Karya marah-marah dan karya suka-suka. Mana satu ekspresi diri kita.

7

Mac 2, 2008 oleh aliman






Program MASKARA 7 di rumah Pena masih mengekalkan momentumnya. Kali ini hadirin yang datang kekal ramai sebagaimana MASKARA 6 bulan lalu. Ekspresi karya secara bebas masih kekal menjadi tradisi peserta-peserta kali ini.

Sayang sekali, saya tidak dapat hadir pada sesi pertama. Hanya berkesempatan melihat acara lelong buku oleh Dean Sham dan Mat Jan. Lelongan sebuah buku pada harga bidaan setinggi RM27 dimenangi oleh encik Zahrin yang datang bersama-sama isterinya, Kak Nor. Kata encik Zahrin, “Aku nak simpan buku ini. Tidak mahu buang pembalutnya.”

Hisham Salmin dengan jiwa 80-an membuka sesi kedua dengan lagu Suhaimi Mior Hashim dan Kumpulan Kembara. Aduh, generasi muda 80-an seperti saya teringat kembali radio besar yang sering memutarkan lagu-lagu ini.

Sesi kedua seperti kata Dean Sham banyak mengetengahkan persembahan pemudi-pemudi harapan pemuda.

Cuma, seperti disebutkan oleh sahabat saya pada malam itu, “Kenapa persembahan karya mereka seperti karya marah-marah?”

Hmm, tiada komen. Seperti saya bilang, di sini ekspresi karya bergantung kepada karakter penyampainya.

Baik sekali jika penyampainya mampu bertahan sehingga akhir program bagi menyokong persembahan rakan-rakan MASKARA lain. Saya kira kekuatan MASKARA bukan sahaja pada pesertanya, tetapi hadirin yang bisa bertahan sehingga akhir.

Keseluruhan penilaian MASKARA 7, sepuluh per sepuluh.

zamri_k.jpg

 

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

7 thoughts on “Karya marah-marah dan karya suka-suka. Mana satu ekspresi diri kita.

  1. elmaaniq berkata:

    bang,
    aku tak perasan ko ada juga malam tu..

  2. aliman berkata:

    Saya nampak saudara ya! Berseluar jeans dan berkemeja T putih. Telefon tertinggal dalam kereta. Jika tidak saya sms dari dalam rumah Pena.

  3. sinaganaga berkata:

    terima kasih kerana memberi sokongan

  4. Tok Rimau berkata:

    Ini rumah Pena. Bukan rumah Sadiq Sigaraga. Di rumah ini tiada undang-undang. Boleh marah sesuka hati.

  5. Taf Teh berkata:

    Marah-marah sayang…

  6. fadz berkata:

    marah-marah semangat lain tu … “di padang pasir gersang” .. aduh..!

  7. ikatkata berkata:

    Rumah Sadiq Sigaraga? Bukankah udah dilelong tempoh hari?

Tinggalkan komen

Jumlah Pelawat

  • 385,154 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan