib miliki di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 | PBAKL 2009 | KLIBF 2009 | KL Bookfair
    • Buku-buku ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa pada 17 April sehingga 26 April 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, PWTC di gerai buku PTS Publication & Distributor. Berjumpa kita di sana.

    Jangan lupa hanya di gerai buku PTS Publication & Distributor. Ingati logo ini https://i0.wp.com/www.zamrimohamad.com/gambar/pts.png

    Senarai buku pilihan ramai. Dapatkan tandatangan penulis di gerai buku PTS Publication and Distributor. Klik senarai buku di bawah


    Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

    35 thoughts on “Motivasi Kejayaan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof

    1. zuriaf berkata:

      Fadzli Yusof tu pensyarah aku…

    2. Gunawan Tabrani berkata:

      Assalamualaikum wwb. Boleh saye download videonya, puan ?

    3. aliman berkata:

      Dipersilakan, Tuan Gunawan yang dihormati dari Pusbangdik Universita Riau. Salam persahabatan daripada saya di Malaysia. Moga maju jaya!

    4. Shahiran berkata:

      Mengapakah orang guna akal .

    5. firdauzs berkata:

      salam….ade x laman web @ blog mengenai motivasi yg mna disana de forum tok pertanyaan masalah……..

    6. my sara berkata:

      nak bt assignment r,nk taw sal biodata dato’ dr Fazilah Kamsah dgn lbih mndalam.. tp dah puas cari x jmpe.
      cmne eh?

    7. nurmalissah berkata:

      dato memg seorang pakar motivasi yang sgt terbaik kerana melalui motivasi bernas beliau saya akhirnya berjaya..syukur alhamdulillah

    8. siti suhailah berkata:

      saya suka setiap kali dato bermotivasi. setiap motivasi yang disampaikan oleh dato membuatkan saya lebih cekal dan semangat dalam melanyanni kehidupan ini..

    9. masthura berkata:

      assalammualaikum,
      saya selalu mendengar motivasi dato di dalam radio Era.Saya amat suka mendengar bila dato bermotivasi,kerna ianya boleh memberi semagat kepada saya.Tapi saya ada masalah rendah diri dan kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri,walaupun saya bersemangat bila mendengar motivasi dato..ianya tak kekal lama dalam diri saya.tolong saya dato..

    10. Siti_Labuan berkata:

      assalamulaikum

      Dato’ memang seorang pakar motovasi yang berkeliber dan mengkagumkan..saya selalu menonton motivasi Dato’ di chenal TV 9 dan saya akan hab iskan motovasi tersebut sebelum melangkah keluar atau ke tempat kerja.
      Motivasi Dato’ selalu saya jadikan pedoman untuk menjadikan pendorong dan semangat saya untuk melakukan sesuatu yang ingin saya kehendaki dan perbaiki.Dengan gaya yang ceria,bernas dan bersahaja motivasi Dato’ cukup kuat menarik perhatian orang.Kadang-kadang apabila saya menghadapi masalah saya akan mencari motivasi Dato’yang berkaitan dengan masalah saya. Dan di sini saya amat memerlukan bimbingan dan motivasi diri untuk menjadi kuat dalam menghadapi tekanan diri serta membina kekuatan hati berasaskan akal dan iman.Saya amat mengharapkan motivasi dari Dato’.Kerana sekarang ini saya mengalami kemurungan dan kekacauan fikiran.

    11. shah_putera berkata:

      saya shah dari mersing johor..
      nak tanya ye dato..
      terus terang saya katakan yang saya tidak tahu langsung membaca Al-Quran..apatah lagi maksud nya..kebanyakan surah yang saya baca hanya setakat mendengar dan menghafal tanpa mengetahui maksudnya..soalan saya..bolehkah kita membaca Al-Quran dalan versi Melayu?? dan apa pula hikmahnya?? pahala nya..adakah sama dengan kita membaca Al-Quran biasa dalam tulisan jawi..dan lagi satu..bolehkah kita bersembahyang hanya mengikut imam sahaja?? tanpa membaca mana-mana surah pn..biasa saya hanya membaca surah al-fatihah sahaja..dan bolehkah kita berpuasa tanpa bersembahyang langsung?? adakah puasa kita diterima?? tolong balas mesej saya di email saya dato..saya seorang insan yang amat ketinggalan dalam dunia islam..saya nak belajar dari sekarang..saya amat memerlukan jawapan dari dato..sekian..assalammualaikum..

    12. roselinda ismail berkata:

      askom dato. saya apabila mendengar ceramah motivasi terasa terlalu banyak kekurangan pada diri ini. saya cuba perbaiki diri namun kadang kadang saya kecewa kerna ianya tidak consistant. bagaimana cara untu kita terus maju? tq

    13. Degawan88 berkata:

      a`km.. dato dlu sy ada b`ljar ilmu yg sy sndiri pon tidak yakin adakah ilmu sihir @ ilmu batin sahaja..
      jd skarang sy rse was was dgn ilmu yg sy ada skang. kalau blh mintak dato bgi pndapat adakah baik @ sebaliknye..
      harap dato blh beri tunjuk ajar..
      my Yahoo msg Amy_Emx88@yahoo.com.my
      trima kasih..

    14. Zamri Mohamad berkata:

      Assalam alaikum Tuan dan Puan

      Sebarang soalan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah bolehlah disalurkan ke http://www.excel-training.com.my

      Terima Kasih

      ZAMRI MOHAMAD

    15. jufri berkata:

      salam……

      sy jufri drpd alor star.sy sdg blajar d mrsm langkawi tetapi sy sering tiada keyakinan diri dan tidak percaya pd diri sendiri…tlg bantu utk pulihkan keyakinan diri sy.

    16. cinta maya berkata:

      salam…

      saya nak tanya cam na nak meningkat kan keyakinan dalam diri..saya ada wat biz tp x da keyakinan utk menaja org.just mengharapkan org utk membantu..
      saya harap dato dapat membantu…..

    17. hani berkata:

      camne sy nak berhubung dgn dr. fadzilah tuk brcerita.ada x email?

    18. aliman berkata:

      Assalam alaikum Tuan dan Puan

      Sebarang soalan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah bolehlah disalurkan ke http://www.excel-training.com.my

      Terima Kasih

      ZAMRI MOHAMAD

    19. nurul berkata:

      assalamualaikum dato,saya slalu mendengar motivasi dato di astro..sangat menarik.. tp sy ada masalah..sy baru shj hbs exam stpm..dan sy sedar sy bkn lagi seorg plj..sy sdr usia sy yg semakin meningkat ini masih bergantung pd ibu bapa sy..jd persoalannya sy ingin menjadi dewasa dan sy harus lebih dewasa.oleh itu,dari manakah dato sy harus bermula untuk menjadi seorg gadis yang dewasa??? saya harap dato dapat membantu saya…terima kasih.

    20. Zamri Mohamad berkata:

      Assalam alaikum

      Sebarang soalan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah ‘Tidak’ akan dijawab di sini.

      Sebarang soalan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah bolehlah disalurkan ke http://www.excel-training.com.my

    21. bunga berkata:

      salam,
      saya suka mendengar motivasi tetapi sejak dua menjak ini saya tidak lagi mendengar motivasi-motivasi…
      bagaimana tuk memastikan semangat rajin belajar n pandai membahagikan masa itu berkekalan…
      terima kasih…

    22. minami berkata:

      assalamualaikum Dato’
      saya berharap Dato’ akn terus sukses..
      saya pun antara ribuan yg penah mendengar motivasi Dato’..saya akan sentiasa bersemagat apabila mendengar motivasi Dato’..
      terima kasih jg kpd Dato’ kerana keyakinan pd sy hari ini..sedikit sebanyak datang nya dari motivasi Dato’..
      terima kasih,wassalam

    23. ayu berkata:

      ASSALAMUALAIKUM DATO.

      memotivasikan diri memang perlu samaada melalui orang lain atau dengan cara mentarbiatkan diri secara bersendirian…
      namun kadang kala kita memerlukan orang yang hampir dengan kita untuk kita berkongsi suka duka….
      motivasi yang dato berikan memang bagus sekali..
      kadang-kala kita sebagai manusia ini sering lupa dengan perkara2 penting y patut kita dahulukan, melalui motivasi dato sedikit sebanyak dapat membangunkan sy
      dari mimpi tidur yang lena..
      terima kasih dato..
      untuk pengetahuan dato, daato merupakan slah seorng inspirasi sy,…
      kalo dato sudi sy ingin sama2 jdkan dato sebagai pemangkin u terus maju dan mengharapkan jasa baik dato u membantu saya agar terus dapat membangun dan berdiri dalam memempuhi dunia pembelajaran….

    24. ervy berkata:

      saya suka mendengar motivasi2 yang telah saya tonton..kadang2 motivasi ini amat membantu saya dalam pelbagai masalah yang saya hadapi…thanks soooo much. XD

    25. angah berkata:

      boleh tak saya nak online terus dengan dato fazilah kamsah.saya tak tahu addrs ym nya..saya selalu dengar motivasinya,bila dengar tu,saya dapat motivasi yang baru dalam hidup saya.so sekarang saya ada masalah and nak tnya sendiri pandangan pendapat daripada dato sendiri

    26. siti nurain berkata:

      salam………..saya ingin bertanya hal yang sangat penting yang xboleh bagi tau dlm blog nie.bleh x saya ingin beremeil ngan dato.bleh bagi tau alamat emel dato

    27. nurafhriza berkata:

      assalammualaikum….
      saye nak tye tntg hubungkait antare akhlak dan keterampilan diri..
      keterampilan diri same x dgn sifat mahmudah??

    28. appy 800912 berkata:

      asslmkm..susah nak cari org ialam dan sekaligus org mlayu yg berjaya mcm dato.smoga akan ada lg orang-orang yg mcm dato.mcm mana sy nak tahu makna mimpi mlalui pandangan islam dato,kerana sy sering bermimpi perkara yg aneh dan misteri.sy amat mghargai skiranya dato dpt membantu sy mngenai msalah sy ni……….

    29. norafiza berkata:

      assalamualaikum dato…sya dh lama mengagumi dato…skrg ni sya ada mslah dan ingin btanya pd dato…sya bru dterima bkerja sbgai GURU TADIKA…sya berminat.sya tidak mpunyai pngalaman dlm mngajar…skrg ni sya bimbang dptkh sya memikul tnggungjwb sya itu dgn baik…tntg gji sya x titikbrtkn sgt krna bg sya shm akhirat itu lbh pnting…ilmu yg dimanfaatkn itu la yg dpt mbantu sya disna nnt…jd apakah bnr tndakan sya mnrima jwtn ini???sdgkn sya xde pngalaman dato…tlong la dato jwb kn ptnyaan sya ni…sya dlm dilema skrg ni dato…tima ksih…

    30. assalammualaikum dato’..saya di sini ingin bertanya pandangan dato tentang membuka perniagaan..saya baru berusia 24tahun..dan ingin membuka perniagaan bersama kawan saya..yg saya kenali di bangku sekolah dahulu..sudah agak 15 tahun saya mengenalinya..saya ingin menbuka perniagaan ini berdasarkan untuk merubah masa depan saya serta kawan saya..sepanjang saya kerja dengan orang mcm2 hal berlaku dekat saya..antaranya kena marah,kena maki hamun,kena hina serta di buang kerja serta merta..menginjau kembali kisah saya dulu memang tak dapat bayangkan bertapa dugaan pada hari tu sgguh menyedihkan..sehingga ibu bapa saya tidak mahu percaya yg saya akn boleh berkerja dekat mana pon..sekrg alhamdulillah saya dapat berkerja dengan kawan baik ayah saya sendiri..sbelum ini saya susah nak dapat kerja..menganggur beberapa tahun..di samping itu jugak saya ingin meminta pandangan dato’ bagaimana
      ingin membuka perniagaan ‘butik’ bersama kwn saya..tolong beri pandangan pada saya..saya memerlukan pandangan orang yang lebih berpengalaman dalam dunia perniagaan ni..saya harap dato’ dapat memberi pandangan untuk kebaikan diri saya..

    31. Cieta berkata:

      Motivasi yang dato2 kongsikan dan terbitkan sangat baik dan boleh membimbing sesiapa pun yang rajin dan mahu mengubah corak kehidupan kearah yang lebih baik.tetapi bagi orang yang sebaliknya dimana mereka tidak ingin mencuba menerapkan motivasi didalam kehidupan mereka,sampai bila2 pun mereka tetap dengan diri mereka.saya mempunyai seorang sahabat yang keras kepala.macam2 nasihat yang telah saya cuba berikan namun dia tak mahu menerimanya.saya hanya mampu berdoa agar hatinya terbuka untuk berubah.namun bagi saya dalam kehidupan ini kesabaran,kekuatan,keberanian dan keyakinan sangat penting.selagi kta tak mencuba selagi itu kita takkan pandai tentang sesuatu.yang paling penting kta harus percaya kebolehan diri kita.motivasi yang hebat daripada dato smua telah banyak membantu saya untuk terus kuat dlm menghadapi dugaan dlm kehidupan.terima kasih.

    32. suzie@89 berkata:

      assalammualaikum dato saya amat berbesar hati kerana dato sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada para pembaca.mudah-mudahan pengalaman yang dato kongsikan dapat memberi iktibar kepada semua para pembaca sekaligus sebagai perangsang bagi generasi muda menceburi bidang-bidang baru dalam memajukan diri dan memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan bakat dan kebolehan dalam bidang perniagaan.

    33. liana zahra berkata:

      assalamu’Alaikum wr,,, dato’,,, salm knl, sy warga indonesia yg slalu bgga dg krja n motivasi yg datok brkn tuk semua orng,, bg sy semua motivasi yg dato brkn kpd seluruh lapisan msyarakat,, semua b’balik pd agama islam ,, n sy sgt setuju sekali dg usaha dato’ yg m’punyai prestasi dlm memotivasikan kpd kami n sekaligus sbgai sarana dakwah,,,

    34. sex berkata:

      That is a very good tip especially to those fresh to the
      blogosphere. Short but very precise information… Many thanks for sharing this
      one. A must read article!

    35. 1 berkata:

      I have to thank you for the efforts you have put in penning this blog.
      I am hoping to see the same high-grade blog posts
      by you later on as well. In fact, your creative writing abilities has
      motivated me to get my very own blog now 😉

    Tinggalkan komen

    Jumlah Pelawat

    • 385,133 pembaca

    Klik Seminar Kami

    Buku tulisan saya

    Kategori

    Koleksi Penulisan