Isu motivator dengan PHD tidak sahih timbul lagi tahun ini

20

April 27, 2008 oleh aliman


Laporan Eksklusif hari Ahad yang menghabiskan akhbar KOSMO pada hari itu. Berita rencana oleh Martin Abdul Kahar. Baca sebahagian berita klik di sini


Sambungan laporan eksklusif hari Isnin yang bakal menghabiskan akhbar KOSMO segera sebelum jam 9.00 pagi. Laporan, rencana berita oleh Saiful Affendy Sapran.

Baca sebahagian berita klik di sini

Berita motivator PHD palsu timbul semula di KOSMO dan menarik perhatian ramai sekali lagi. Cuma kali ini maklumat berita lebih berfokus dan merujuk kepada seorang yang dikenali ramai sebagai motivator.

Selepas ini saya rasa pihak media membantu meluruskan kefahaman masyarakat agar tidak menggunakan istilah pakar yang digandingkan bersama perkataan motivasi menjadi pakar motivasi.

Tanggungjawab kita memperbetulkan salah faham yang mengundang orang lain yang ingin mengambil kesempatan.

Perkara kedua, sesiapa yang berhajat menjadi perunding motivasi dan mahukan gelaran Dr daripada PhD, saranan saya, ambil di insitusi pengajian tinggi yang diiktiraf Lembaga Akreditasi Negara. Walaupun universiti tempatan sekali pun, bunyi nama universiti pun kemelayuan tidak ada nama Inggeris yang menjadi semua orang kagum, asal ijazah kedoktoran sah laku, itu lebih meringankan sakit kepala berbanding mendapat ijazah kedoktoran dari luar negara tetapi statusnya sangat diragui.

Saya amat yakin siapa pun motivator ini, kesilapan pertama beliau adalah memilih institusi yang tidak diiktiraf Lembaga Akreditasi Negara (LAN) tidak ada niat menipu, tetapi apabila klien tidak diberitahu status sebenar P.hD yang dimilikinya, maka ia menjadi kes lain yang berat.

Klien berhak menyemak dan mengetahui kedudukan doctrate yang dimiliki kerana mereka memanggil atas keyakinan doctrate yang diyakini klien telah diiktiraf LAN dan kerajaan dapat membantu organisasi.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah antara universiti yang akan menyemak latar belakang mana-mana penceramah dengan status P.hd sebelum menjemput bagi program pelajar atau kakitangan.

Menggunakan rangkaian universiti luar dan dalam negara dan kementerian pengajian terbabit, ia memudahkan UIAM menyemak setiap seorang yang didakwa memiliki P.hd

Menyemak kesahihan sesebuah sijil bukanlah melalui universiti terbabit atau mana-mana persatuan. Ia perlu melalui semakan di badan kerajaan.

Saya pernah membuat semakan ini ketika menyemak latar belakang seorang individu dan universiti yang dimasukinya di luar negara (hasilnya juga mengecewakan apabila sangka baik saya terjejas apabila mengetahui status sebenar pendidikan beliau).

Bagi memudahkan tuan dan puan, semaklah di bahagian berikut. Maklumat ini diberikan oleh Suhana Ramli dari Pengurus Perundangan, Lembaga Akreditasi Negara pada 17 Januari 2007.

Unit Pengiktirafan
Bahagian Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Blok C1 dan C2, Parcel
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
Tel no: 03-88853364
Faks: 03-88892179
E-mel: recog@jpa.gov.my

Hendak susah payah biarlah sekali, jangan berkali-kali kemudian hari dek tidak ambil peduli.

Kebanyakan korporat dan agensi yang menjemput para perunding akan meminta profil perunding termasuklah kelayakan akademik yang diperolehi.

Kadar yuran bagi program dipersetujui jika tahap pengalaman dan akademiknya diyakini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang menyertai program perunding tersebut.

Jika jemputan ceramah mengikut kadar kerajaan sekalipun, beza bayaran per jam bagi penceramah bertaraf sijil dan ijazah adalah berbeza. Ini menunjukkan ada keperluan signifikan bagi mengetahui tahap pendidikan perunding.

Salah satu persepsi yang dipegang oleh korporat dan agensi ialah latar akademik yang dimiliki perunding adalah diiktiraf oleh kerajaan. Jika ia terkeluar daripada sistem, menjadi tanggungjawab perunding memaklumkan status tersebut bagi memperbetulkan persepsi itu.

Peranan pengiktirafan kerajaan terhadap sijil akademik bukan sekadar bertujuan bagi sebarang proses pengambilan kerja. Akreditasi dan pengikitirafan tersebut menjadi tanda aras bagi mana-mana organisasi bagi meyakini tahap akademik perunding.

Kita mempertaruhkan kredibiliti di tangan sendiri.

Ingin buku ini secara percuma? Sah sebelum 7 Mei 2008 klik di sini

zamri_k.jpg

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini

20 thoughts on “Isu motivator dengan PHD tidak sahih timbul lagi tahun ini

  1. farrahanie berkata:

    saya setuju ngan cadangan ramai pihak utk mencari doktor2 palsu dnegara ini…cube check produk2 laen..yang pengasasnye menggunakan DR dpangkal nama…

  2. Terimakasih di atas keperihatinan saudara.

    Saya harap mereka saman saya di mahkamah atas tuduhan fitnah. Tapi saya amat pasti mereka tidak akan melakukannya kerana dalam kes fitnah, orang yang kena fitnah hendaklah membuktikan apa yang saya katakan ini tidak benar. Sekiranya mereka gagal, dengan sendirinya mereka akan didapati memang memperdayakan orang ramai dan tuduhan tadi bukan fitnah. Sebab itu, tak seorangpun membuat laporan polis.

    Saya beritahu saudara perkara ini atas dasar kebenaran dan supaya tidak menimbulkan fitnah kepada motivator lain.

    Sesiapa yang ada membeli buku mereka, buat laporan Polis dan juga kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tindakan lanjut.

    Kamal fnd Hashim.
    019-2109999

  3. iraaziz berkata:

    ::perkara ini perlu digali hingga ke dasar untuk mengelakkan penyalahgunaan elaran,mencari duit dengan mudah,dan mengelakkan pengguna merasa keliru dengan golongan ini…ia juga boleh menyebabkan gangguan ekonomi apabila pengguna sudah tidak mempercayai produk keluaran Dr yg asli sedangkan mereka bersusah payah mengeluarkan produk yg berkualiti dengan jalan yg benar berbanding Dr palsu::

  4. greenback berkata:

    Dengan harapan agar sesiapa yang terlibat dengan issue ini dapat membuat kenyataan dengan kadar segera. Hadapilah kenyataan dan dedahkanlah kebenaran kepada public. Inilah jalan yang paling terbaik untuk semua. Jika tidak public mungkin tidak akan mempercayai lagi our education systems. Sia-sialah org bijak pandai yg dgn jujur melangkahi satu persatu steps utk mencapai Phd yang sah. But, just wondering how long this so called “shocking news” will last??? and this is not the first time either. And counting how many times for it to surface again…. means….we’re not doing enough to protect our education systems. Think about it!!

  5. thundercats berkata:

    Perlu ada tambahan kpd list tersebut

  6. antiWAYANG berkata:

    Ada yang mengelarkan diri mereka PAKAR MOTIVASI yang berselindung disebalik gelaran. Pengalaman saya sendiri telah ditipu oleh “motivator”…wang ringgt dan harta benda. Layakkah digelar motivator kalau diri sendiri hati kotor. cakap indah tak serupa bikin. Berhati-hatilah dengan manusia yang bertopengkan gelaran…..

  7. KaramanKatibin berkata:

    Sila semak: http://drtuah.com/anugerah.html
    Pemenang Anugerah Belia Negara 1999.
    • Pemenang Anugerah Darul Ta’zim 1999, 2000, 2001 & 2004 dari Kerajaan Negeri Johor; Anugerah ini telah dimenangi selama tiga tahun berturut-turut (99-01) dan sekali lagi tiga tahun kemudian. (Nak tanya Sultan Johor ke kesahihan anugerah ini)
    • Pemenang Hadiah Buku Terbaik Kebangsaan 1992. (Yang ni pulak, camna nak siasat dengan siapa)

    Saya adalah seorang peminat DR HM Tuah dan telah membaca hampir kesemua buku beliau dan telah banyak memberi perubahan dalam diri saya.

    Kenapa Kamal fnd perlu memburukkan orang lain sedangkan beliau sendiri tidak menjalankan tugas beliau sebagai Pakar Pencegah Jenayah. Aik!Universiti mana yang melantik beliau.

    Jenayah bermaharajalela. Setahu saya, orang yang pernah bekerja dengan Yayasan Pencegah Jenayah ada yang menjual VCD haram di Ulu Langat. Kenapa x siasat. Dan ada juga yang memberitahu Kamal mendakwa beliau adalah seorang Interpol. Betul Ke?

    Siapa Kamal fnd. Pernah dilihat kat Planet Hollywood jadi MC, Pengacara Program TV, Pencegah Jenayah,Interpol?Content Provider?

    Kalau perkara ini diteruskan maka habislah orang Melayu sehingga bidang ini pun tidak lagi boleh dibanggakan.Adakah ini sifat PhD (Perasaan Hasad Dengki)orang Melayu yang dibuktikan oleh Kamal fnd. Memburukkan orang lain untuk menjual diri sendiri ataupun buku.Mencari publisiti melalui kesalahan orang lain untuk mendapat ceramah dengan bayaran RM400 sejam. Bukannya percuma and you call it ‘noble work.’

    How do you feel now?

    Mungkin beliau terlalu terlibat dengan perkara2 jenayah sehingga semua orang dianggapnya penjenayah. Hentikanlah mencari kesalahan orang lain.

  8. tapaiubi berkata:

    Bukan hanya motivator berketurunan melayu sahaja pakai gelaran Dr ni… bagaimana pula yang bukan melayu.

    Saya diberitahu bahawa seorg pemilik francise pendidikan awal kanak2 yg terkenal juga menggunakan gelaran Dr yang turut disangsi…

    Persoalannya KENAPA En Kamal tak dedahkan atau siasat… kenapa hanya dedah org melayu bagaimana pula org yang lain? Harap lebih adil…

  9. kamal fnd hashim berkata:

    Sdr karaman katibin nampaknya tidak berpuashati dengan kenyataan saya itu rupanya…

    Saya tidak ada masalah untuk sesiapa terus ditipu ataupun membiarkan dirinya terus terbuai mimpi indah. Yang menjadi masalah adalah apabila andaian dibuat dengan tidak rasional atas faktor fanatikal terhadap seseorang.

    Saudara sendiri bercakap pasa orang Melayu dan betapa kita perlu membanggakan bangsa melayu. Entahlah,.. kerana nampak jelas saudara terlupa bahawa saya hanya menegakkan maruah bangsa saya bila menunjukkan betapa bangsa saya mahu terus menipu dan tertipu.

    Barangkali saudara terlupa bahawa ada pihak yang sentiasa akan cuba menipu bangsanya sendiri kerana dia tahu ada orang seperti saudara sendiri yang mahu dirinya tertipu.

    Oh ya, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia tidak ada kena mengena dengan PERSATUAN PENCEGAHAN JENYAAH MALAYSIA.Yang jual VCD tu adalah ahli persatuan berkenaan…selidik dulu sebelum cakap lain kali ya…Jangan malukan diri sendiri..

    Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ditubuhkan pada Feb 1993 di bawah Asia & Far East Institute of Crime Prevention & Rehabilitation of Offenders. Ber-ibuPejabat di Shinjuku, Jepun ianya dibuat atas mandat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di setiap Negara.

    Ahli ahlinya dilantik setelah melalui tapisan keselamatan dan bukan atas dasar sesiapa sahaja boleh menyertainya. Jadi ini mungkin boleh membantu saudara menjawab soalan siapa lantik saya kan?

    Di Malaysia, ianya didaftarkan di bawah National Crime Bureau/ Interpol. Penaungnya adalah YAB Perdana Menteri dan Timbalan pengerusinya adalah YDH Ketua Polis Negara. Dato Shafie Abdal adalah Pengerusinya bermula tahun 2008 ini.

    Saya pernah berkhidmat di dalam Jabatan Siasatan Jenayah selama 7 tahun sebelum melanjutkan pendidikan dalam bidang Criminology dan, Oh Ya,DIIKTIRAF oleh The International Association of Crime Analysts.

    Sementara saudara hanya membaca buku, saya berusaha untuk menyelamatkan nyawa manusia. Adake? Ya, ada. Ramai ke? boleh lah tahan.Yang mustahak, bolehkah saya buktikan dakwaan saya? Ya boleh.

    Dan lagi satu, pengacara ke, penyanyi ke, penganalisis ke? Pilihlah mana mana kerana ianya membuktikan bahawa bangsa saya tidak kontang dengan orang yang boleh melakukan pelbagai perkara dengan skil, bakat, kebolehan dan ilmu yang Allah kurniakan.

    Bayaran 400 sejam? ish ish ish…saya telah memaafkan saudara atas dusta yang nyata itu. Semoga Tuhan memberikan hidayat dan ehsannya kepada saudara.

    Oh ya..kalau saya dikatakan memfitnah pakar pakar palsu ini, tidak terfikirkan oleh saudara kenapa dan mengapa sehingga sekarang, tidak seorangpun menyaman saya di mahkamah?

    Biarkan biarkan luncai terjun dengan labu labunya….hmmm..bangsaku…bangsaku….

    kamal fnd hashim
    019-2109999

  10. […] Entri ini adalah sebahagian daripada petikan komen penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim untuk entri . Baca penuh komen beliau dengan klik di sini […]

  11. AKU MELAYU berkata:

    aku pun tak paham dgn si kamal ni…apala yg dia sakit hati sangat dgn motivator2 ni..dia ni sapa yg nak kondem org..bagus sgt ke dia ni..

    ni..aku nak dia korek:-
    -brapa org menteri yg beli title dato?
    (knape ko xcari & srh diaorg saman!)

    -brapa org menteri yg beli title DR.?
    (knape ko xcari & srh diaorg saman!)

    -brapa org wife menteri/pm yg diberi title DR. tapi tak tau apa jadah tentang subjek tu sbb dpt free utk bodek jadi patron?
    (knape ko xcari & srh diaorg saman!)

    amende la ko ni kamal..cari publisiti murahan
    pegila korek bende2 yg menteri buat..lagi xbetul lagi diaorg tipu rakyat mcm ko & aku.. lagi ko glamer..knape xkorek…knape takut ke diaorg saman!

    sudala..aku bosan dgn wanna be hero yg dia sendiri xtahu hala tuju..

    nak back up bangsa sendiri konon..

    tell me KAMAL how many people yg ko da tipu?

    ko tau tak aku salah sorang dari org yg ko tipu!

    AKU EDDIE..PROJEK KMJ duit rm5k ko amik nak belanja polis nak dpt projek apa jadi?

    abis aku kena maki dgn funder aku…ko pegi mana
    lari ke..

    hah..jawapla..

    p/s: aku bukan sokong motivator2 ni (xkenal pun)tapi aku bengang dgn si kamal yg dok hentam org mcm dia bagus tp dia sendiri penipu besar!

  12. ELLY berkata:

    Salam………

    Marah betul EN EDDIE (AKU MELAYU)nie…
    Kalau betul Tuan Kamal penipu besar gara-gara PROJEK KMJ, kenapa tak call sendiri Tuan Kamal?
    Kenapa perlu hentam dia dalam blog ni.
    Bukankah jalan penyelesaiannya adalah bersemuka dan bawak-bawaklah berbincang dgnnya…

    Bukan menyebelahi sesiapa tapi cara anda menjatuhkan maruah BANGSA MELAYU. Terang-terang mengaku AKU MELAYU namun anda lupa “BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA”

  13. AKU MELAYU berkata:

    Kalau telefon tak angkat..apa citer!

    Yg menjwap ni (ELLY)ada kepentingan ke..ataupun ELLY ni kamal!

    Aloo Kamal kalu rasa bersalah tu telefon le EDDIE..takan no tak tau kot..

    Mcm nila nak junjung bangsa MELAYU!

    Org melayu ni kena ckp terus..nak bersopan tak guna asyik kena pijak! Nak berlapik la..

    Kalau nak ckp pasal BAHASA JIWA BANGSA..pegi jumpa Dewan Bahasa Pustaka!

  14. Juragan berkata:

    Salam Semua,

    Saya setuju betul dengan AKU MELAYU!

    Kalau Enc. Kamal benar2 gentle sila buat ‘terjahan’ pada kaum-kaum Menteri yg sedang seronok menggunakan title mereka (Dato’ @ Dr.) untuk menipu rakyat!

    Apa yg pakar2 motivasi ini buat sekurang-kurangnya mereka memberi ilmu.

    Apa yang ada pada gelaran tidak penting bagi saya tetapi ilmu yang lebih penting!

    Apa ilmu yang Enc Kamal contribute?

    Saya secara peribadi memang sangsi dengan niat Enc Kamal yang mencari publisit murahan!

    -jURAGAN-

  15. kamil apundi berkata:

    Heran aku dengan kamal ni????

    Dia nak kejar apa sebenarnya?

    Nak kejar nama sangat ker?

  16. kamalfnd berkata:

    Ahaks.

    Lucu sangat sangat. Sedang kebanyakan dari anda masih lagi bersekolah, saya dahpun buat apa saya buat sekarang. Dah berbelas tahun dan hampir 20 tahun dah pun secara konsisten. Tak kejar apa apa pun.

    Kalau tak percaya dan tak suka, apa yang boleh saya buat pun? Sukahatilah yob. Tapi kalau nak jugak tahu apa contribution saya, saya minta bekas bakal bakal mangsa terdiri dari rakyat Malaysia yang mungkin belajar sesuatu dari saya berhubung terus dengan skeptik ni sendiri.

    Eh, ni nombor telefon saya lagi sekali ya. Ramai yang tel no 012 dan assumed saya tak mau angkat sedangkan nombor saya yang sebenar ialah 019-2109999.

    Kebenaran akhirnya akan terbukti juga.

  17. ELLY berkata:

    Hehehe..
    Cayalah Tuan Kamal…

  18. Spinal berkata:

    Saya rasa mereka yang buat tuduhan ni mungkin ada kepentingan yang tidak dapat pada mereka.

    Apa yang contributation yang dilakukan oleh saudara kamal ini adalah lebih besar daripada yang dilakukan oleh nya.

    Saya rasa tidak perlu saudara kamal menjelaskan dengan lebih terperinci apa aktiviti yang telah dan bakal dilakukan kepada mereka yang tidak berpuas hati.

    Mereka ini tidak akan puas dengan apa yang diberi dan apa yang dimaklumkan.

    Oleh itu teruskan perjuangan mu ini kerana ader lebih 3 juta pelapis anak anak negara memerlukan didikan mu itu.

    Sesungguhnya niat mu itu diketahui oleh yang Maha Esa.

    Saudara kamal Yang Baik datang dari Nya yang Buruk dari Kita.

    Yang memerhati.

  19. Batalion8 berkata:

    aku kenal kamal ni sejak kecil..

    pernah terserempak2 tapi aku saja buat2 tak kenal hehehe…..

    aku tak menyebelahi mana2 pihak tapi yang salah tetap salah yang benar tetap benar

  20. hisham berkata:

    saya pun sokong apa yg en kamallakukan kerana saya sendiri tak mahu anak bangsa saya menipu dan tertipu yg bangsa lain tu kita sedia maklumlaa dah mmg tradisi menipu dah jadi budaya dia tp kalau org islam pun sama naik menipu apa bezanya kita dgn diaorg..saya pernah ajukan pada majalah mastika utk buat pembongkaran..dia ada kol sekali lps tu senyap mungkin isu ni dapat tekanan dati org atasan kot..tak tahulaa..tapi saya harap sgt malaysia ada satubadan yg berkuasa ke atas anugerah dan pemakaian gelaran dr dan prof ni..

Tinggalkan komen

Jumlah Pelawat

  • 385,133 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan