Kursuspenulisan.com | Menjadi perhatian dan diteropong media
Tinggalkan komenJanuari 29, 2010 oleh aliman
Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
———-
Pada hari Ahad lalu (17 Januari) saya bertemu peserta-peserta yang luar biasa hebat dan mempunyai angan-angan serta keinginan bagi menulis di akhbar dan majalah. Mencipta kejayaan pertama meletakkan nama dalam kedua-dua medium ini adalah penting bagi mendorong kita menulis lebih banyak lagi.
Mereka diperkenalkan dengan pelbagai strategi berdasarkan pengalaman para penulis bebas yang saya temui dan beberapa eksperimen yang terbukti membantu meningkatkan kredibiliti seseorang.
Mereka berlatarbelakang professional. Di hadapan saya adalah seorang pengurus logistik, akauntan di syarikat minyak antarabangsa, pendidik, peniaga dan jurureka hiasan dalaman professional. Masing-masing mempunyai minda yang perlu diisi dengan bimbingan dan strategi booksmart dan streetsmart dalam penulisan.
Berikut merupakan respon yang diberikan.
Seorang peserta bertanya kepada saya mengapa bengkel ini hanya enam orang sahaja bagi satu bengkel. Bukankah mudah kepada saya mengumpulkan lebih ramai orang pada satu masa. Saya ajukan semula soalan kepada peserta mengapa bagusnya enam orang pada satu masa, “Lebih banyak soalan dapat diajukan dan kita berpeluang melakukan aktiviti,” jelas beliau melihat betapa untungnya berada dalam kelas yang kecil.
Saya tidak menolak bagi menambah jumlah peserta. Biasanya jemputan pihak penganjur mahukan jumlah lebih ramai dan memadatkan ruang. Sama ada besar atau kecil sebuah bengkel. Kita dapat pecahan ia kepada berikut.
Sekiranya pesertanya seorang sehingga sepuluh orang, saya andaikan ia sebagai coaching. Ia personal dan semua orang dapat berinteraksi satu sama lain. Masing-masing lebih berpuas hati dan gembira kerana dapat berinteraksi. Semua adalah superstar.
Sekiranya mencapai tiga puluh orang, ia adalah training. Semua orang berpeluang menjalani aktiviti dan berinteraksi secara individu mahupun dalam kumpulan. Semua adalah superstar.
Sekiranya melebihi 30 orang, ia adalah ceramah. Peserta mendengar sahaja, kurang aktiviti. Ia bersifat tahu dan skil tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada hari program. Tidak personal dan yang menjadi pembimbing bertukar menjadi penceramah. Superstar bukan lagi peserta.
Mohon maaf kepada mereka yang mahu mengikuti bengkel pada 24 Febuari. Ia telah penuh. Masih ada kekosongan untuk bengkel pada 7 Febuari. Ada empat sahaja kekosongan setakat ini. Dapatlah melayari laman web kursuspenulisan.com
Pada tahun 2010, letakkan sasaran sekurang-kurangnya satu rencana akan muncul sebelum berakhir tahun ini.
——–
Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.
Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini
——-