Sudah lama saya mengulang baca ayat ini untuk diri. Kali ini saya ulang kembali. Saya sukakan dua ayat ini. Ayat pujukan daripada Tuhan meredakan keresahan hati, doa yang memberi jalan keluar daripada kesulitan jiwa, peringatan yang menyedarkan pilihan kita penuh cabaran. Hiduplah dengan rasa bertuhan.

Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.

Ayat Al Baqarah 216 menyebut

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.

Amin.

zamri_k.jpg

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia dan boleh dibeli secara online bagi pembaca di Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah  hanya melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini

11 Responses to “Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan tenangkan hati ini”

  1. edayu Says:

    assalamualaikum…

    terima kasih kerana berkongsi hikmah ayat ini. sekurang2nya saya dapat juga tenangkan hati yg sedang menderita ini. disamping itu dapat juga mengingati tentang ketentuan yg telah ditetapkan utk setiap umat manusia oleh NYA

  2. adeq Says:

    assalamualaikum..

    hidup ni penuh dengan dugaan..
    kadang2 kaki seakan sukar untuk melangkah..
    tapi, hidup mesti terus.. semoga kita sentiasa dilindungan Tuhan..

  3. zaki Says:

    assalam, aku sekarang di timpa cabaran yang amat susah nak ku selesaikan, hati dan fikiran ku lagi tak tenang .terima kasih kerna berkongsi ayat ini. aku berharap sangat akan tenangkan hati dan fikiran ku yang sangat rungsing.

  4. Hansac Says:

    Terimakasih kerana ini. Jazakallahu khairan kathira.

  5. syanazm Says:

    salam…
    thankz for da meaningful words
    hidup ini terlalu indah untuk dihayati..
    malah bila dihargai dgn penuh rasa kesyukuran..
    dugaan hadir hanya sebagai pelengkap atas ketidaksempurnaaannya…
    namun iman yang teguh dan hati yg yakin akan sentiasa tenang dan dilindungi Nya

  6. balqis Says:

    salam…
    hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari-NYA.adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dgn kehendak-NYA.tiada sesiapa pn dimuka bumi ini dijadikan dgn penuh kesempurnaan.jadi iman yg teguh dan hati yg tenang dan dgn adanya kekuataan pd diri insyaallah akn diberkati doa org2 yg berada ddlm kesusahan.sesungguhnya doa org2 yg teraniaya itu ALLAH makbulkn.insyaallah….

  7. Reena Says:

    ASSALAMUALAIKUM…Terimakasih.Ketika ini sy dilanda masalh.Semakin hr smkn menebal sehingga mengakibtkan sembyg jd x khusyuk dan hubungan dgn Allah mnjd jauh.kERANA hILNG FOKUS.sYUKUR aYAT ini membuat sy berazam untuk membaiki hubungan baik dgn Allah

  8. SAUL BUDIMAN Says:

    Salam
    Ringkasan dari sabda Nabi SAW ’siapakah yang dikatakan Ahli Sunnah Waljama’ah itu, ya Rasulullah?’ tanya sahabat. jawab Nabi SAW ‘mereka itu adalah seperti aku dan sahabat2 ku’

    Bermakna pasti ada orang2 yang seperti Nabi SAW dan sahabat selepas kewafatanya. Sudah pasti yang Ahli Sunnah Waljama’ah mempunyai ilmu, amal dan akhlak seperti Nabi SAW dan sahabat2 baginda. Tentunya katogori ini hanyalah ada pada orang2 yang menjalani kehidupan ini berlandaskan al Quran dan sunnah.

    Persoalanya adakah ulama, umarak dan DIRI KITA SENDIRI telah menepati sebagai Ahli Sunnah Waljam’ah untuk di ikuti dan mengikuti???

    Ana berharap dan bermohon laman Tuan Zambri Mohamad ini dapat membuka ruang perbincangan semata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Terima kasih, wassalam

  9. renaldi Says:

    ass….
    hidup ini memang indah tapi tak semua bisa dibilang indah…… entah mengapa saat ini saya merasa sendiri hidup didunia ini

  10. Reena Says:

    Hidup mmg indah..tetapi bnyak manusia yg merosakkan keindahan itu…

  11. basshir Says:

    aslmkm..terima kasih .ayt yang cukup mendalam maksud dia,,


Leave a Reply